Assalamualaikum. Aku Adam. Pertama sekali, ketika perkataan pertama yg aku tulis, hanya sekadar menjadikan cerita aku ini sebagai “diari” yg terbuku di dalam hati.
Dia, isteriku. Cantik di mata ku, kulitnya putih kemerah merahan, sangat sopan santun orgnya, lucu, hormat org tua, merupakan puteri idaman lelaki. Dialah Siti Aishah. Gelaran Rasulullah berikan ialah Humaira. Ya, dia layak diberikan gelaran itu.
Aku kenal dengan isteriku ketika kami di sekolah rendah. Dan ketika itu kami sudah “bercinta”. Tapi cinta monyet jelah haha. Rumah kami di kampung yg sama. Hanya selang beberapa buah saja. Personalitinya sehingga dewasa ini, aku x pernah tengok aishah sedih. Yg aku selalu tengok, Aishah ceria, happy go lucky gituu.
Naik sekolah menengah, Aishah ditawarkan ke sekolah berprestasi tinggi. Dan aku pula, di sekolah dekat dengan pekan. Sbb result exam mmg kecundang. Aishah bijak orgnya. Tapi dia xpegi pon sekolah yg ditawarkan tu, sbb asrama. Dia mmg x suka asrama, x bebas katanya. Maknya pon lagi seronok. Yelah mereka tinggal berdua, ayah Aishah kerja tentera yg sedang operasi. Jadi, mak Aishah setujulah Aishah sekolah dekat dgn pekan tu. Aku? Lagi seronok.
Jadi, kami sekolah, naik basikal sama2. Mmg seronok. Aishah, terkenal dgn sikap budi bahasanya, wajahnya persis kacukan arab kerana keningnya yg lebat, hidung yg mancung, ikut muka maknya juga. Tapi mereka tiada kacukan. Haha. Aku pula, tiada rupa, tapi kulitku cerah. Tapu cerah lagi Aishah. Aishah mmg pujaan ramai, aku jealous.
Result SPM keluar, result aku rembat semua. Ada 1A, yg lain paham2 lah. Hehehe. Aishah? Dia antara pelajar cemerlang. Dapat 7A+, yg lain B+. Aku bangga. Dia terus ditawarkan U di Johor. Dan aku, aku juga masuk U. Tapi jauh dari Aishah. Iaitu aku di Utara. Sedih tu memang sedih tapi aku gembira. Tu mmg impian dia. Kami masih berhubung, guna telefon. Masa ni dah canggih hehe.
Lepas habis diploma, Aishah sambung ijazah. Dan aku, masih terkial kial kena repeat paper, biasalah. Hahaha. Tapi sejak Aishah sambung ijazah, aku pelik. Dia jarang mesej aku. Aku call pon jarang2 angkat. Kadang2 mesej aku, dibluetick je. Aku positif, maybe byk assignment dia perlu buat. X ada masa nk mesej2 ni. Okay aku fokus kepada diploma aku, x nk repeat paper lagi. Lepas berminggu minggu, aku x dengar khabar Aishah. Aku pelik. Aku cuba tanya mak aku, Aishah ada balik kampung ke tak? Kotla cuti sem ke, mak aku kata x ada. Aku pelik. Last seen pon x naik. Tapi aku abaikan, maybe dia sibuk.
Lepas sebulan, aku balik kampung. Dah habis diploma, nasib xkena repeat paper. Sesampainya kt kampung, aku tengok ada kereta. Setahu aku, Aishah x ada kereta. Esoknya, niat aku nk pergi ziarah rumah Aishah lah, tapi kereta xada pon. Aku pergi bagi salam, tpi xdk yg menyahut. Ahh sudah, pergi mana pulak ni.
Aku tanya mak aku, tapi mak aku mcm x nk bgi kerjasama lah dgn aku. Aku tanya sepatah, dia jwb sepatah. Aku tanya mak aku, “mana pergi mereka semua? Kosong je rumah”
Pastu mak aku jwb “x pasti, hospital kot” .
Hah?? Mak aku mungkin terlepas cakap. Aku paksa mak aku cakap benda yg betul. Pastu mak aku terus terang, cakap yg diorang pergi hospital. Pastu aku tanya, sapa sakit? Mak aku xjwab.
Besertakan nama hospital yg mak aku bagi, aku pecut pergi ke hospital. Nasib lah masa tu cuti panjang. Aku dengan sebarang klu x ada, aku pon x tahu aku nk pergi wad mana, tingkat berapa. Aku x tahu. Dan aku x tahu siapa yg sakit. Tapi hati aku rasa x sedap, tu yg membuatkan aku terus pergi ke hospital. Nasib menyebelahi aku, sampai2 aku kt sana, aku nampak ayah Aishah, pakcik abdullah, sedang bercakap dgn telefon. Aku menuju ke pakcik, selepas berjabat tgn, bertanya kabar tu, aku terus tanya. Siapa sakit pakcik?
Syukur pakcik beri kerjasama dgn baik lalu dijawabnya “..AISHAH..” aku kaget. Terkejut. Aku hah?? Sakit apa? Bila? Wad mana? Pastu pakcik suruh aku ikut dia. Aku pun ikut, sehingga ke wad “ICU”. Aku spechlees. Dalam hati, “ah sudah, dah kenapa sampai sini? Kenapa dgn Aishah?”. Aku tanya pakcik, kenapa dgn Aishah. Apa jadi sebenarnya? Pakcik pon cerita, ketika Aishah sedang study di dorm, dia jatuh pengsan. Menurut kawan2 Aishah, Aishah kerap muntah darah, sakit2 badan, sampai x boleh bangun. Lecture call makcik dan bagitau tentang keadaan Aishah. Makcik terus call Pakcik, yg kebetulan dah habis operasi. Pakcik terus balik. Ambil masa juga la pakcik nk ambik cuti waktu tu. Jadi makcik pergi tengok Aishah naik teksi ja. . doktor, Aishah diagnos kanser darah (linfoma) stage 3. ”
Aku terkejut, sedih. Patut la nampak kereta pakcik kt rumah semalam. Aku pada masa tu, air mata jantan dah jatuh. X ada cover2 dah. Aishah sekarang bertarung nyawa. Patut aku call mesej, xdirespons. Rupanya, Aishah sakit. Malam tu aku mintak izin pakcik makcik, nk jaga Aishah. Mulanya ditentang makcik, tapi pakcik yg pujuk makcik. Cuma pakcik cakap jaga batas batas. Aku pon okay.
Malam tu, Pakcik makcik dh balik. Aku tunggu di kerusi depan kaunter tu. Aku termenung. Aku takut. Takut sbb adakah aku akan kehilangan Aishah? Aku mohon kepada Allah panjangkan hayat serikandi hatiku ini. Dan dalam masa yg sama, aku masih belum menatap wajah Aishah, aku jadi takut. Takut sehingga air mata aku jatuh lagi. Aku ke surau, panjatkan doa kepada Allah. Aku cintakan dia. Waktu tu hujan dah turun. Tapi tenang air hujannya seakan tahu keadaan ku ketika itu. Malam tu, aku tidur di surau. Tertidur dalam air mata.
Keesokannya, aku terjaga, ah sudah. Bila pula aku lelap kt surau ni. Aku terlupa, yg aku diamanahkan jaga Aishah. Aku cepat2 berlari dgn muka x mandi, terus ke wad Aishah. Tapi aku tengok banyak nurse2 ketika itu. Aku takut. Kalau2 sesuatu berlaku. Aku x kan maafkan diriku kalau apa2 terjadi kepada Aishah sbb kecuaian aku malam tadi sbb x jaga Aishah. Dari sudut dinding tu, aku tengok makcik dan pakcik. Aku menuju ke mereka. Aku tanya, apa jadi ? Maaf pakcik makcik, adam tertidur dekat surau. Pastu makcik pakcik cakap Aishah dah pindah ke wad biasa. Tapi masih kena pemantauan rapi doktor lagi. Ya allah aku syukur. Syukur sangat. Terima kasih Allah.
Aku balik rumah, aku terus cakap keadaan Aishah kt mak. Mak mula2 risau kt aku yelah, tidur kt hospital xckap dekat dia. Tapi mak paham. Aku mintak izin, nk jaga Aishah dekat hospital. Mak izinkan, mak suruh aku jaga kesihatan sama. Mak cakap nanti dia nk melawat Aishah. Aku pon okay.
Petang tu, aku takut, lesu, berdebar. Yelah setelah lama xtatap muka kemerah merah Aishah, petang ni aku nk tatap. Aku jadi takut, takut aku x kuat. Pakcik makcik bgi kata2 semangat kt aku, cakap wajah aishah seperti “Humaira”. Isteri ya rasulullah.
Aku perlahan2 bukak pintu, tengok keadaan Aishah. Ya Aishah . Tenang wajahnya, putih kemerah merahan. Keningnya masih lebat. Hidung nya mancung. Ya allah . Aishah masih guna mesin sokongan hayat. Tangannya penuh lebam2 sebab kena cucuk. Wayar berselirat. Tapi wajahmya masih lagi cantik. Ya Humaira. Cantik nya awak sayang.
Dan begitulah rutin harian ku, bergilir gilir dgn pakcik.makcik jaga Aishah. Sehinggalah pada suatu hari, Aishah sedar dari koma. Pakcik call aku yg berada di kantin, cakap Aishah dh sedar. Aku dari lapar, terus x lapar. Cari lift terus ke wad Aishah. Tengok Aishah dah x perlu guna mesin sokongan hayat. Nurse baru bukak. Alhamdulillah. Tapi doktor cakap, Aishah perlu jalani rawatan kimo untuk bakar sel kanser dan perlahankan sel.kanser. Selebihnya berserah kepada Allah. Aku kembali takut. Pakcik makcik, aku mmg tabik kt mereka. Setitis lelahan pom x pernah mereka keluh di depan Aishah. Tapi aku tahu, mereka ingin kan yg terbaik buat “Humaira” mereka. Aku berbual dengan Aishah. Aishah ketika itu masih lemah. Kepala Aishah ditutup dengan tuala untuk menjaga auratnya dgn lelaki seperti aku, dan doktor.
Aishah sayang, Mulianya awk disisi tuhan. Aku berbual dgn Aishah, Aishah tanya dekat aku. Kena repeat paper lagi x? Aku ketawa dan kembali teringat zaman kanak2 kami. Aishah ketawa tapi masih dalam batasnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1tengah hari. Aishah cakap, dia nk solat. Aku cakap, boleh bangun ke? Dia cakap boleh. Aku panggil.pakcik supaya pakcik boleh pimpin Aishah ke bilik air. Aku tunggu kt luar dan ke kantin sbb lapar balik. Sambil.makan, sambil tersenyum teringat dekat Aishah. Nurse2 yg mkn depan aku mungkin kata, aku baru keluar dari tanjung rambutan kot yelah, senyum sorang2. Pelik diorang. Hahaha. Lepas makan, aku terus ke surau, berdoa agar Aishah diberi syifa’.
Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan, aku masih dngan Aishah. Aku bawak mak aku melawat Aishah. Masa tu Aishah dah buat rawat kemo. yes, mmg effect yg aku nmpak.di wajah Aishah. Namun, Aishah masih mampu mengukir senyuman. Aku nangis depan Aishah, ye, lelaki nangis depan perempuan hanya kerana senyuman dia. Aishah begitu kuat. Masih mampu mengukir senyuman walaupun sakit. Lepas buat rawatan kemo ke-4, Aishah lebih stabil walaupun fizikalnya sudah berubah. Tapi Aishah masih lagi “Humaira”. Rambutnya gugur, bibirnya melecur, badan kulitnya muka susut. Namun, wajah nya masih cantik. Aishah mintak discharge. Makcik pon setuju sbb nk cuba rawatan kampung.
Pihak hospital mulanya membantah, namun akur. Dua tiga hari selepas tu, Aishah balik ke kampung. Seminggu lepas tu, Aishah dh boleh berjalan. Tapi masih dgn pimpinan makcik pakcik. Aishah nk duduk di luar rumah. Rindu katanya. Aku dgn mak aku melawat Aishah. Mak aku sembang dgn mak aku kt dapur. Aishah duk di atas kerusi roda di bawah pokok pelam. Dan aku, aku di sisi pakcik. Sebab? Sebab aku nk.lamar Aishah. Awalnya pakcik terkejut. Dia bagitahu siap2 risiko. Aku faham dan aku bersetuju. Pakcik cakap , kena perlukan persetujuan Aishah. Aku okay.
Malam tu, Aishah mesej aku, setelah sekian lama aku xberbalas mesej dgn Aishah. Rindu sungguh. Aishah bertanyakan hal petang tadi kepada aku, aku jawab aku serius. Dia suruh bagi masa. Dia perlukan masa. Aku setuju. Aku x mahu mendesak Aishah. Aku solat istikharah tiap2 malam, mintak petunjuk kepada Allah, betulkah Aishah jodohku. Seminggu lepas tu, aku x tahu. Aku dapat rasa Aishah jodohku. Dan petang tu, aku pergi rumah Aishah. Petik buah rambutan. Aishah masih berkerusi roda. Wajahnya masih persis arab dan “Humaira”. Putih gebu tangannya. Dia tersenyum melihat gelagat aku kena ketit kerengga. Haha. Lepas berbual dan makan. Aishah suruh aku bawak dia pergi ke tepi sungai. Aku pun iyakan aja.
Sorong kerusi rodanya. Mujur sungai depan rumah sahaja. Mula2 diam sahaja Aishah. Dan Aishah mulakan bicara. Dia cakap dia x seperti perempuan lain. Dia sakit. Bila2 masa ajal.boleh menjemput. Banyak risiko kalau bersama dgn dia. Aku x fikir semua tu. Aku setuju. Aku cakap, aku dh buat istikharah. Aishah angguk. Dia setuju dgn lamaran aku. Aku gembira. Ya gembira. Menitik.lagi air mata aku.
Dua minggu lepas tu, kami bernikah. X ada jemputan. Hanya kami, tok.imam. makan2. sikit. Atas permintaan Aishah. Semuanya selesai. Dua hari lepas tu, Aishah perlu ke hospital untuk check sama ada sel kanser dia masih aktif atau tidak. Aku teman Aishah. Dalam masa yg sama, aku kerja bisnes online sahaja. Dan dalam.masa yg sama, aku uruskan kebun mak aku dengan dusun. Ada juga duit aku walaupun diploma sahaja. Aku xfikit.ijazah lagi. Aku hanya fikirkan Aishah. Menurut doktor, sel kanser Aishah sudah kembali aktif. Sekali lagi, Aishah kena warded. Tapi aku gembira sbb x ada batas lagi aku dgn Aishah. Boleh aku uruskan dia. Aishah sudah x boleh bangun. Tiub ditebuk bagi buang air kecil. Aku tersiksa tengok keadaan nya sebegitu.
Aku selalu berdoa, agar penyakit nya dipindahkan kepadaku. Aishah sayang, awak kuat. Malam Jumaat, pukul 11.10malam, awak nazak sayang. Pakcik makcik dan mak semua datang. Awak masih lagi mampu mengukir senyuman. Aku duduk di atas katil, aku memangku Aishah. Aishah sempat berpesan, dalam keadaan separa sedar, aku masih faham apa yg disampaikan Aishah. “..terima kasih bersama dgn saya. Saya harap awk cari kebahagiaan awk bila saya tiada nanti..” Allahu sayang. Sungguh, saya x kuat, saya mmg x kuat. Suasana ketika tu mmg suram. Tepat pukul 11.21 malam, awak pergi bertemu pencipta.
Suci wajah awak sayang.
Cantik wajah awak sayang.
Tenang wajah awak sayang.
Betul, awak persis humaira.
Saya, beruntung mempunyai isteri seperti awak.
Dan, disaat menghadap sakaratul maut, tangan awak masih lagi mengenggam tasbih yg saya berikan kepada awak.
Awak mmg mulia sayang.
Terima kasih untuk segala kenangan kita bersama.
Tenanglah awak disana.
Tiada sakit lagi, tiada ubat lagi, kerana awak adalah bintang syurga.
Siti Aishah binti Abdullah.
(24.10.2017)
– Adam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
awk seorg kwn..shbt n suami yg baik.. syukur aisyah mmpunyai seseorg sperti awk..mge syurga utk aisyah awk.. rasa sedih ble bca sbb tringtkn mak sy yg sdg bertarung mlwan kanser sma seperti bidadari awk.. ??