Aku dan Dia

Assalamuaalaikum admin, terima kasih jika confession ini tersiar. Pertama sekali ini bukan kisah cintan cintun drama air mata (ok mungkin ada air mata sikit). Aku lelaki 29 tahun, mempunyai pekerjaan yang stabil. Tidak kaya tetapi cukup.

Sejarahnya bermula antara aku dan dia apabila kami berkenalan semenjak dari kanak-kanak. Bersekolah bersama-sama. Lama aku perhatikan dia, cantiknya dia di mata aku. Sempurna nampak di hatiku. Dia gadis yang lemah lembut dan sopan santun.

Setelah bertahun memendam cinta, aku memberanikan diri untuk mengucapkan kata cinta hatiku terhadapnya. Harapanku hampa, dia menolak atas alasan ingin fokus kepada pelajaran. Ketika itu kami masih bersekolah menengah. Aku kecewa, tetapi aku tahu bahawa dia betul-betul belum bersedia pada ketika itu. Aku sanggup menunggu. Aku tekad.

Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke Eropah dengan biasiswa kerajaan. Begitu juga dia, tetapi dia dihantar ke negara Jepun dalam bidang kejuruteraan. Kami masih berhubung tetapi tidak sekerap mana. Hari jadiku pasti akan dikirim dengan ucapan selamat. Hatiku gembira, setiap tahun hari jadiku, aku pasti akan tertunggu ucapan darinya. Aku juga tidak terlepas untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya tetapi sebagai seorang lelaki yang lemah dengan tarikh, aku kekadang terlewat mengucapkan hari jadi kepadanya.

Pengajian kami diteruskan dengan jayanya. Sepanjang pengajian aku tidak ada usaha untuk mecari pasangan. Tidak pernah mencintai siapa-siapa. Aku fokuskan untuk tamatkan pengajian.

Musim sejuk di tahun akhir pengajianku, aku melamar dia untuk menjadi isteriku. Janji pertama aku taburkan kepada seorang anak gadis. Janji untuk mengambilnya sebagai isteriku. Alhamdulillah, niatku diterima. Aku gembira tidak terkata. Aku sampaikan hasratku kepada ayahku dan beliau menerima baik segalanya.

Namun, tidak bagi ibuku.

Beliau tidak merestui hasrat kami. Aku tergamam. Kelu. Cubaan untuk memujuk hati ibuku dipatahkan dengan air mata beliau. Aku tidak sanggup memaksa ibuku. Ada sesuatu yang ibuku sembunyikan daripadaku.

Aku memulakan housemanship dan dia bekerja di Kotaraya. Kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasrat kami. Aku tidak sanggup mengorbankan kebahagian ibuku demi kebahagian aku sendiri. DIa terima segalanya dengan lapang dada. TIada jodoh kami katanya.

Di pertengahan Housemanshipku, aku stress. Aku buntu untuk meluahkan kepada siapa isi hatiku yang stress ini. Aku dengan spontan menegurnya kembali. Kami bertegur sapa seperti kawan-kawan lain. Aku luahkan stress kerjaku. Aku lega. Entah bagaimana, aku terluahkan isi hati cintaku padanya. Aku mengakui tidak mampu menerima gadis lain selain darinya. Aku tidak tau kenapa dan bagaimana takdirnya dia jugak masih menunggu aku. Dia telah menolak pinangan seseorang kerana tidak mampu menerimanya. Kami saling menunggu rupanya!

Aku harus pujuk ibuku untuk menerimanya. Dia cinta hatiku. Dia adalah gadis yang aku mahu terima baik dan buruknya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku kuatkan hati untuk memujuk ibu.

Aku hampiri ibuku.

“Ibu, aku mahu mengahwininya. Aku tidak mampu menerima seorang wanita selain daripadanya.”
“Tidakkah ibu mahu melihat cucumu daripada aku.”

Aku peluk erat Ibu. Matanya bergenang, tidak memandangku.

“Ibu tidak pernah membenci dia. Ibu izinkan kamu berkahwin.”

Hatiku berteriak kegirangan!

“Tapi jika Ibu tidak bercakap dengan mertuamu, Ibu mintak maaf.”

Rupanya selama ini kami bukan punca masalahnya. Tetapi antara kedua ibu kami rupanya.

Aku tersentak. Termangu.

Lama aku fikirkan keputusan ini. Aku ceritakan segalanya kepadanya. Aku sakit, dia pun lebih sakit pada sangkaanku. Kami mengambil keputusan kisah kami sampai di sini sahaja. Apalah makna kebahagiaan kami jika hati ibuku dikorbankan. Aku terluka, dia juga sama. Pahitnya untuk menelan realiti ini semua.

Segala impian dan masa depan terpampang di hadapan kami. Musnah. Rupanya jodoh kami tidak tertulis bersama. Aku redha. Aku terpaksa kuatkan hati. Kami putuskan hubungan, tiada lagi nombor telefon dia, social media dia, aku putuskan.

Aku harus bergerak meninggalkan kisah kami.

Aku dihantar berkhidmat ke negeri Selatan. Bertahun setelah kisah kami, aku terbuka hati kepada seorang wanita. Seorang doktor. Aku masih dalam proses perkenalan. Doakan jika kami berjodoh. Aku sudah bersedia untuk meninggalkan zaman bujangku tetapi Allah lebih tahu bila hambanya bersedia dan Dia akan hadirkan untukku pada masa yang betul-betul sesuai denganku.

Doakan aku semua ye!

– Razak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *