Assalamualaikum, Terima kasih buat pertama kalinya, diberi peluang untuk aku meluahkan perasaan di sini. Namaku Dayana (bukan nama sebenar). Aku berasal dari Utara tanah air, berumur lingkungan 25 tahun. Tujuan utama aku confess ni adalah untuk menceritakan betapa sakitnya aku disihir tanpa henti. Aku juga ingin selitkan sedikit kata-kata kepada wanita diluar sana, berhati-hati untuk memuatnaik gambar penuh diri sendiri di Social Media.
Sudah hampir setahun aku menderita sakit sihir buatan orang. Iaitu bekas Supervisor aku sendiri, orang Kelantan, sudahpun mempunyai anak dan isteri, yang sanggup melakukan perbuatan syirik ini semata-mata untuk memenuhi kehendak hati dan dendam. Sampai sekarang, aku masih sakit, yang teramat sangat. Berat badan aku susut sebanyak 6kg, aku hilang selera makan, aku cepat menjadi letih, badan aku ada kesan lebam-lebam satu badan, perut aku terasa bagai dicucuk dan dihiris dengan pisau. Aku juga pantang makan makanan yang tajam seperti nenas, cuka, sos , jeruk dan sebagainya.
Yang menjadikan aku sedih sekali, apabila aku berubat dengan Ustaz Rawatan Islam, Ustaz memberitahu dalaman aku dah teruk dan aku perlu minum sebanyak mungkin air kelapa Hijau untuk cuci kan semula dalaman dalam badan aku. Kehidupan aku terganggu, setiap kali aku berubat, dan buang sihir atau santau dalam badan aku, aku kembali pulih. Seminggu kemudian, aku sakit semula disebabkan sihir yang berterusan dihantar. Hijab aku terbuka, aku dapat nampak segala bayang hitam dan sebagainya. Macam-macam halangan kalau aku cakap nak berubat. Ya, itulah dugaan yang paling besar. Halangan yang ditempuhi. Allahurabbi.
Ujian untuk aku sangat berat, setiap hari aku menangis , aku bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, semoga Allah timpakan azab yang setimpal dengan perbuatannya, dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Benda yang dia buat ni, akan memakan dirinya kembali, suatu hari nanti. Ya, kadang kala aku rasa buntu, aku rasa down yang teramat sangat serta aku hampir putus asa umtuk berubat. Pada masa yang sama, aku sangat risau kerana Aku sekarang menyambungkan pengajian Master di salah sebuah Universiti Awam dan tempat aku sambung belajar sangat dekat dengan bekas Supervisor aku sendiri. Pernah satu ketika, aku rasa nak berhenti belajar kerana aku tak sanggup untuk hadapi sakit Sihir ini.
Pernah satu hari, seminggu yang lalu, selepas aku ambil Wudhu untuk solat Zohor, aku rasa lemah sangat sangat seolah bagai nak pitam , mulut aku pucat. Tapi aku terus kuat dan meneruskan solat. Aku Redha atas segala Ujian yang sangat berat yang aku hadapi, aku tak sanggup lagi menahan derita sakit yang teramat sangat. Kadang aku terfikir, Allah masih sayangkan aku, dan Dia tahu aku dapat tempuhinya.
Terkadang, aku rasa macam nak hantar balik Sihir kepadanya, semoga dia dapat rasa macam mana deritanya aku menanggung sakit ini. Kadang, aku juga mengambil keputusan untuk bersemuka dan berjumpa dengan bekas Supervisor aku, tapi aku risau mendatangkan perkara yang lebih parah dan buruk. Tapi, aku kuat kerana Allah SWT, Aku tahu Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Aku juga cuba untuk mengamalkan Bacaan Yassin setiap kali selepas Subuh dan Maghrib ( Yassin 7 Mubin), Bacaan Ayat Manzil, Bacaan Ayat Pembatal Sihir (ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Al-A’raf, Surah Yunus, Surah Toha), solat Taubat, Solat Hajat.
Dalam hidup aku, aku tak pernah berdendam dengan orang lain sehinggakan sanggup sihirkan orang lain. Dari kecil, ibu dan ayah aku ajar untuk memaafkan semua orang. Kehidupan ini, teramatlah singkat untuk berdendam dengan orang lain. Aku doakan semoga bekas Supervisor aku ini mendapat hidayah dan insaf. Doakanlah semoga aku kembali sembuh seperti sediakala, dapat, menjalani liku liku kehidupan dengan tenang, serta berjaya di dunia dan akhirat.
Jika dia terbaca confession aku ini, Aku harap dia insaf, bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Juga, jika korang semua ada tahu lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi pesakit Sihir, serta tahu tempat yang boleh aku berubat area Utara (Perlis, Kedah, Penang), boleh kongsikan diruangan komen, nanti aku PM. Terima kasih semua yang sudi membaca Confession aku untuk sekian kalinya.
– Dayana (Bukan Nama Sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit