Allah Uji Sebab Sayang

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Pertama sekali jika story aku ni dipublishkan, terima kasih admin dan jika tidak, tak mengapa lah. Aku juga nk mintak maaf kalau banyak typo sbb aku type guna tepon ja ni. Okay first aku Khalif. Asal dari utara malaysia. Now tgh belajaq tahun awal diploma di uni terkemuka kt sini. Stop.

Aku cerita guna bahasa baku lah ya takut ada yg tak paham bahasa utara nanti, haha. Ok gurau. Dulu masa bebudak, aku seorang yg hyper. Yelah buas gila sampai asyik kena bedal je dgn abah. Terjun bendang, sauk ikan karin, ngendap cik kiah mandi, setakat kena suntik dengan rotan ape lah sangat haha. Ok masa budak2 aku dulu mmg fun sbb masa tu aku xdk gajet lagi so mmg enjoy masa kanak2 lah. Aku ada abg, masa aku umur 11tahun mcm tu, abg hadiahkan aku telefon cakoro tapi boleh la nk kalau nk dgar lagu 90an mcm tu haha. Mula2 abah mrah abg sbb bgi aku gajet tpi disebabkan abg dh janji sbb result exam aku score so dia belikan walaupun x mahal. Aku seronok lah walaupun kuno lagi x reti nk main. So abg ajar.

Sejak aku dpt tepon tu, aku dh x main dgn kawan2 dah. Kawan2 tangkap ikan, aku main tepon layan game tah pape dlm rumah. Kwn dtg panggil sbb nk berkelah(dkt pelenggaq luaq rumah) aku ckp aku dh kenyang pdahal tgh main tepon dekat kusyen. Puas abah beleter kt aku and abh pernah cakap dkt aku “jgn sampai hg rindu zaman kanak2 hg”. Tapi aku buat dunno je x nak layan. Bangang jugak aku nih. Pstu aku bawak tepon pegi sekolah. Kawan2 aku lgi mewah do. Dah ada video xsenonoh dlm tepon depa. Aku laki wlupun x mimpi lagi, so terikut kwn jdi nafsu aku pon iyakan ja. Aku start tgok porn lpas sebulan aku dpt gajet yg abg aku bgi tu.

Mmglah porn tu x bagus. Aku ada jugak pikir tpi dh klau boleh smua geng jantan tgh layan, aku pon rasa tercabar. Aku pon apa lagi, dh jadi ketua porn dah. Tepon member aku, tapi aku yg konker. Buat mcm harta aku. So, sejak tu aku ketagih porn. Kalau aku rasa nk tngok ja, aku pegi rumah kwn aku tu. Tpi tgok senyap2 ja dlm bilik. Oh kwn aku yg ada video porn ni bukan member kampung aku. Member kampung aku msih dgn zaman budak2. Cuma aku je yg masih terkial kial ikut kwn. (Kalau aku tahu, aku x kan tgok video porn dan aku akn enjoy masa kanak2 aku. Rindu kata2 abah :’)

Benda ni berlarutan smpai ke sekolah menengah. Aku ada la jugak ikut abah tangkap ikan, mancing, tangkap katak, menyulam tpi tu semua paksaan. Sbb? Yelah abah ajak ikhlas, dan aku tolong pon ikhlas tpi dlm otak aku dok pikir bila nk balik aku dh x tahan. So kerja aku buat, tapi otak aku ke lain. Paham kan?

Zaman skolah menengah ni lagi mencabar. Masa ni dah serba moden. Dah ada google, internet whatsapp apa tu. So dah boleh agak umur aku berapa kan? Haha. Weh serious talk, aku xsangka mcm ni zaman sekolah menengah aku. Sapa pernah masa hujung tahun 6, cikgu2 bgi ceramah pasai sekolah menengah blabla then cara mandi wajib? Aku pernah. Mandi wajib depan ustaz lagi punyalah ustaz tak percaya dia kata nanti aku tak reti mandi so dia nk tengok betul ke tak aku mandi. Tapi x de la aku bogel depan dia gila ka? Haha. Okeh aku msuk skolah menengah. Start form1 aku dah mimpi. Tpi aku x mandi wajib. Malas. Tapi aku still layan porn. Kat tepon kawan. Tepon aku mmg x de nnti abg check mati aku.

So, kegiatan aku adalah kt tepon kawan. Ujian aku bermula masa prtengajan aku form 1 iaitu dlm bulan 5 mcm tu. Apa ujian tu? Aku dah mula gian kau tahu. Dan meronta bila nk dapat sorry lucah tapi aku nk luah je. (nk kecam kecam lah) . Kalau ada cikgu2 aku mengandung ka, otak aku dah ke lain. Kalau cikgu2 aku baru kahwin ke, otak aku ke lain. Tambah kalau cikgu tu cantik lawa mmg non stop aku pikir mcm mana diorang punya first night? stupid.

Aku? Sembahyang tah kemana puasa naik turun. Sembahyang mmg sah aku x buat kcuali dlm rumah tu pun olok2 ja. Takut kena bedal dgn abah. So aku buat2 ja. Yelah dgn keadaan aku berhadas besar, mandi wajib tak kemana, sperm kau jgn cakap la beribu aku lepas kan (sorry lucah) so mmg aku abaikan hal agama demi porn. Aku dah berani cari dekat internet pasal porn ni lepaskan gian aku. Aku dah pandai bercinta tapi sebab nafsu. Tapi jgn risau, aku xpenah rosakkan perempuan lagi. Tapi sejak aku tiap hari tengok porn, aku jadi pemalas. Suka lawan cakap cikgu, mak abah, benci bila dgar azan (sbb tgh lyn porn), malas solat, etc.

Sejak aku mimpi sampai aku form4, aku tak pernah mandi wajib. Bangang aku ni. Aku kantoi tengok porn belakang makmal fizik. Kantoi dgn makcik cleaner. Mcm mana dia tau aku tengok? Sbb aku tgh *ona*i* guna tgn. Mmg sah2 kantoi. Aku lari masuk tandas. Aku mmg getaq gila mmg sah makcik tu report dekat cikgu disiplin. Ha esoknya aku mai cam besa sbb abah yg hantaq aku. Waktu tu perhimpunan. Lepas dh habaq cikgu bertugas apa2 tu, cikgu disiplin aku gelarkan sbgai PakShid jala. Ok pakshid ambik alih pegang mikrofon. Dalam hati aku ha sudah apa aku nk jwb dgn abah nanti. Mmg sah2 pakshid panggil aku dpn org ramai dan habaq kesalahan aku.

Aku malu ya allah. Abah kena panggil pegi bilik disiplin. Abah terpaksa tahan muka sbb kawan2 cikgu2 smua pakat kenal abah aku. Yelah, abah semua cikgu kenal sbb sikap peramah dia. So bila jadi mcm nk, sapa yg tak.malu? Aku kena gantung sekolah 2minggu. Balik rumah aku tak pukul aku. Tak marah. Tapi abah NANGIS. Ya nangis. Depan aku. Balik rumah abah masuk rumah, tengok aku pun tak. Abah panggil aku duduk depan dia. Dan abah tanya aku “dahlama buat kerja ni?” abah suruh aku jujur. Dan aku terketar nk jawab, aku jujur dgn abah. Mata abah dah berair sbb aku. Abah tanya lagi “selama ni pernah tipu abah?” aku tak jawab.

Abah tanya lagi soalan yg sama buat kali ketiga, then aku angguk tpi tak tengok abah. Takut. Yes, abah dah nangis. Abah cakap dia mmg betul2 tak sangka anak dia mcm ni. Dh la tengok porn. Pastu onani pulak. Bangang double triple. Aku tak nangis lagi entah. Tak rasa apa2 pon. Aku cuma takut abah bedal aku tu je. Lepas abah nangis, abah ambik tali pinggang dekat seluar dia yg dia gantung tepi dinding tuh, abah pukul diri abah. Aku gamam. Terkejut. (Nanti mesti ada skuad bawang cakap alah kaki movie la ni. Alah video kt pesbuk ayah pukul diri sndiri bersepah. Reka cerita la tu) terpulang. Aku tak dak masa nk reka cerita. Baik aku pegi tolong abah dekat kebun lagi baik.

Ok sambung. Aku terkejut. Yelah kalau ada apa2 salah aku buat, first abah takkan bawak bincang. Dia bedal terus. Tapi kali ni dia bincang slowtalk baru dia bedal. tapi dia bedal diri dia sendiri. Ha kali tu aku mmg nangis terkejut. Sambil abah pukul, sambil abah cakap, “aku gagal didik anak aku allah. Aku salah aku salah.” abah ulang “aku salah” tu banyak kali. Aku nangis tapi aku masih kaku depan abah. Takut. Lepas abah pukul, abah pegi dapur. Pastu aku lari masuk bilik. Aku x tahu abah buat apa kt dapur. Esoknya aku tak pegi sekolah. Kena gantung kan.

Pagi tu aku bangun tak solat, buat muka tak bersalah, cari makanan bawah tudung salji. Pastu abah datang. Masa tu aku nk lari dah takut kena bedal. Tapi tak. Abah senyap. Tapi dia bawak nasi lemak kt aku. Lepas dia hantar, dia keluar balik.

Exam aku mmg jatuh teruk. Tak pernah aku teruk mcm ni. Aku cakap kt abah, “awat alip terok ingat ni abah”. Tapi abah cuma kata “ingat blik hg buat dosa pa dulu” Ha sudah. Aku flasback balik hmm mmg betullah. Allah aku lupa. Mandi wajib pon belum. Link porn kt tenet pon aku xdelete. Solat tah kemana. Menipu abah satu hal. Bodoh bangang level langit ketujuh . Entah la lepas dpt result exam tu, aku kena sabotaj dgn kawan2 baik aku sendiri cakap aku mencuri. Ahhhhhhhh level stress. Dalam otak aku hanya pikir ABAH. Diorang ambik duit rm45 budak pompuan dan masukkan dlm beg aku. Pastu aku x tahu aku kena panggil pegi bilik disiplin. Dlm bilik tu, aku nampak beg aku. Entah. Cikgu disiplin tu cakap nama aku dh kene senarai hitam salah laku blablablabla. Malas nk ingat balik rasa bodoh. Masa tu pakshid cakap dia dh call abah aku. Then abah aku datang.

Balik rumah aku x boleh masuk rumah. Sampai esok. Esok aku xpegi sekolah sbb x makan. Abah kurung aku kt luar rumah tpi dia x de cakap pape. Aku cuba selongkar pintu dapur tapi x boleh. Jiran2 pakat tengok, yelah rumah kampung. Dgn baju sekolah x tukar. Kena lempar batu2 dgn budak2. Kes aku satu kampung dh tahu. Aku sedih sbb aku tahu, abah mesti malu sbb ada anak mcm aku. Malam esok tu, abah tidor lapar, x kan nk lari rumah pulak cari mkn. Aku tunggu abah sambil panggil abah. Suara mmg xdak lapar. Nasib tak dahaga kalau tak, memang mampus aku. Abah bagi aku makan tapi tak cakap apa2.

Aku peluk abah cakap “alip mintak maaf sbb alip budak jahatt” aku ulang balik perkataan tu sampai mata abah dh merah. Abah x balas peluk kan aku. Tapi aku tahu, abah mcm nk peluk tapi dia mungkin nk bagi aku lesson. Esoknya aku tekad aku berubah walaupun aku kena fitnah, cikgu2 dh pandang serong, result aku teruk. Aku google, cara2 mandi wajib. Aku mandi. Pastu aku search “niat2 solat fardhu”. aku betul2 tekad nk berubah. Nk banggakan abah. Aku slowly pebaik solat aku. Dah buang link porn. Berbulan jugak aku tahan nafsu aku dan berbulan jugak abah xberckap dgn aku. Tapi aku abaikan perasaan putus asa. Aku husnuzon. Aku xpegi surau sbb org kampung dh anggap aku sampah masyarakat tpi abah pegi. Walaupun kena tadah telinga.

Benda ni berlarutan sampai aku dpt tawaran pegi u. Result aku cukup2 makan tapi alhamdulillah rezeki. Aku cakap kt abah. “Alip akan berubah sampai bila2. Alip akan banggakan abah. Alip sayang abah. Maafkan alip abah. ” Then abah senyum kegembiraan dan menangis. Itu kali pertama aku tengok abah menangis kegembiraan sbb kejayaan aku. Selalunya menangis sbb aku jahat. Ya aku jahat. Walaupun org kampung, cikgu2, kawan2 masih lagi mcm “jijik” dgn aku. Tapi aku ada abah. Aku ada Allah. Allah segala galanya. Kasih Abah sampai ke syurga.

Terima kasih abah sebab besarkan alip walaupun dengan linangan air mata. Alip xkan lupa pesanan abah “jgn berhenti berbuat baik. Abah akan selalu disisi alip. Teruskan berjuang nak”. Abah. Demi Allah abah. Alip sayang abah. Alip akan jaga abah mcm mana abah jaga alip. MAAFKAN ALIP ABAH.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *