Anak Hipokrit

Salam semua. Actually, ini bukan lah confession, cuma aku just nak cerita sikit apa yang jadi di sekeliling aku, yang aku rasakan kita semua patut jadikan iktibar. Ada some part of the story disampaikan kepada aku, some part lagi aku yang saksikan sendiri. Jadi aku combine, aku send di IIUM Confession.

Aku sangat jarang nak ambik tahu hal2 yang berlaku dalam kehidupan saudara mara aku. Apatah lagi saudara mara yang jauh nih. Tapi apa yang terjadi dalam sebuah keluarga ni, boleh dikatakan berjaya jatuhkan air mata aku.

Aku anak tunggal. Mak ayah aku dah meninggal. Jadi, aku sentiasa nasihatkan semua orang agar hargai mak ayah selagi mereka bernyawa. Sebab bila mereka dah tak ada, perasaan rindu yang aku rasa nih, hanya sekadar perasaan rindu saja. Aku tak ada cara nak tunjukkan perasaan rindu tuh, melainkan doa. Kalau orang lain, mungkin masih dapat call, balik kampung jenguk mak ayah. Tapi aku, pendam rindu saja la. Bila dengar orang cerita pasal mak ayah masing2, aku senyum ja. Nak share cerita pon, mak ayah dah tak ada. Apa lagi yang boleh aku share, kan? So aku memang sangat anti dengan orang yang tak tahu hargai mak ayah masing2.

Aku ada dua pupu, mereka nih 4 beradik. 2 dah kawen, 2 lagi belum kawen. Yang dah kawen, duduk di rumah lain. Yang belum kawen, duduk 1 rumah dengan mak ayah. Mak ayah dua2 dah pencen, dua2 dah tua. Jadi memang tak boleh ditinggalkan sendirian. Kena ada orang jagakan. Ayah mereka masih lagi ok, maksud aku masih lagi boleh berjalan, boleh mandi pakai sendiri. Tapi si mak, dah hilang tangan dua2 belah, sebab accident kena langgar van. Dah takdir.

Masalahnya sekarang nih, mereka 2 beradik yang duduk dengan mak ayah nih, layan mak ayah masing2 macam sampah. Kenapa aku cakap macam sampah? Setiap kali waktu tengah hari (hari bekerja), 2 anak nih akan bergilir2 balik rumah untuk sediakan makan tengah hari untuk mak ayah mereka. Beli nasik bungkus saja pon di restoren. Bukannya kena masak from scratch. The problem here is, bila balik saja rumah, makanan yang dibeli dari restoren tuh dicampak macam tu saja atas lantai. Tanpa rasa belas kasihan langsung. Kononnya si anak nih bengang sebab rawatan mak menelan kos yang tinggi. Stress sebab duit sentiasa tak cukup sehingga gaji seterusnya.

Ada 1 hari, aku pergi melawat sekejap. Kebetulan si ayah nak pergi solat jemaah Zuhur di surau. Mintak aku tengokkan isterinya sekejap. Aku pon tak kisah sangat, sebab aku ambik time off tengah hari tuh. So masa aku masuk bilik air ambik wuduk, aku dengar si anak balik ke rumah. Dalam hati aku, “Ohhh, nak hantar makanan kot.” Bila aku keluar dari bilik air, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, si anak campak makanan (nasik goreng 2 bungkus) atas lantai. Berterabur sikit atas lantai tuh.

Sambil bejalan nak keluar rumah, si anak cakap, “Korang ni menyusahkan hidup aku. Nak bayar duit kereta lagi, duit ubat kau lagi, nak melayan kerenah korang lagi. Kau ingat aku nih bank ke? Semuanya nak harapkan aku saja. Kau tu bukannya mak yang baik. Tau habiskan duit aku saja. Mintak macam2. Ayah pulak, macam aku bela biawak hidup saja. Tak guna sesen pon.” Guys, that woman is not even my mother, but at that moment, I cried. Aku imagine, andai kata aku lah yang berkata macam tu pada mak aku, apa yang mak aku akan rasa agaknya? Allah…

Bila si anak keluar rumah, si mak bejalan ke arah makanan yang dah beterabur tu. Aku paham, mesti lapar, sebab pagi2 tak sempat siapkan sarapan. Makanan satu apa pon tak ada di rumah tuh. Itu la tujuannya aku ke rumah mereka. Aku bawak la sikit keperluan dapur apa yang perlu. Maksud aku, makanan yang at least mereka boleh kunyah2 kalau lapar tunggu anak2 bawak balik makanan berat. Sebak dada aku, Tuhan saja la yang tau. Macamana si mak nak kutip makanan dengan tangan yang dah kudung tu? Dia sapu muka di lantai sebab nak satukan makanan yang berterabur tu. Tak gamak aku nak biarkan. Aku keluar, aku kutip makanan yang tumpah tu. Tapi muka si mak masih lagi boleh senyum.

Tak sampai 5 minit, si ayah pulak balik. Bila nampak aku tengah kutip2 makanan, teros si ayah ambik plastik dari tangan aku. Si ayah yang sambung kutip sambil baki2 yang masih elok diletakkan dalam pinggan yang bersih. Lepas tu, si ayah suap si mak, berselang seli makannya. Aku yang tak tahan sebak. Aku lap dulu dengan sabun lantai tu. Takut pulak nanti tegelincir licin dengan minyak2. Lepas tu aku kemas rumah tu sikit2. Habuk rambut banyak sebab rumah tak bersapu. Penyapu pon tak ada, macamana nak sapu. Lepas tu, aku mintak diri nak balik.

Beberapa hari lepas tuh, aku nampak di FB, si anak2 tuh upload gambar besama dengan si mak dan ayah. Kononnya, macam keluarga bahagia. Siap ada caption status yang indah lagi, “Mereka la dunia ku, mereka la syurga ku.” Allah saja yang tahu, pada masa tuh, aku rasa macam nak bakar saja si anak tuh hidup2. Hipokritnya mereka, Astagfirullah, macam munafik. Mungkin mereka tak tahu yang aku dah tahu mengenai perangai sebenar mereka. Jiran2 terdekat memang sentiasa sampaikan cerita pada aku. Dua tiga hari sekali mesti dengar suara anak2 memaki hamun si mak ayah. Mengungkit balik semua duit ringgit yang terpaksa dihabiskan untuk menjaga si mak ayah.

Mereka juga sering berkata, alasan mereka jadi begini disebabkan oleh didikan yang tidak telus oleh mak ayah. Dan sememangnya semasa usia muda, si mak dan ayah boleh dikatakan agak kurang bertanggungjawab. Namun pada aku itu bukan golden ticket for you as a child to behave irrationally. Your parents somehow managed to raise you up. Tak kan la you tak kenang budi langsung all the good deeds they did to you?

Mungkin aku yang tak pandai bercerita, thats why may be some of you akan cakap cerita aku nih macam no point. Tapi, apa yang aku nak sampaikan, bila sampai masa mak ayah korang tinggalkan korang di muka bumi nih, percayalah, masa itu lah kamu mula memasang angan2, “Kalau la mak ada, aku nak… Kalau la ayah ada, aku nak…”. Masa itu, semuanya pointless. Masa itu, korang tak akan ingat lagi salah silap parents korang. Masa itu, korang cuma nak mereka ada dengan korang. And believe me, sakit sangat masa tu. Sekian…

– Astria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *