Selepas Badai Melanda

Assalamualaikum. Aku Ayu. Aku sama seperti orang lain. Percaya wujudnya alam ghaib, tapi aku percaya Allah lebih berkuasa. Kisahnya masa keluarga aku diziarahi oleh orang yg terdekat.. orang yg terdekat ni aku namakan sebagai mak yah. Mak yah ni sangat peramah.. dari aku awal kahwin aku baik dgn mak yah. cukup aku kenalkan makyah ni ada tali hubungan dgn suami aku.

Masa mak yah datang kali ni aku dapat merasakan ketidaksenangan hati mak yah yg cuba disembunyikan. Makyah banyak bertanya pasal aku dan suami. tentang amalan fardhu, amalan sunat, tahap hafazan aku dan suami. Masa ni aku tak tahu apa-apa.. jadi apa mak yah tanyakan, aku jawab sahaja. Mak yah ni jenis selalu bercerita tentang amalan dia, bangun malam la, doa-doa dia kat orang lain.. Aku masa tu tak syak apa2 pasal mak yah. Benda baik kan. Yang aku pelik tu.. ada sekali Makyah pakai kain terbelah sampai lutut. Huhu. Untuk orang umur macam dia, dan segala ilmu agama yg dia tunjukkan, aku rasa tak sesuai la pakai seksi macam tu.

Biasa aku jumpa makyah kejap2 je. Tapi kali ni, dia duduk rumah aku lebih lama.. dalam seminggu. Pernah sekali aku dan dia pergi solat masa jalan2 kat luar, mak yah selamba bukak tudung depan orang2 lelaki lepas tu sarung telekung solat. Aku masa ni pelik..takkan mak yah tak tahu batas aurat kan. Makyah solat laju giler2.. aku tak tau dia baca apa.. ni macam aku kecik2 dulu je, solat cepat2 sebab nak tengok cite kartun. Hahaha. Makyah solat.. tapi mata dia melilau.. aku pelik, makyah ni solat ke tak.. ke solat main2.. ni new thing aku found out pasal mak yah. after a week kat rumah aku, makyah cakap mak yah akan datang lagi nanti. Nak duduk lama jugak macam kali ni.

Masa ni kisah baru nak bermula.. Aku dan suami start kerap sangat bergaduh. Dalam seminggu mesti bergaduh. Gaduh yg bukan biasa2. Aku pernah lari jap keluar rumah dalam keadaan marah sangat… aku drive kereta lajuu giler. Aku dengar bisikan. Kau langgar je…kau langgar je. Aku bertarung dengan suara tu. Aku istighfar.. Tiba2 aku macam ditarik ke alam nyata. Aku hentikan kereta tepi jalan. Aku tarik nafas, fikir balik. Akhirnya aku balik rumah dan cuba berbaik dgn suami..

Suami isteri kalau tak bergaduh bukan namanya suami isteri.. La kan? Suami aku jenis akan diam masa kami bergaduh. Aku kalau bergaduh pun paling teruk lepas luah semua, aku menangis. Tapi sekarang aku sangat susah control diri aku. Pernah aku ambil pisau… suara tu cakap kau bunuh je dia. Kau bunuh je dia. Aku bertarung dgn suara tu. Sudahnya aku tusuk je lantai. Tak jadi tikam suami. Aku juga selalu marahkan anak2… aku tunjal kepala mereka, aku pukul. Ya Allah.. sedih bila ingat balik. Suami aku juga berubah, makin bengis dan merengus2 sekarang.

Anak aku pernah cakap.. dia tengok ada seekor lalat yg selalu ikut aku dalam rumah. Ye dalam rumah sahaja. Aku cuba halau2 lalat tu keluar rumah.. tapi lalat tu tak nak keluar. Lalat tu jugak tak ikut orang lain tau… Budak kecik pun perasan. Aku sebenarnya perasan jugak lalat tu.

Pastu satu hari mak yah bagitau kat suami, dia jadi nak datang ziarah kami lagi hujung minggu nanti. Masa ni aku tgh gaduh giler2 dgn suami. Ikut hati aku nak je lari tidur hotel. Aku taknak la ada tetamu masa aku dan suami tengah tak ok. Makyah datang kali ni.. dengan satu rombongan dalam 7 orang. Rombongan ni pun tak asing dgn aku pun.

Tapi kali ni lain.. masuk hari ketiga, mak yah lain giler bila suami aku takde kat rumah. Dia tuduh aku ni tamak dan kedekut. Aku macam apehal pulak ni kan.. mak yah buat aku tak bebas kat rumah sendiri. Aku tau kalau aku bagitau suami perangai makyah ni, suami takkan percaya. Ye lah aku kan tgh ada relationship problem ngan suami. Makin bergaduh lagik ada la.Aku pendam sampai lah mak yah balik dgn rombongan dia tu.

Malam..blps mak yah balik. Aku rasa takut giler duduk kat rumah. Rasa ada orang perhatikan. Lalat mula memenuhi rumah aku..bout of no where. Anak aku pun perasan. Makin membiak lalat tu cepat sangat. Suami perasan jugak lalat tu makin banyak dalam rumah. Malam tu, aku kena tindih. aku kena tindih tu masa aku sedar, bukan masa tidur. Aku baca semua ayat2 yg aku ingat. Akhirnya aku lepas..btapi aku tak boleh bangun. Badan berat. Aku cuba gagahkan diri , capai handphone..baku cari no fon darussyifa. I know something is just began.Something is haunting me, tapi aku tak tahu apa.

Aku rasa tak boleh jadi…besok aku kena call ustaz. Esoknya lepas suami pergi kerja, aku hantar anak2 ke sekolah. Aku tak boleh balik rumah…baku tau ada benda menanti aku dalam rumah. Aku call ustaz, minta pandangan dia. Ustaz tanya, awak dan suami ada masalah sekarang kan? Anak2 awak jadi degil tiba2 kan? Aku terdiam. Benda ni aku tgh face skrg ni, tapi aku macam tak realize , tapi bila orang luar tanya, baru lah aku macam tersedar dr lamunan dan aku recall ye betul mmg aku tgh tak baik dgn suami aku dan pasal anak, yes aku baru realize.. apehal anak aku tetiba jadi degil semacam. it’s a sudden. Hidup aku berubah. Bila aku cakap, suami aku tgh habiskan phd skrg ni, just few months je lagi. Ustaz ckp.. aku kena sabar banyak2 skrg. Sbb orang yg hantar tu taknak tengok suami habiskan phd. Ustaz minta aku carik… apa benda yg tetamu2 aku tinggalkan. Aku tanya ustaz apa ciri2 nya, ustaz cakap apa2 je yg aku rasa bukan milik aku dan suami. Ustaz jugak ada ajarkan cara2 pendinding rumah.

Lepas call ustaz, aku cari kekuatan nak balik rumah. Aku kena setelkan pendinding rumah. Masa aku tengah keliling rumah tu sambil baca ayat kursi… benda tu menoreh2 pintu rumah aku, mengetuk bertalu2 mcm orang gile. Aku kuatkan semangat untuk habiskan pendinding rumah. Lps tu aku duduk baca quran, aku dah lemah dah masa ni. Aku call ustaz, bagitau dah dinding rumah tapi aku tak jumpa benda tu..ustaz bagitau aku kena kuat dan jangan let in benda tu control aku. Aku tau suami takkan percayakan aku. Aku kena struggle sendiri. Ustaz minta aku sembahyang hajat sampai Allah ilhamkan aku kat mana benda tu. Ustaz juga minta nama aku dan suami untuk dia solat dan doakan.

Aku pusing2 rumah, tak jumpa. Just jumpa ubat gigi, baju sehelai. Selain tu, makanan yg memang aku pesan kat suami.. nanti makyah datang , minta makyah bawakkan. Suami bg duit kat mak yah, tapi aku tak sangka sebanyak itu makanannya makyah beli. Aku accept je la tapi ada juga terdetik makyah ni sakit hati ke atau baik hati beli banyak2 macam tu. Padahal aku dah cakap nak sikit je. Aku tunggu suami aku balik untuk tanya dia psl makanan tu..sebab aku rasa kena buang apa2 yg bukan barang aku dan suami.aku teruskan mencari. Kot2 jumpa benda lain lagik. Aku cuba cari kat luar rumah. Aku teringat arwah ayah aku pernah terjumpa ‘barang’ yg orang tanam kat depan rumah. So aku cari clues ada tak kesan korek yg macam baru2.. masa tu.. tiba2 aku terjumpa sesuatu. Aku dah meremang. Ummm…Ini buah yg aku minta suami aku buang semalam. Buah ni makyah belikan dan takde sape nak makan. Macam mana boleh ada kat belakang rumah.

Lepas suami balik.. aku minta suami ikut aku keluar dan aku tunjukkan buah tu. Bukan ke buah ni saya minta abang buang? Berkerut2 muka suami aku. Abang memang konfem buah ni abang dah buang dalam tong sampah besar jauh kat sana. Semuanya. So mustahil la boleh tergolek ada kat belakang rumah. Both of us speechless. Aku pun ceritakan kat suami aku.. yg aku call ustaz semua, tapi suami tetap tak percaya. Aku cakap kat suami, bantu saya abang. I really need your help now. Sebab aku tau aku tgh sangat2 melemah. Aku baca quran, hampir putus nyawa. Aku solat, hampir rebah kena tolak. Malam tu masa aku tgh basuh pinggan… aku tau ‘that thing’ is really behind me. Ustaz ajarkan aku baca ayat kursi dan ludah kat tempat mana aku rasa benda tu berada untuk halau. Aku buat few times sampai aku rasa benda tu hilang.. Lepas aku siap basuh pinggan, anak aku yg berdiri dari tadi . Tiba2 cakap.. Mommy, kenapa orang tadi lari dari mommy lepas tu dia pegi kat daddy dalam bilik?

Macam nak tercabut jantung aku.. fuhhh.. that was the first time anak aku bercerita ada ‘benda lain’ dalam rumah. Aku tanya siapa orang tu? Anak aku cakap orang tu ada banyak makanan kat perut dia. Aku tau tu mesti usus terburai.. aku cakap takdelah, jom kita tidur. Dari situ aku start pasang ayat ruqyah. Anak aku yg kecik sekali menangis2… aku bacakan ayat pendinding, anak makin kuat menangis. Aku call tanya ustaz… ustaz tanya sampai part ayat mana anak menangis kuat. Aku cakap la surah al falaq dan la yukallifullahu nafsan illa wus’aha. So that’s it. Memang ada gangguan kalau macam tu. Ustaz tanya.. nak tak dia doakan supaya balikkan org yg menghantar. Aku taknak. Ustaz jugak ada ajarkan aku macam mana nak tau siapa buat.

Asalnya suami aku tak percaya… tapi aku makin melemah. Aku terbaring dan tak boleh jalan, tak boleh drive. Aku cakap, abang you have to handle her. Anak aku menangis. Aku dah penat berjam2 aku bacakan ayat quran kat anak aku.. tp dia tak berhenti menangis. Suami aku ambik alih. Aku dah terbaring.. tak mampu nak bangun. Suami aku urut2 anak aku..kejap2 anak aku meracau2. Sampai anak tertidur penat. Lepas dah letak anak aku yg tidur tu… suami datang kat aku. Dia cakap betullah it was ‘something’. Aku tanya macam mana dia tahu. Baru lah suami cerita..dia bacakan ayat yg ustaz dia ajar dulu untuk bantu rawat orang2 histeria. Aku tanya ayat apa. Suami bagitau surah saffat ayat 1-10. Anak aku meracau tiap kali baca ayat tu dan jari kaki anak aku panas. Alhamdulillah. Aku rasa kuat sikit bila suami aku macam side dgn aku. I am not alone.

Suami cakap from now dia akan tolong aku setakat dia mampu. Suami aku pun setuju buang makanan yg mak yah beli… sebelum ni dia cakap tak boleh membazir. Hehehe. Tiap2 malam kami baca quran sama2, masa tu anak aku meracau2, rumah atas bunyi kerusi seret2 tiap2 malam. Kami buat amalan ni tiap2 malam Sampai aku rasa aku boleh berjalan balik.. bila aku dah bertenaga balik, aku cuba ruqyah mandiri. Aku cakap kat suami, i donno what gonna happen masa aku buat ruqyah nanti.. but i know something will happen to our children. So aku minta suami jagakan anak2.. sementara aku ruqyah mandiri. Masa buat ruqyah mandiri tu aku kena tindih. That time anak aku yg semuanya tengah tidur, tiba2 mengigau serentak masa aku kena tindih. Alhamdulillah.. mujur la tak teruk kena tempias kat anak2 aku. Aku buat 3 kali ruqyah mandiri, sampai aku dah gain balik energy aku.

Aku buat macam yg ustaz ajar.. aku dapat tahu siapa yg buat. Tapi aku simpan siapa.. walaupun hint2 tu ada.. sebab suami aku marah, tuduhan tu lagi berat drpd membunuh. Lagi la tuduh orang buat benda syirik. Aku dah la tak ada bukti kan. Masa aku sakit ni… kepala aku ibarat berada dalam kapal yg sedang bergolak dek ombak kuat. Aku tak boleh berdiri. Sebab tak stable. Kepala aku berpusing dan bergolak. Selera makan aku makin susut. Aku tak khusyuk solat… aku nak stop kan kocakan dalam kepala tu tapi tak boleh. Berbulan2, aku dan suami hadap benda ni berdua. No one knows. Sampai la aku sembuh dan boleh grasp fikiran aku balik. That means sampai aku boleh berdiri di alam nyata, khusyuk solat balik. Dan jadi diri aku balik. Believe it or not… lalat2 tu hilang dan takde sekor lalat pun dlm rumah aku lagik dah.

Now benda ni berlaku dah almost 2 years pun. Masa aku bagitau suami aku dah sembuh.. Suami cakap alhamdulillah.. Kun, fayakun. Semua terjadi atas izin Allah, benda tu jadi atas izin Allah, aku sembuh pun atas izin Allah. Kalau orang buat sebab nak pisahkan aku dan suami, jadi pisah atau tak, tu pun atas izin Allah. Banyak benda aku belajar tru this event… Now hubungan aku dan suami makin baik. Kalau ingat zaman bergolak dulu rasa rumahtangga di hujung tanduk. Malas nak ingat balik. Huhu. now aku rasa nikmatnya pelangi lepas habis ribut petir..

Aku jadi teringat balik kisah ni sebab aku baru lepas balik daripada rumah makyah… Makyah masakkan nasi tomato tau. Aku boleh rasa dan aku boleh tau, tu nasik basi. Aku diam dan buat2 tak tau. Mungkin dulu pandangan aku tertutup pasal makyah…amalas nak ingat balik kami makan apa dulu masa pergi rumah dia. Macam2. Huhuhu. Dulu aku telan dan percaya bulat2 makyah cakap apa. mak yah macam perasan pulak aku dah tau. Sebab aku sorang je tak makan nasi tu. Aku makan benda lain yg aku yakin, huhu. Berkali2 dia sebut minta aku makan. Dan masa berbual makyah nak tutup keraguan hati aku, dia cerita yg nasi tu masih baru la…bla3. padahal aku tak tanya. Takde siapa pun tanya.

Sambil dia bercerita, dia tersasul2 . So i ‘just’ know i was right, huhuhu. Nasi tu pagi semalam punya. Aku tak cerita kat sape2.. termasuk suami aku, benda dah selamat masuk perut kan.. takkan nak cakap tuan rumah hidang nasi basi. Em. aku berdoa je lah banyak2 semoga anak2 dan suami, keluarga aku sentiasa dilindungi Allah. After what had happened, aku still datang ziarah rumah makyah. Cerita aku sakit tu hanya aku dan suami je yg tahu tau. Kami tak pernah cerita kat sape2 ahli keluarga kami yg lain. Air dicincang takkan putus.. So takpe la kami simpan.

Kalau dulu aku ingat mak yah ni devoted person.. actually lepas what had happened, baru aku tau makyah ni suka berbomoh rupanya. Huhu.. aku doakan makyah bertaubat la sebelum ajal dia menjemput. Aku pun taktau hujung hayat aku nanti macam mana. Minta lah selamat dunia akhirat semua. Benda ni jadi pengajaran kat aku supaya lebih berhati2. So aku lebih waspada, sentiasa baca doa pendinding, baca doa makan, baca doa pelindung utk suami dan anak2.. baik dan ramah macam mana pun dgn orang yg bg makan, jgn la lupa baca bismillah, huhu.

Terima kasih kalau sudi siarkan..

– Ayu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *