Salam semua pembaca. Aku Faralisa. Aku dah lama nak luah tapi baru berkesempatan menaip. Jika disiarkan terima kasih aku ucapkan.
Aku bekerja 3 tahun dalam 1 bidang. Kerja lebih masa, kumpul duit sebanyak mungkin. Sampailah satu ketika aku terfikir, sampai bila nak kerja macam robot. Kerja 9-6petang, lepas tu kena buat overtime. Masuk saja tahun ke-3, kalau tepat-tepat 6 petang angkat beg mesti boss cari pasal.
Jadi aku terfikir untuk cari kerja lain. Tambahan aku bakal berkahwin. Aku rasa tiba masanya aku tinggalkan kerja 9 pagi-12 tengah malam yang tiada cuti weekend tu. Aku dapat offer kerja waktu pejabat di salah sebuah syarikat automotif di utara. Aku gembira diterima bekerja sebagai cashier, kerja sementara sebelum bekerja di syarikat lain. Syarikat tersebut merupakan syarikat kenalan keluarga aku (melayu ye) dan mereka terdesak perlukan staff.
Salah seorang staff senior,Ida (bukan nama sebenar) menunjukkan reaksi yang tak menyenangkan pada hari pertama aku bekerja. Dari pagi hingga waktu pulang, dia pasti akan jerit pada aku, jerit pada customer, aku mulanya tak peduli pun tapi lama-lama serabut jugak kepala aku. Entah apa yang dia benci sangat. Menurut kata staff lain, dia benci aku kerana dia rapat dengan boss dari dulu, tiba-tiba ada pesaing baru (aku). Aku usaha tak balas apapun perbuatan dia, selagi dia tak kacau periuk nasi aku. Tambahan pula, aku nak jaga reputasi keluarga.
Hampir sebulan aku bekerja di syarikat ni, sebulan juga lah aku layan drama pelik si Ida ni. Manager aku, Encik Sepi pernah pesan pada aku agar berhati-hati dengan Ida, kerana kerapkali staff baru masuk, pasti ada kehilangan cash, suka buli staff dan banyaklah lagi. Dalam sebulan aku bekerja, tiap hari aku dibuli, tiap hari wang hilang ye. Aku tahu belakang aku pasti mereka tuduh aku. Aku hanya mampu ketawa dalam hati, mana mungkin aku nak mencuri wang, aku bukan tak berduit. Selain itu, bekerja di sini aku di-bodyshaming, diejek, diketawakan. Aku pernah hilang sabar, dorang tak endah pun apa aku cakap.
Suatu hari, aku cuti. Ida BEKERJA pada hari aku cuti. Dia ganggu aku, whatsapp aku marah-marah duit hilang. Aku terfikir, aku salah kira atau Ida sengaja nak pedajalkan aku. Dan kemudian manager aku beritahu untuk berjumpa dengan aku pada esoknya. Aku tenang je, tak salah nak takut apa betul tak? Tibalah hari yang aku nantikan, manager panggil aku dan Ida untuk berbincang. Aku tak sangka semua kesalahan manager aku letak atas bahu aku, IDA TAK SALAH LANGSUNG. Aku tersenyum melihat drama pak lebai dan perempuan ular ni.
Aku pun kebetulan dah dapat offer kerja lain, aku bagi notis 24jam. Cukup sebulan untuk aku ambil gaji. Si lebai Encik Sepi cakap dia nak bagi peluang hingga hujung bulan untuk aku perform. Tapi aku tolak, rasa buang masa kerja di syarikat orang melayu yang penuh dengan ‘negativity’ dan persekitaran toksik. Aku pun ada maruah. Pemilik syarikat yang merupakan kenalan keluarga, Puan Siti memujuk aku, katanya pasti aku salah kira. Dia tak rasa aku curi wang. Tapi selembut aku pun, aku ada pendirian tetap.
Alhamdulillah aku sekarang dah kerja dengan majikan berlainan bangsa & dikelilingi orang yang berjaya, ‘mentality’ mereka jauh kedepan, persekitaran kerja sangat bagus dan menyeronokkan. Orang berjaya, selalu kongsikan tips berjaya dan tips lain untuk meningkatkan prestasi diri. Walaupun aku staff biasa, mereka tak pernah diskriminasi. Aku bersyukur kerana tidak lagi bekerja dengan syarikat lama yang hanya tahu mengumpat dan talam bermuka-muka.
Sebelum orang kecam, aku nak bagitau aku tak pukul rata semua syarikat melayu ya. Bergantung pada nasib kita. Tak kira apa bangsa. Ada yang dapat boss baik, kerja best, staff lain macam hantu. Ada yang boss macam hantu,kerja best, staff semua bagus-bagus. Cuma nasib aku je kurang baik.
Jika Ida atau pak lebai tersebut baca confession ni, aku harap korang berubah. Kesianlah orang lain yang nak cari rezeki. Korang jangan lupa korang ada anak, mana tahu orang lain buat kat anak korang suatu hari nanti.
Sekian luahan dari saya. Terima kasih.
– Faralisa Ahmad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit