Assalamualaikum semua pembaca setia iiumc.. Nama aku Eyna (bukan nama sebenar). Aku dah kahwin lebih kurang 5 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata lagi. Alhamdulillah aku dan suami masih lagi sweet2 walaupun tiada anak dan kami tiada masalah pasal anak.. Begitu jugak keluarga kami. Alhamdulillah jugak semua dapat terima takdir ni.. Tapi bukan hal ni yang aku nak ceritakan, aku nak bercerita sama dengan tajuk diatas..
Baru2 ni aku ada terbaca kisah MANGSA SIHIR (Adwiyah) dan KERANA SAKA PELAMIN ANGANKU MUSNAH (Lili). Hal ni yang kuat sangat aku nak confess cerita aku ni.. Kisah aku ni bermula ketika aku baru2 kahwin.. Masa tu aku masih ingat suami aku akan selalu terkejut bila kami tidur dalam gelap.. Boleh dikatakan kerap sampai istigfar panjang kalau dia terkejut dari tidur.. Masa ni aku ingatkan suami aku ni penakut (Maaf suami sebab buruk sangka) rupanya2 suami aku ni boleh nampak alam ghaib ni.. Alhamdulillah sepanjang aku hidup aku tak pernah nampak alam ghaib.. Lepas dari kejadian terkejut2 tu aku sarankan tidur buka lampu..
Hari berganti hari bulan berganti bulan akhirnya masuk lah tahun berikutnya aku bagi cadangan dekat suami untuk jumpa seorang ustaz ni.. yang pasti bukan bomoh ye.. Sebab ustaz ni ruqyah dengan nada suara yang jelas ayat Al-quran. Aku dan suami jumpa ustaz ni pun sebab nak ruqyah pasal anak.. kebetulan kami masa ni di kampung mak aku.. kami dapat ruqyah sekali saja sebab lusa ya kami nak balik ke teratak kami dah.. masa ustaz tu ruqyah tiba2 suami aku muntah2.. penuh 2 plastik beb.. masa ni aku dah cuak (terkejut) jugakla.. lepas ruqyah ustaz pesan ruqyah lagi nanti.. cari ustaz lain pulak..
Lepas balik dari kampung kami berjumpa pulak ustaz lain.. Masa ni ustaz tu kata dia akan tengokkan dulu untuk saka keturunan sebab ustaz ni kata kebanyakan orang melayu ada saka.. ustaz ni kata dia nak susun dulu saka keturunan.. Waktu ustaz ni buka laluan untuk saka tu masuk.. Aku terkejut beb sebabnya selama aku hidup aku tak pernah tengok benda2 macam ni depan mata.. Sedih, takut, terkejut, tak percaya semua ada dalam diri aku. Aku bukan tak percaya alam ghaib ni tapi sebab aku tak pernah nampak dengan mata kasar jadinya aku tak tahu macam mana nak gambarkan..
Ok bila start je ustaz tu susun saka ni.. tiba2 ada benda lain bersuara dengan menggunakan mulut suami aku.. suara dia lembut je.. masa ni aku dah pelik sebab suara suami aku tak selembut suara ni.. aku taula suami aku ni jenis kelakar..gila2 sikit macam aku.. masa ni ustaz ni suruh mertua aku tanya apa2 sebab ustaz ni kata memang dia bagi tanya apa2 je.. aku plak tengok jela sebab aku tak tau apa2 dari keturunan suami aku ni.. maksud aku pasal saka la aku tak tahu.. mertua aku tanya macam2 termasuk dia dah menampakkan diri dia depan suami aku tapi suami aku mengelak (mungkin sebab takut kot).. hah sebelum aku terlupa masa mula2 suara tu bersuara dia bagi salam wey.. kami pon jawab la salam tu.. ustaz kata saka islam..
Aku nak cerita banyak sangat sebab macam2 yang jadi sepanjang kami berubat dengan ustaz ni tadi., bukan sehari je.. ambil masa la jugak sebab nak tau galur keturunan.. mertua aku siap pesan lagi kalau bukan islam ustaz buang je terus sebab mertua aku taknak dah. Jadinya yang islam ni terus ada je sebab dia menjaga suami aku dengan baik. Dia siap pesan lagi JANGAN TINGGAL SOLAT, SELALU BERSELAWAT.. ada yang kami betul2 dengar saka ni cakap KESIAN TUBUH NI, TUBUH NI TERANIAYA.. masa ni terjurai air mata aku beb, sebab aku tak sangka sebaik2 suami aku ni walaupun dia suka buat lawak menyakitkan hati aku tapi aku bahgia ada orang yang nak aniaya dia.. aku ingatkan satu je yang ikut rupanya dia ada assistant weyh.. yang cakap tu ketua dia. Dia bagitahula dia ada assistant kiri kanan.. maknanya ada 3 la.. perghh terkejut aku.. aku gelarkan saka ni 1 (ketua) 2 (kanan) 3 (kiri)
Dalam masa mencari2 lagi tentang saka ni bukan semua mertua aku tau sebab ni dari keturunan dulu2.. jadinya kami banyak bertanya dekat saka 1 ni.. dalam masa mencari yang lain jugak ada saka bukan islam yang masuk islam.. sebab dia masuk islam dia nak ikut saka 2..sebab saka 2 ni agak tegas.. tapi ustaz tu cakap kena tanya saka 1 dulu.. yelah bukan suka2 boleh terimakan., mesti la kena tanya empunya ketua dulu.. dalam banyak2 saka bukan islam masuk islam tu saka 1 boleh terima 2 je lagi sebab yang lain2 mungkin tak ikut spesifikasi yang ditetapkan.. hahaha.. maknanya sekarang pengikut suami aku jadi 5.. sebelum aku dihurungi pertanyaan dari mana dapat saka tu mestilah dari keturunan kan.. dapat dari nenek dia.. tak usahlah korang tanya nenek belah mana.. lagi panjang cerita aku kang.. Masa suami aku dah tau tentang saka ni Alhamdulillah hidup aku lagi tenang sebab tidur malam2 pon tak terkejut dah.. lampu tutup macam biasa.. mungkin sebab dia dah tau, kitaorang semua cerita kat suami.. masa saka masuk dalam badan suami,suami tak sedar pon..
Maknanya sekarang yang aku selalu bawa suami aku pergi hospital sebab kaki sakit rupanya sihir.. hospital cakap kaki suami aku tisu koyak.. aku musykil sebab suami aku takde plak main bola ke sampai tisu nak koyakkan. Aku bersyukur pada Allah sebab walaupun suami aku sakit kami takde la plak bergaduh teruk sampai nak pecah belahkan family kecil kami ni.. cuma aku diuji bila suami aku kerap marah2 tak macam mula2 aku kahwin., tapi takpe aku nak jadi isteri solehah.. aku cuma diam,nangis sorang2.. aku ni dikenali sebagai seorang yang cengeng (penangis).. kalau aku tak tahan sangat aku dok dalam bilik sorang2.. nangis puas2 sambil doa pada Allah.. mohon dia kuat dan kentalkan jiwa hati hati.. alhamdulillah Allah masih kuatkan kasih sayang kami walaupun suami sakit..
Aku rasa nanti aku sambung plak part 2 sebab aku nak rehat dulu.. inshaAllah ada masa nanti aku cerita part suami aku kena sihir pulak.. janganlah komen yang negatif ye sebab aku nak korang doakan supaya suami aku sembuh macam dulu.. terima kasih luangkan masa baca cerita aku ni.. kalau korang nak tanya apa2 nanti aku jawab sekali kat part 2..
Jalan-jalan terpijak paku,
Terpijak paku sambil pegang pahat,
Suami aku harta akhirat aku,
Doakan suami aku cepat sihat.
– Mrs FN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit