Kawan Baik Tak Berapa Baik

Assalamualaikum & hai readers & admin. Besar harapan saya kalau coretan ni di publish, mohon admin hidekan profile fb saya dan terima kasih in advance utk admin. Saya mulakan dgn salam perkenalan. Nama nama Farhana, umur 27 tahun, seorang pembantu kerani setelah menganggur beberapa lama setelah tamat degree. Itu pun saya di recommend oleh seorang kawan yang saya kira baik sebelum saya perlahan lahan nampak warna sebenar kawan ‘baik’ saya tu.

Alhamdulillah & terima kasih, saya takkan lupa jasa baik dia recommend saya kerja kat situ walaupun pada mulanya bos taknak ambik saya bekerja sebab katanya degree holder nak kena bayar gaji mahal plus lari bidang. Berkat usaha & effort nak belajar benda baru, alhamdulillah sedar tak sedar dah nak masuk setahun kerja. The best part adalah kawan yg recommend saya kerja tu, masuk kerja bersama di company tu dlm berlainan department tapi masih ofis sama & meja bersebelah. Happy tak tergambar. Yelah, bestie kan.

Episod sengsara saya bermula bila makin hari makin nampak sedikit demi sedikit warna warni kehidupan dia yang sumpah saya tak pernah tahu sebelum ni. Patut lah dia tak ramai kawan since di universiti lagi. Dulu masa masing2 dengan life masing2 & walaupun contact selalu saya tak nampak semua ni. Bila dah setiap hari ada sama2, rasa masa tu jugak nak berhenti kerja. Lemah nya saya. Mungkin jugak sebab saya terkejut sebab macam tak sesuai je watak dia dengan lifestyle dia. Anak orang berada, rumah besar, laman boleh muat 6 bijik kereta, bukan dia cerita tapi saya sendiri yang tahu. Saya pernah terbaca satu nasihat, kaya boleh bawak kita ke syurga, kaya juga boleh bawak kita ke neraka. Bergantung macam mana kita guna kekayaan kita.

Kawan saya ni, tak pernah hadapi masalah kewangan. Pernah menganggur selama dua tahun, menganggur bersama2 kakak dia, boleh bayangkan mak ayah dia masih mampu tanggung walaupun menganggur. Menganggur sebab nak kerja yang gaji ribu riban sesuai dengan degree holder. Saya tak tahu kenapa orang kaya ni memang cari duit macam takkan mati ye?

Walaupun kawan baik, tiap hari saya makan hati. Memandangkan jaga hati & perasaan orang ni kepakaran saya, maka saya mengiyakan & mendengar semua yg orang ceritakan tanpa byk komen. Termasuk lah semua benda yang saya tak pernah tahu dan tak faham pun apa yang dia cakap. Banyak kali saya dengar orang cakap saya seorang pendengar yang baik. Tapi kadang2 serius annoying bila tiap kali nak kena dengar benda yang sepatah haram saya tak minat, yang mana saya rasa saya tak perlu tahu pun, tapi still nak saya dengar.

Apa yang you all expect me to response kalau dah benda tu saya tak tahu apa benda. Variety shows korea contohnya. Saya cuma mampu respon, “oh, yeke.. ” “oh, macam tu ke.. ” sebab tak mati pun kalau saya tak tahu pasal variety shows. Satu hal lagi, semua yang dia cerita kena dengar sampai habis. Bila orang bukak cerita topik tu, sibuklah dia cerita dia punya sampai kawan tu kena stop cerita. Bila tang kawan tu nak cerita, dia dengar nak taknak lepas tu pasang earphone. Last sekali cerita kawan tu, saya yang kena dengar sampai habis.

Belum masuk bab kerja. Selalu lalu belakang saya sebab nak tengok saya buat apa. Lepas tu siap ajar lagi yang ni kena buat macam ni sebab kat tempat keje lama dia, dia selalu buat macam tu macam ni. Hello. Kerja masing2 masing2 cara lah. Lepas tu bila nampak je tengah buat table ke ape ke yang konon dia tak pernah tengok, sebok tanya, buat ape tu, takde keje ke? Konon nak condemn saya tengah buat keje lain. Lepas tu confident bagitahu orang dia boleh cover kerja saya incase saya absent. Last nya bila saya tak datang keje, call sampai 14 kali nak tanya tu tanya ni.

Belum masuk bab makan. Dah macam gaya orang kebuluran. Mungkin sebab tu orang kaya boleh kaya ya? Jimat duit sampai tak makan? Tiap hari bila bawak bekal, belum thumbprint lagi dah sebok bukak bekal makanan saya semata2 nak tengok makanan ape saya bawak harini. Bukak ye readers, bukan tengok and tanya. Bukak bekas sebab nak tengok. Bila sampai waktu makan, 70% makanan saya dia yang habiskan, saya cuma dapat makan 30% sahaja. Siap bawak bekas makanan saya letak kat meja dia then bila saya nak makan, saya yang kena pegi ambik makanan saya kat meja dia. Dah macam saya yang menumpang makanan orang.

Saya bukan jenis yang berkira, kalau berkira, tak sempat makan lah dia sampai 70%. Bukan berkira, tapi kalau tiap2 hari macam tu, saya kerja untuk bagi dia makan ke? Bila belah petang sikit kadang saya suka makan keropok atau pisang goreng. Dah beli, makanan mcm biasa, mesti kat meja dia. Setakat harini, belum pernah orang ofis tu merasa makanan yang dia belanja walaupun seringgit. Siap bawak bekal lepas tu makan sorang2 tak pernah offer orang kiri kanan. Mungkin muka dia kat tapak kaki kot.

Selalu kalau beli makanan atau pinjam duit saya seringgit dua ringgit memang tak pernah ganti balik. Saya tak kisah pun. Tapi buat baik dibalas tak baik jugak min. Sampai satu tahap, dia mintak saya temankan dia tidur kat rumah dia sbb mak dengan kakak dia outstation, kami dinner makan maggi sebungkus share dua orang readers! Maggi tu baru bukak dari satu pack of 5! Satu bungkus patah dua kot! Sumpah, ini lah orang yang paling kedekut saya pernah kenal! Dah la saya kena temankan dia sampai 3 malam.

Balik rumah nangis nangis saya min. Bila mintak beli makanan kat luar untuk dinner, dia kata makan je apa yang ada kat rumah. Lepas tu bila saya beli makanan untuk dinner, dia taknak beli, then sesedap rasa nak share makanan saya. Lepas tu buat muka tak bersalah gila. Saya agak tak faham kalau nak kata dia kesempitan, barang dapur penuh dalam peti, kereta ada merc, vellfire, honda and yang sewaktu dengan nya tu haa. Oh, mungkin sebab bela banyak kereta ye sampai nak makan pun berkira2 ya.

Pernah ada orang datang minta derma untuk pembinaan masjid anak anak tahfiz, itu pun dia tak dermakan satu sen. Dia cuma tengok rakan rakan sekerja dia derma. Dan masa tu saya memang dah agak dia takkan bagi punya. Oh, mungkin rumah besar dan kereta2 besar tu boleh tolong di kat sana nanti ye?

Kalau dia terbaca tulisan ni, saya tak harap pun awak berubah, tapi seiring dengan tudung labuh awak tu, saya harap awak ada sedikit timbang rasa dan give and take between manusia sama manusia lah sebab incase awak lupa, dunia kita share, bukan awak sorang je yg hidup kat dunia ni. Saya mungkin boleh bertahan, tapi tak selama nya. Bila saya kata saya nak berhenti kerja, awak kata saya cuma fikir taknak kerja tapi saya tak fikir effect tak kerja tu pada masa depan.

Ye betul. Saya tak fikir effect tak kerja. Tapi effect perangai awak tu, boleh bawak sakit mental selain sakit hati, kerja saya boleh usahakan cari lain, saya bukan memilih kerja macam awak. Saya jobless sebab taknak keluar negeri je. Hati saya? Nak tunggu kita putus kawan? Tapi untuk pengetahuan awak lah. Saya dah tawar hati pun.

– Farhana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *