Seperti yang tertera tajuk di atas, adakah anda faham dengan maksud ‘hablu minna Allah, hablu minna nas’.. Maksudnya di sini, berkasih syg dengan Allah, maka akan datang kemudian dengan berkasih syg dengan manusia.. Sementara aku tengah tggu kawan aku pick up aku, ada sedikit cerita bagi aku pengajaran untuk semua orang..
Pertama sekali aku nak beritahu, aku bukan manusia yang sempurna dalam solat.. sejujurnya banyak sgt tinggal.. aku liat sgt dalam solat.. dan aku pun tak tau kenapa.. walaupun aku tau tinggalkan solat secara adalah dosa besar.. Allahu Akhbar..
Back to story, ya, aku seorang yang malas solat.. solat ikut aku.. aku nak solat.. aku solat.. tapi bila aku solat dalam keadaan ikut suka aku, aku jadi selesa.. aku jadi tak takut dah.. mungkin hati dah hitam.. dalam masa yang sama, rezeki aku melimpah ruah walaupun aku tinggal solat.. jadi aku makin selesa laa tidak menunaikan solat sampai terdetik aku tak solat, rezeki aku tetap ada.. nauzubillah.. jahat nya aku… ya, mungkin Allah tak tarik pada bahagian rezeki tapi tarik pada bahagian yang lain secara perlahan lahan..
Akibat aku terdetik sebegitu, kawan2 aku mula hilang drpd pndgan aku (aku seorang yg boleh kata agak ramai sgt kawan smp aku tak tau dia kawan atau lawan).. jadi lately ni aku hadapi masalah kawan.. dan aku jdi cepat terasa dgan kawan2 aku.. dan dalam masa yang sama, aku ada teman lelaki juga.. dan lately ni teman laki aku mcm jauh drpd aku.. tapi aku positif dia busy.. tapi semalam, mcm byak alasan plak dia bagi pd aku.. henpon rosak, tiba2 phone dia trtinggal, balik urgent sbb kwan dia yg agkat call phone aku (aku juga tau yang mak ayh dia tak sihat).. jadi hati aku semakin tak kena..
Aku jadi letak semua harapan tu pd manusia.. aku tiba tiba jadi depression.. aku nk teman laki aku, dia tak bawa phone.. dia dh lupa aku.. Kawan aku, aku nk minta dia teman aku keluar tapi dgan alasan yang macam2 sedangkan selama ni dia yg selalu teman aku keluar pergi mana mana.. ya, ketika ni aku sdg depression…
Aku mula scroll whtspp teman lelaki aku.. aku mula berfikir, dia dah tak nak layan aku.. mula nak jauhkan aku n etc… aku cuba untuk tidak meroyan… tak depression… Aku cuba kawal diri aku.. aku cuba pejam mata.. ya Aku menangis dalam diam.. aku terfikir balik apa yg sedang berlaku dalam diri aku..
Ya, SOLAT!! Aku tinggalkan solat dengan sengaja.. aku sengaja nk uji Allah yg aku tggal solat pun boleh je hidup seperti biasa tapi hakikatnya TIDAK… Aku ambil wudhuk, aku solat.. dalam solat yg aku rasa sebak di dada, aku lepaskan dlm sujud terakhir… ya, lega… Aku rasa terlepas satu bebanan…
Kesimpulan di sini, jangan sesekali ambil rasa sambil selewa dengan solat.. cukup aku sengaja tinggalkan solat dalam dua minggu yang solat on off dan kesan, akibatnya ini laahh… Ingat, kita berkasih syg pd Allah, lalu Allah akn hadirkan manusia utk berkasih sayang pada kita :’) Dan ingat, keluhan dan mengadu yang paling berkesan adalah melalui Allah s.w.t… Jangan sesekali jangan bermain api dengan Allah kelak akan makan diri…
Harap ini adalah satu pengajaran untuk kita semua.. Aku menyesal dan bertaubat tidak mahu lakukan lagi.. jangan kecam saya, saya tahu saya telah melakukan kesalahan saya.. sy perlu sokongan.. sebab saya seorang yang agak depression orangnya..
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit