Ali

Assalamualaikum. Biasa ragam bila kita bekerja, orang yg ada pengalaman sikit akan ‘act’ dgn kita. Dekat tempat kerja aku ni, ada seorang lelaki aku namakan Ali. Ali ni bukan calang2 graduate dan bukan calang2 certificate yg dia ada.

Tapi sikap dia bekerja tak mencerminkan semua qualification dan jawatan yg dia ada. Aku adalah sebagai wakil client. Ali suppose hantar report bulanan tapi ali tak pernah hantar on time. Setiap kali hantar overdue. Aku dah nasihat Ali berkali-kali tapi tak jalan. Aku jenis yg tak suka cakap benda sama berulang-ulang. Report pulak tak berkualiti macam report budak sekolah. Hari ni aku baiki, esok dia ranapkan balik. Membazir masa aku. Kerja aku bukan nak hadap one to one dgn dia tiap-tiap bulan.

Sampai satu tahap aku rasa aku dah maki, herdik, sindir dia. Tapi Ali tak berubah. Atau tak faham satu benda pun. Walaupun dah banyak teknik explanation aku sampaikan. Kat sini aku dah start ragu-ragu dgn cert dan qualification yg dia ada. Aku ‘terpaksa’ havoc pasal Ali ni. Aku bukan niat nak memalukan dia sangat. Tapi aku nak kepastian orang lain.. Dan diorang setuju yg something wrong dgn Ali.

Sikap Ali ni dah makan diri dia balik. Bos-bos dia dah tak percaya kat dia dan anytime will sack or transfer him. Aku dah taktau macam mana nak nasihat atau bantu ali. Bila kita kerja, kita kena independant, tak boleh asyik bergantung kat orang lain. Ali ni tahap kebergantungan kat orang lain tak padan dgn title yg dia pegang. Ali ni gifted dgn muka kesian. Sape-sape boleh jatuh kesian kat dia. Tapi hidup ni tak boleh nak harapkan kesian semata-mata. Kalau orang lain boleh ‘cair’ dgn Ali ni, tapi aku ni jenis tak makan taktik dia ni..

Aku dah rasa nak ‘act’, nak pandang rendah kat Ali, menyampah tahap nak lempang. Aku tau Ali ni ujian untuk aku. Banyak masa aku tak sabar dgn Ali. Aku menyumpah dalam hati. Sikap dan kefahaman budak upsr pun lebih bagus. Qualification, sijil, cgpa tak bernilai kalau attitude tak berubah. Apa yg aku belajar di universiti bukan ilmu semata-mata. Masa di U, kita belajar macam mana communication, teamwork, punctual, dinamik. Bersikap profesional dan sentiasa nak baiki diri. Kalau dgn Ali, aku rasa macam aku masuk sekolah balik dan kena pelan-pelan cakap satu-satu :'(

Aku kalau dah marah susah nak surut. Sekarang ni dgn Ali aku kena belajar anger dan stress management. Aku bukan nak hadap budak sekolah tapi seorang bapak orang yg dah sangat susah dilentur dan bukan calang-calang jawatannya. Kalau korang ada tips nak handle share lah yek. Aku harap aku dapat ketabahan itu…

– Asmida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *