Anak Harapan

Assalamualaikum reader dan thank admin sudi approve kisah aku, aku kat sini cuma nak luahkan perasaan dan perlukan sedikit pandangan yang berhemah dari reader sekalian.

Aku merupakan anak sulong, seorang isteri dan anak 2 orang, aku ada adik 6 orang bawah aku, dua orang dah berkahwin, aku nak cerita penatnya jadi anak harapan, aku tak tau nak mula macam mana, mak ayah aku pekerja kerajaan, dulu sebelum mak ayah aku masuk gov, diaorang kerja macam2 tapi mungkin mak ayah aku tak tahan dihina diaorang ambil exam, lulus masuk gov.

Aku dari kecik agak matang dr budak2 lain, dan itu membuat aku jadi tarikan pada golongan pedofilia, dan pedofilia tu ahli keluarga aku sendiri, bukan sorng tapi 5 orang, aku start kena masa aku budak, aku ingt dalam umur 3/4 tahun tapi last aku kena form 2 dengan abg spupu aku sendiri, hal tu buat aku jadi seorang yang murung dan takut dengan benda sekeliling.

Tapi mak ayah aku tak tau, masa kecik aku pernah la bagitau aku sakit sangat dekat kemaluan, mak aku check dia cakap takde apa pun, sedih aku ingat balik, masa tu aku kecik sangat jadi aku tak tau kenapa aku sakit nak kencing, masa tulis nie aku menangis, sedihh.

Mak ayah aku nie lepas masuk gov, diaorang pula jenis pentingkan nama, aku kena result straight A, anak sulong kena jadi contoh yang baik, kalau tak aku malukan dia dekat kawan2 tempat sekerja diaorang, typikal orang kerajaan anak kena straight A, kena masuk MRSM, kena dapat biasiswa, semua la.

Ayah aku pernah tak bercakap dengn aku masa aku form 2, gara2 result exam aku jatuh, sains aku dapat C, aku ingat lagi mak ayah aku pergi sekolah, nak sign result aku, masa tu ada kawan2 termasuk lelaki, ayah aku boleh cakap, aku nie pemalas banyak tidur, aku sedih, aku malu dekat kawan2 aku, aku dengar suara kawan2 kelas ketawakan aku waktu tu, aku pernah niat nak bunuh diri masa form 2, pernah beli cola dan makan 1 papan panadol, tapi tak matipun.

Aku menderita sampai masa tu ayah aku nak pegang aku pun aku ketakutan, sampaila kantoi form 5 kisah aku dicabul, sebab aku menipu diaorang aku pergi tuisyen padahal aku merayau2 sebab aku tak boleh duduk rumah, aku stress gila, aku takde semangat nak belajar mak ayah aku sedih, so aku buka la cerita kenapa aku jadi macam tu, tapi end up, drang suruh aku lupakan, nak buat macam mana benda dah lepas, nak report polis family sendiri nanti rosak silaturrahim, boleh pula mak aku pergi cerita dkt nenek aku, nenek aku jawab aku saja nak buka cerita sebab nak tutup silap aku, kecewa sangat aku masa tu.

Akhirnya aku rsa mcm takde guna terus terang, dan aku jadilah seorng prmpuan yang tak bergaul dgn org lain, aku jadi pendiam, bila kena marah dgn mak ayah aku pun, aku akan senyap, aku akan makan kata2 diaorang, aku rasa aku anak tak guna, aku sedih mak ayah aku cakap tak guna tak berjaya habiskan beras je, anak takde hasil, tak snggup aku nak cerita lagi, aku tau mak ayah aku tak de niat nak ckp mcm tu, tapi kesan prckpn diaorang smpai skrg bila aku ingt aku akan rsa aku anak yang tak berguna.

Dan sekarang aku dah habis bljar engineering, tp sblum habis bljar tu aku dah masuk 4 universiti, sedih kot sebab aku jadi depression, aku tau aku ada depression bila aku kena attachemnt dkt psychtric, masa tu doctr pakar bagitau, aku nie depression, so msa tu baru aku tau aku start rsa mcm nie msa aku umur 11 tahun, (emosi tak stabil) lama gila sekarang umur aku dah 27 tahun, macam mna dr medical field aku boleh masuk engineering? Kan aku kata aku dh lompat2 u, memang kekecewaan mak ayah aku jelas, selalu diaorang cakap kenapa la anak2 dia tak macam anak orang lain.

Aku kahwin masa degree engineering, sebab aku dah tak sanggup hidup rasa paranoid dengan mak ayah aku, mujurla laki aku tahan kena psycho dgn ayah aku awl2 kahwin, part kahwin nie sedih semua blnja mak ayah aku, tp aku nekad nak kahwin, mak ayah aku kahwin kan drang risau aku duk jauh aku buat benda bukan2, dan alhamdulillah aku improve banyak lepas kahwin nie dulu kalau depres aku boleh tidur dr jam 12 tengahari sampai ke 9 malam, aku bangun lepastu aku akan tidur balik, bagi aku masa tu aku dah rasa taknak bangun, baik mati je, aku akan tertinggal solat dari zohor sampai Maghrib, lepas isya tu aku akan qadha balik yang tinggal, sekarang lepas kahwin paling2 bila depress aku akan tidur lepas zohor sampai masuk Maghrib, so aku tertinggal asar je, husbnd aku dia takkan force, bila dia kejut banyak kali aku still tak bangun dia biar je, tapi dia akan remind lepasnie kena qadha yang tertinggal.

Tu intro kisah aku, panjang sebab aku tak tau nak skip, jadi sekarang aku tengah sedih tak lama lagi mak ayah aku nak datang KL, ayah aku ada meeting dgn student, ayah aku lecturer, drang decide nak bawa adik2 aku kecik datang, so drang akan stay kat hotel yang dekat dgn institusi tempat ayah aku kena pergi, drang suruh aku book hotel, mak aku masa call bagitau datang kl nanti takde duit, entah camana laju aku cakap aku bayarla, tiba2 mak aku cakap, ayah aku suruh cari hotel bilik besar dan ada breakfast, sebab diaorang bawa adik2 aku.

Aku dalam hati mau habis 1000 lebih juga, belum lagi setiap kali diaorang datang sini, aku akan melawat drang tiap2 malam bawa makanan, aku jadi sedih balik, padahal tiga bulan nie aku struggle gila, sebab adik lelaki aku kahwin kami asyik balik kampung, sponser duit tu dah tentu2, suami aku selalu cakap dia nampak aku dengan adik aku terlalu kuat sangat nak tunjuk senang kat mak ayah aku, lebih pada impress la, entahlah sebab aku terngiang2 diaorang cakap kenapa anak2 dia tak boleh bahagiakan diaorang, sebabtu aku tak mampu say “no”.

Nak2 adik lelaki aku baru diberhentikan kerja raya masa tu, sebelum nie kami berganding bahu, dan mak ayah aku akan cari adik aku bila hal duit, tapi bila dia berhnti, aku pula yang mak ayah aku tuju, oh ye aku buat business, jadi sekrang aku rsa sedih, aku rasa kecewa, mak ayah aku selalu letak dlm group ank2 kena patuh mak ayah, tak boleh derhaka, aku dlu silap banyak, aku rsa trhutang budi dengan mak ayah aku jadi sbbtu aku gila2 nak impress diaorang.

Hakikatkan aku sebenarnya penat, lpas satu2 masalah duit mak ayah aku tak pernah setel, padahal gaji mak ayah aku kalau combine dekat 15k, tapi last2 diaorang cakap diaorang kerja lambat masuk gov tak sempat buat simpnan, dah kerja anak2 tengah membesar, see anak2 juga drang letak kesalahan, aku sedih aku rsa aku anak tak berguna, aku dah tak tau macam mna nak bahagiakan mak ayah aku, hakikatnya aku penat, aku pikir kalau aku tegur, nanti segala hal2 aku yang lama mak ayah aku akan ungkit, macam aku duk habiskan duit diaorang.

Aku sendiri dah korek saving gila2 sampai dah tinggal bersin2, aku penat sampai aku give up dengan apa aku buat skrg, tapi kalau aku cakap business tak cantik, confirm ayah aku akan paksa aku masuk kerja gov la, nak msuk nama dalam petronas la, tolong nasihat aku bagi aku semangat untuk bangkit, terima kasih.

– Long

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *