Jom Kenali Kulit Muka Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada admin IIUM Confession kerana sudi membaca dan menerbitkan artikel saya ini.

Saya Nur atau boleh dipanggil Amy, Perunding Kecantikan Mary Kay (okay, lepas ni mesti ramai datang mengecam sebab fikir “nak promote produk lettew” “apalah admin, artikel macam ni pun admin nak publish” and so typical harsh comments, haha. – semoga kali ni tiada yang berfikiran sedemikian ya.

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai jenis kulit muka secara umumnya. Saya yakin masih ramai remaja dan orang dewasa baik lelaki mahupun perempuan yang masih tidak mengenali jenis kulit muka sendiri.

Perlu diketahui ya, sangat penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda kerana dari situlah anda boleh membuat pemilihan produk penjagaan kulit yang terbaik, sesuai dengan masalah kulit anda.

Secara asasnya terdapat 4 jenis kulit muka (dah boleh mula belek muka anda sekarang).

1) KULIT KERING

Kulit kering ialah kulit muka yang mempunyai liang pori yang kecil dan wajah individu tersebut akan kelihatan suram tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan. Garis ekspresi (kedutan halus) mudah terbentuk pada kulit kering terutama di sekitar mata dan mulut. Bahkan individu yang memiliki kulit kering berpotensi besar untuk mendapat jeragat jika dibiarkan tanpa rawatan.

2)KULIT NORMAL

Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dan mempunyai tekstur yang licin kerana ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau liang pori tersumbat. Namun, pemilik kulit muka normal perlu cakna bahawa kulit sebegini mudah untuk bertukar menjadi kulit kering atau kulit berminyak pada bila-bila masa (atas faktor-faktor tertentu) seandainya individu tersebut tidak berusaha menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit muka sendiri.

3)KULIT KOMBINASI

Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin namun sedikit berminyak di kawasan zon T (dahi, hidung dan dagu) dengan sedikit tanda kekeringan/normal dipipi dan bahagian sisi luar muka.

4) KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum yang menghasilkan minyak yang berlebihan, maka liang pori akan menjadi kasar dan tersumbat serta lebih mudah untuk kulit tersebut ditumbuhi jerawat.

KONKLUSI: Saya sentiasa percaya dan yakin tiada istilah terlalu awal atau terlalu lambat untuk merawat kulit muka kita. Carilah produk kulit muka yang sesuai, baik dan selamat. Drugstore juga turut mempunyai beberapa skincare yang baik. Namun, jika masih tidak sesuai, atau berasa was-was, boleh rujuk pada mana-mana perunding kecantikan yang bertauliah.

Elakkan penggunaan produk-produk yang menjanjikan kecantikan dan kesihatan kulit muka yang pantas (contoh ; cantik seawal 3 hari dll) kerana ianya pasti mengandungi bahan kimia terlarang dan berbahaya yang akan membawa kepada 1001 penyakit,

Itu sahaja daripada saya. Semoga perkongsian ini sekurang-kurangnya memberikan sedikit manfaat kepada semua pembaca. Terima kasih.

– Amy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *