Melawan Fitrah

Assalammualaikum semua, terima kasih admin jika sudi menyiarkan confession aku. Nama aku Zulaikha (bukan nama sebenar) berusia awal 20an dan baru beberapa bulan bekerja di sebuah syarikat kecil di ibu kota selepas dua minggu tamat belajar. Aku mempunyai ijazah dalam bidang tut (rahsia). Aku obesiti sejak kecil, berat 75kg dengan ketinggian 154m. Tapi dah start kerja 4 bulan, dah lose weight 10kg, alhamdulillah. Rupa aku biasa, dan tak cantik pun walaupun aku berkulit putih.

Aku tahu, tak ada siapa kisah nak tahu fizikal aku. Tapi aku kisah. Actually, usia muda macam ni, aku tak dek lah rasa terdesak sangat nak ada teman hidup macam kawan-kawan lain. Cuma, aku nak kongsi dengan anda semua concern untuk jangka masa panjang nanti. Aku tak pandai nak buat karangan. Jadi, kalau ada terkurang, jangan ler kecam.

Aku tak pernah bercinta dan menggangap cinta dan lelaki tu menyusahkan hidup seorang perempuan. Aku hidup dengan prinsip tu selama 24 tahun lamanya. Ini salah satu sebab kenapa aku tak nak kahwin, dan takut untuk berkahwin. Kehidupan orang sekeliling aku termasuk emak aku sendiri telah membuatkan hati aku semakin tawar dengan manusia bernama lelaki. Ya, aku tak pernah kawin dan masih muda, tapi itu tak membuatkan aku bodoh untuk tak tahu derita nya seorang wanita yang bergelar hamba kepada suami.

Aku juga dimomokkan dengan benda-benda yang negative dalam perkahwinan sehingga aku rasa, ah, tak kawin pun tak apa la. Lagipun, siapa nak kat aku, perempuan hodoh berbadan gempal ni. Oh ya, aku merupakan anak sulung dan sudah tentu, expectation family untuk aku sangat tinggi. Mak dan ayah selalu bagi tahu, mereka tak bersedia melepaskan aku. Dan kalau boleh, mereka tak nak aku kawin. Huhu. Aku seorang anak yang taat (tak dek lah taat mana, kadang2 tak dengar cakap juga.) Pernah satu hari, aunty aku tanya aku, sama ada nak berkenalan tak dengan anak salah seorang kawan office dia. Guess what? Di usia 24 tahun, aku masih tak boleh buat keputusan untuk diri sendiri dan aku tanya pendapat mak aku dulu. Ofkos, mak aku tak izinkan

Sebagai manusia biasa, kadang-kadang aku rasa terseksa. Tipulah kalau aku cakap, aku tak teringin nak bercinta. Aku manusia yang ada nafsu. Tapi, bila terfikir balik, tanggungjawab aku sebagai anak sulung, mak tak izinkan aku bercinta, dan juga ngerinya alam perkahwinan, aku terpaksa lupakan fitrah bercinta tu.

Namun, sejak dua menjak ni, rajin pulak aku bukak artikel pasal cinta dan rumah tangga. Dan juga beberapa confession di IIUM pasal rumah tangga yang seolah-olah menjentik hati aku agar tidak terlalu takut untuk berkahwin. Sejak dua menjak ni juga, selepas solat, aku sudah mula rajin berdoa agar suatu hari jika takdir aku berkahwin, aku minta sangat Allah berikan aku suami yang baik. Cukuplah dia seorang yang menjaga solat. Belum pernah-pernah aku berdoa sedemikian rupa. Tapi, Allah Maha Mengetahui, Dia gerakkan hati aku, Dia palingkan hati aku.

Korang ada baca artikel hot sekarang ni, pasal kak ni yang dapat suami mata coklat sedangkan dia selekeh dan berbadan gempal. Hat tu pun, telah memujuk hati aku untuk mengubah persepsi aku dengan perkahwinan. Aku tau, confession aku ini bukanlah topic yang relevan atau bermanfaat untuk pembaca.

Tapi, percaya lah, ini menjadi kerisauan aku. Hati aku berbolak balik. Bila terfikir masa tua nanti, siapa yang akan jaga aku bila semua sudah sibuk dengan life masing-masing. Memang lah Allah ada, tapi..entahlah. Adakah emak dan ayah aku selfish ? Patut kah aku kena dengar cakap mereka lagi (bukan niat menderhaka cuma niat untuk membuka hati mengenali seseorang yang pastinya, bukan sekarang, tapi akan datang)?

Terima kasih atas pandangan, nasihat dan teguran pembaca.

– Zulaikha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *