Assalamualaikum. Sebagai pengenalan, saya berumur awal 30-an, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya juga seorang pekerja di sebuah syarikat swasta.
Okay, straight to the point. Tahun 2018 ni selalu kita dengar atau baca yang banyak syarikat-syarikat tak kira saiz; MNC, GLC atau syarikat swasta sederhana dan kecil gulung tikar. Atau common practice by the top management, cut headcount. Bila cut headcount, mestilah perbelanjaan syarikat dapat dikurangkan. Bila baca berita macam ni, biasanya saya just baca jela..lepas tu cakap dalam hati “Kesiannya, macam mana la tiba-tiba hilang kerja.. hilang punca duit yang masuk tiap-tiap bulan”.
Tapi, tak pernah saya terfikir, saya menjadi salah sorang yang akan melalui pengalaman macam ni. Jun 2018, bos saya panggil ke biliknya sebab ada benda urgent nak bincang. Saya takdelah fikir apa-ape sebab dah jadi kebiasaan, my work nature memang involve active discussion with my boss. Masuk sahaja dalam biliknya, saya dapat rasa ada benda yang very serious and bos saya rasa berat nak sampaikan pada saya.
“I’m sorry to inform that management had decided that your role is redundant and they want to compensate you for this retrenchment. I try to fight for you but management is very firm about this decision.” Semua tu dalam 1 ayat and it takes me a while to digest. Masa tu terfikir, kenapa saya? Sepanjang saya bekerja di situ, KPI tak pernah average, sentiasa exceed expectations. Saya tak pernah cari pasal dengan sapa2 pun kat situ. I even replied back to him “Why me? Haven’t I done more than enough for the team?” Well, yes, saya tak boleh kawal emosi and situation jadi emotional.
Keluar dari bilik bos, saya turun ke suran dan solat. Sebab saya jadi serabut sangat. Selesai solat baru rasa tenang sikit. Saya pun bukak and update resume lama yang entah tahun bila saya last update. Bukak Jobstreet and update apa yang patut dekat LinkedIn. Reached out dekat ex-colleagues tanya-tanya kot diaorang ada kenal sape-sape yang perlukan orang dengan skills and experience yang saya ada.
Dalam bulan Julai 2018, saya hadir ke 4 sesi temuduga. 3 out of 4 saya dapat offer. So, kat sini saya nak share tips apa yang saya buat sepanjang proses saya cari kerja baru, moga bermanfaat. Tips ni boleh diguna pakai for fresh grads or experienced hire:
Tips #1
Sentiasa berdoa kat Allah. Sebab Allah yang memberi rezeki, bukan bos-bos kat syarikat kita kerja tu. Solat 5 waktu. Rajinlah juga buat solat-solat sunat yang lain. Hubungan dengan Al-Quran sila perbaiki.
Bersangka baiklah dengan Allah. Saya juga buat silap dengan mempersoalkan kenapa saya yang dipilih untuk kehilangan pekerjaan. Tapi nasib baik cepat tersedar nak mintak ampun. Saya percaya, hilangnya pekerjaan ni nanti akan digantikan dengan benda yang lebih baik.
Tips #2
Mintak tolong mak doakan supaya cepat dapat kerja lain yang lebih baik. Even saya dah berkahwin, orang kedua yang saya inform selepas suami ialah mak saya. Ingat lagi mak saya reply, “Takpe, rezeki kat tempat lain. Mama doakan cepat dapat kerja lain yang lagi elok”. Setiap kali saya interview, saya whatsapp mak saya mintak dia doakan.
Tips #3
Okay, yang ni sikit pasal attitude kita bila apply kerja. Sekarang banyak cara nak apply and among yang commonly used is LinkedIn (LI). Platform ni macam FB but use for professional networking. Kita boleh connect dgn recruiter / HR syarikat yang kita minat nak apply kerja. Be professional when u message them. Kadang-kadang recruiter pun akan message kita on any vacancy yang dorang rasa suit with our experience and skills. Yang saya always practice, even masa saya tak actively looking for new job, saya reply je messages diaorang. Who knows later you will need their contact kan?
Tips #4
Normal interview tips. Yela, kadang dah lama tak gi interview kita lupa the basics kan. Bila dah ada interview invitation, do your best. Be confident and yang penting be honest. Jangan tulis benda yang you tak pernah buat dalam resume. Tolong jangan. Interviewer biasanya boleh tau ye.
Tips #5
Go on with your life as usual, no matter how stressful the situation is. Sebab stress sangat takkan ubah the fact you dah hilang kerja. So relax and be cool.
Sekarang? Alhamdulillah, Ogos hari tu saya dah start kerja kat tempat baru. Just like I believe, Allah gantikan dengan yang lebih baik :) So, to those yang dalam situasi yang sama, chin up and keep fighting! Rezeki ada, jangan risau, usaha je!
– AA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit