Jangan Terlambat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Thank you admin kalau confession akak ni dipublishkan. Just nak share pasal cara saving duit. Sedikit pengenalan diri, akak berumur 27 tahun, single, sudah bekerja almost 4 tahun. (Takpe la ea bahasakan akak).

Okey straight to the point,tahun ni akak mula sedar diri dengan tahap kewangan akak,ye la dah kerja almost 4 years tapi savings sangat sikit,tak smpai dua angka. Maksudnya kalau in case ada emergency situation akak akan kena meminta pertolongan duit daripada orang sekeliling. Jadi awal tahun ni akak mula berazam untuk tajdid niat nak simpan duit betul-betul. Jadi banyak la akak search,baca & tengok video di youtube pasal cara menyimpan duit,so ni yang akak nak share:

1) Buat budget bulanan

Akk kerja di sektor gov jadi gaji sebulan sekali tarikh fix,so akak akan buat budget kewangan akak dari start tarikh dapat gaji sehinggalah gaji next. Aim akk adalah untuk tak hidup “paycheck to paycheck” bak kata omputih. Maksudnya terlalu depends kepada gaji ,takde saving langsung. Untuk dapatkan bajet yang betul-betul ngam memang memakan masa, practise makes perfect gitu. Akak dulu ambil masa beberapa bulan jugak untuk dapatkan bajet yg betul-betul ngam dengan akak sebab mula-mula tu excited sangat buat bajet habis benda akak nak cut perbelanjaan sampai rasa tercekik nak hidup bulan tu hahaha.

2) Zero based budget (bajet sehingga kosong)

Ehhh jangan ingat kene belanja semua duit pulak hehe. Akak tak tau nak translate mcm mana maybe betullah tu kot. Teknik ni adalah dengan meletakkan setiap sen or setiap ringgit duit gaji kita tu terhadap sesuatu sehinggalah dah takde duit yg kite tak tahu nak belanja apa nanti dengan duit lebihan tu. Faham ke? Akk cube ye bagi contoh, gaji: Rm3K so-

Rm 500 keperluan hidup
Rm500 bagi parents
Rm500 bayar kereta
Rm500 byr rumah
Rm500 saving & zakat
Rm500 student loan
Ni sebagai contoh yang paling simple la akk blh bagi. Nampak kan setiap sen ada tujuannya.

3) Kaedah money envelope

Akak tgok video dave ramsey kat youtube tentang cara untuk elakkan berbelanja lebih, uncle dave tu sarankan untuk guna sampul duit. Untuk akak, sekarang akak ada cume 3 sampul iaitu untuk foods, miscellaneous, car’s gas. Boleh je nak tambah lagi, tapi tapi tapi make sure jangan terlalu over banyak, sebab haritu ada seorang pemanggil yang call uncle dave kat youtube tu bagitahu envelope dia terlalu banyak sampai dia over berbelanja, haaaa so berjaga-jaga jugak. Boleh tgok kat youtube search je dave ramsey tu banyak masalah kewangan orang lain kita boleh dengar dan ambil sebagai pengajaran.

4) Snowballing method

Untuk yang ada hutang banyak pulak cuba kaedah ni untuk setelkan hutang,haritu confessor yang pasal minimalism tu ad sebut cara ni jugak kan. Cara ni adalah dengan menghapuskan hutang anda daripada yang kecil sampailah yang besar(xtermasuk mortgage rumah). Contoh kalau ada hutang kad kredit,motor,student loan. Cuba usahakan setel satu persatu, untuk dapatkan debt-free life.akk pon belum lagi ni haa,hutang kereta ada lagi, hehe.

5) Emergency fund

Inilah yang akak tengah aim sekarang. Emergency fund sangat perlu ye untuk kita incase terjadinya sesuatu yang tak diingini contohnya kereta rosak,sakit,kene buang kerja. Nauzubillahh. Tapi kita kena berusaha untuk at least ada simpanan kecemasan ni. Jumlah yang sepatutnya individu perlu ada untuk simpanan kecemasan adalah total perbelanjaan bulanan darab dgn 6bulan. Tapi untuk permulaan cuba untuk wujudkan emergency fund yang berjumlah 3 bulan perbelanjaan. Dan dari semasa ke semasa tambahkan sehingga lah cukup 6bulan perbelanjaan. Dan jgn usik duit tu.

Sebaik-baiknya emergency fund diletakkan di satu akaun yang berasingan dgn akaun gaji,dan di akaun yang mudah juga untuk diakses incase apabila tiba masa kita perlukan duit tu. Untuk akak, akak sumbat emergency fund dlm tabung haji,tapi mmg kene komited untuk tidak ‘withdraw’ duit dari dalam akaun tu. Semoga akk istiqomah aminnn hehe gatal je tangan ni kadang-kadang tu nak withdraw haihhh.

6) Skim cepat kaya

Sorry akk bukan promot ye, hehe. Cuma akak nak nasihatkan adik-adik, akak-akak, abang-abang, pakcik makcik janganlah mudah terpedaya dengan skim cepat kaya atau money game ni,banyak dah orang yang terkena tapi akak still tak faham kenapa melayu sekeliling akak ni ade je lagi yang join, memang kadang tu tak nampak tau mcm skim cepat kaya sebab dia nampak macam kononnya pelaburan luar negara tapi bila fikir logik if pelaburan tu okay kenapa syarikat-syarikat tu dah dimasukkan dalam list berjaga-jaga oleh bank negara. Tapi kadang-kadang tu kalau bercakap dengan geng-geng ni umpama mencurah air ke daun keladiiiii sbb tak jadi ape dah. Dorang tetap percaya, haihhh.

Bagi akak, mana ada duit modal rm45 lepastu dijanjikan awk akn jadi jutawan, income pasif, tak payah kerja. Tepuk dahi akak ni haa dengar. Tolonglah jangan jadi pemalas. Goyang kaki tapi nak duit masuk eii geram betul. Kesian tengok pak cik mak cik yang dah pencen terpengaruh dengan money game ni, habis duit epf dia laburkan masuk skim lepas tu hilang macam tu. Jahat betul jerung atas (upline) yang ambil duit orang bawah ni.

7) Rancang duit pendidikan anak & persaraan

Sebab akk tak kahwin lagi jadi takdelah nak fikir pasal pembelajaran anak lagi, tapi untuk ibubapa memang kene merancang dari awal untuk duit study anak-anak kelak. Jadi untuk akak sebab kerja gov ni akak dah pilih pencen jadinya mereput lah akak kerja dengan gov sampai ke tua. Loan rumah pon dengan gov jadinya memang akan ku berbakti kepada gov sehingga pencen inshaAllah. Bagi yang muda2 jangan ingat sebab anda muda lagi jadi tak perlu fikir untuk merancang duit selepas bersara nanti. Silalah masukkan caruman setiap bulan untuk simpanan kegunaan selepas pencen nanti inshaAllah kemaslahatan kita terjaga.

8) Zakat & sedekah

Untuk case akak, akak boleh terlupa bayar zakat pendapatan masa dua tahun pertama bekerja haihh patutlah rasa duit macam asyik hilang,tak berkat rupanya. Alkisahnya apabila akak dah tersedar akak tebalkan muka pergi ke pejabat zakat dan tanya berapa amount tertunggak dan macam mana nak buat sebab akak dah terlepas bayar. Pegawai zakat tu sangat membantu,dia tolong kirakan dan nasihatkan akak bayar berperingkat, banyak jugak la amount tu haa, alhamdulillah dah habis akak bayar akhir tahun lepas terus rasa hidup akak aman nyaman dan damai gitu heeee.

Zakat dan sedekah adalah dua perkara yang dapat memberkatkan rezeki kita, kalau rasa duit asyik tak cukup tu cuba tengok balik ada tak kite terlepas pandang. Yelah, kan dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jadi tunaikanlah zakat ye.

Akak rasa tu je yang akk mampu share, sorry kalau serabut dan panjang, dah nak kebas jari menaip ni haa. Akk harap anak-anak muda sekarang makin sedar tentang tahap kewangan masing-masing, jangan terlalu enjoy nak bermewah sampai lupa diri akhirnya diisytihar muflis. Nauzubillah. Okeylah. Wassalam.

– Akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *