Infantilize

Nama saya Damia. Saya nak confess berkenaan keluarga saya. Saya tak tahu lah cerita saya ini dialami juga oleh orang lain atau kami adik-beradik sahaja. Jadi, saya perlukan komen yang membina dari tuan/puan yang membaca cerita saya ini. Tajuk cerita saya ialah infantilize. Infant = anak kecil. Infantilize = menjadikan sesuatu objek/orang seperti anak kecil.

Saya anak ke-3 dari 6 orang adik-beradik, umur 23 tahun, baru habis degree dan tengah bercucuk-tanam anggur di rumah (menganggur lah maksudnya). Masih tengah memohon kerja. Doakan saya dapat kerja yang bersesuaian.

Jarak umur kami adik-beradik antara 2-4 tahun. Kakak sulung umur 27 tahun, baru bercerai dengan bekas suami dia, tengah struggle mencari makna hidup. Kesian kat kakak saya. Abang saya atas aku umur 25 tahun. Adik-adik bawah saya umur 19, 17 dan paling bongsu 15 tahun. Mak saya suri-rumah, ayah saya dulu kerja officer kat kilang, sekarang dah bersara. Sounds ok, kan..? Middle class family.

Kami keluarga middle class yang biasa-biasa sahaja, tak pernah pergi bercuti oversea mcm keluarga kaya yang lain, tp kami adik-beradik tak pandai buat kerja rumah. Mengalahkan anak kerabat atau anak orang kaya je kami ni, tak pandai buat kerja rumah, padahal di rumah takde bibik pun. Saya & kakak sulung duduk asrama dulu masa sekolah. Adik-adik pulak hanya tahu main game sahaja. Abang saya pun spesies yang sama jugak. Paling teruk saya rasa kami ini lah yang perempuan ni tak pandai buat kerja rumah.

Bukanlah maksud saya tak pandai buat kerja rumah itu maksudnya tak pandai langsung. Kami duduk asrama dulu, jadi hanya pandai urus diri sendiri sahaja, mcm kemas bilik tidur, katil, basuh baju tu OK lah. Cuma dalam wilayah sendiri sahaja. Mak saya memang tak ajar anak-anak memasak. Kadang cemburu tengok kawan-kawan di hostel kat uni dulu pandai masak, bila tanya, mereka jawab, “mak ajar”, “umur 12 tahun mak paksa masuk dapur”. Bila saya ingat balik, dulu umur zaman sekolah dulu buat apa ye? Oh, baru ingat.. While mak sibuk di dapur, kami kena layan adik-adik yang masih bayi, kecil. Then, masuk asrama tak sempat lah nak masak-memasak.

Kesedaran datang pada saya bila kakak sulung saya kena cerai. Abang ipar cakap, kakak saya tak pandai masak. Dah bagi masa 3 tahun, tapi masih lagi terkial-kial di dapur. Saya nak back-up kakak saya pun, tak pandai. Cuma saya cakap kat abang ipar masa tu, yang kakak saya kan kerja. Apa kekurangan dia tak pandai bersilat di dapur itu jadi satu kesilapan besar ke? Apapun, nasi dah jadi bubur. Kakak saya pun dah berpisah dengan suami dia. Kakak pernah cerita, dia kata dia akan belajar masak, Tapi, cuma 1-2 lauk sahaja lah dia pandai. Nak siang ikan memang tak pandai. Saya kasihankan kakak saya. Dalam masa yang sama, saya takut adakah saya akan mengalami nasib yang sama?

Kakak cerita juga, bila dia balik kampung mertua, selalu kena perli dengan ipar/biras. “Hang ni memang tak biasa buat kerja rumah ka?”. Bila balik raya, kakak saya cakap dia stress sebab semua orang ada task masak-memasak kat dapur. Akhirnya, kakak aku cuma layan anak-anak saudara dan jadi tukang laundry seluruh keluarga. At least, not bad, kan? Nak juga buat kerja rumah, tapi kena cerai juga.

Bila berpisah dengan suami dia, kakak aku berhenti kerja dan balik ke rumah mak ayah kami. Saya yang baru habis belajar pun duduk sekali dengan mak ayah saya. Jadi, kami cuba restart life kami. Kami cuba nak jadi helpful di rumah. Kakak nak tolong masak, tapi ayah tak suka makan masakan kakak. Akhirnya, kakak back-off dan biar mak je yang masak, kecuali bila disuruh. Saya pun sama, basuh baju guna mesin basuh semi-auto. Tapi, mak dan ayah saya dah siap-siap asingkan baju mereka, tak bagi saya basuh.

Saya dan kakak jadi orang yang selalu back-off. Kurang keyakinan diri. Perasan jugaklah kalau dalam kelas dulu, saya jarang ke hadapan. Semuanya sebab tak ‘nurture’/diasuh dari rumah. Saya tak salahkan 100% mak ayah saya. Cuma, mak ayah saya terlalu over protective pada kami adik-beradik dulu sampaikan kerja rumah hanya mak saya sahaja yang buat. Tambahan pula, ayah saya seorang yang cerewet bab makanan, hatta cara sidai baju sekalipun. Apapun, saya dah pandai sidai baju cara ayah dan susun hangar baju cara ayah.

Saya kasihankan pada mak ayah saya. Mereka sudah berumur 50 tahun lebih. Mungkin masih ada tenaga. Tapi, bagaimana 10-20 tahun lagi, kalau bukan kami anak-anak yang kena take charge buat kerja rumah. Berilah peluang dan percayalah kepada kami, manakan kerja jadi sempurna jika tidak diasah sejak dini. Sedangkan belakang pisau yang tumpul juga boleh jadi tajam jika diasah. Mak, ayah… Bagilah saya dan kakak buat kerja rumah. Ajarlah adik-adik juga buat kerja rumah juga. Jangan sampai tragedi yang menimpa kakak sulung berlaku pada kami anak-anakmu yang lain.

Pesanan saya kepada kawan-kawan yang ada anak-anak. Ajarlah anak life-skill/kemahiran hidup. Kalau umur dah 3-4 tahun tu, ajarlah pakai baju sendiri, biar dia pakaikan baju sendiri. Saya mohon komen dari rakan-rakan semua, bagaimana saya nak pujuk mak ayah saya, dan bagaimana untuk tingkatkan keyakinan diri/anxiety. Terima kasih.

– Insyirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *