Bukan Ku Pinta

Hi Assalamualaikum. Nama aku ‘A Woman’ dan of course bukan nama yg sebenar, haha. Aku berumur 25 tahun, masih bujang (single but not available tau) haha. Terima kasih admin sekiranya post aku ni dipublishkan. Tak tahu macam mana nak mulakan tapi aku akan teruskan juga. 3 hari juga lah aku fikir macam mana nak karang ayat, huhuhu. Aku nak kongsi pasal ANXIETY DISORDER (AD). Sorry kalau post aku ni panjang sangat. Okay, Bismillah.

Korang mesti pernah dengar pasal anxiety disorder kan? Aku banyak kali kaji pasal AD ni, aku baca dekat blog, aku baca dekat google. Dekat iium confession ni pun ada yg share juga, kebanyakkan nya semua sama dengan apa yg aku alami. Aku tak sure sejak bila aku ada AD ni. Tapi apa yg aku perasan, time aku dah kerja ni makin menjadi jadi teruknya. Dulu time belajar takda pun macam ni. Seksa tau asyik nak berdebar je 24/7 padahal takda apa pun yg berlaku.

Korang percaya tak kalau aku cakap yg aku ni kalau nak pergi pun berdebar2, padahal aku dah kerja lama dekat sini. Entah apa2 je kan, tapi tu lah hakikatnya. Time belajar dulu, asal nak presentation je, mesti nervous tahap dewa 19 gittew. Pastu dengan rasa nak muntah lagi, kaki tangan semua sejuk, berpeluh2 bagai, jantung berdegup kencang. Time dah kerja ni lagi lah, nak pergi kira stock barang pun nervous, takut. Kadang2 aku stress sangat2, rasa nak marah, rasa nak maki org sekeliling.

Pesakit AD ni lebih suka bersendirian. Macam aku, aku lagi suka terperap dalam bilik lepastu termenung jauh. Lepastu overthinking pasal semua perkara, sampaikan bf aku pun stress dengan aku. Yelah kalau dah semua benda nak overthinking, susah jugak kan? Aku admit, yg aku memang suka overthinking yg memang tahap melampau lah. Kiranya aku dengan overthinking ni BFF lah senang citer. Sampai satu tahap tu, aku hilang keyakinan diri sebab AD ni. Aku mudah panic, aku tak boleh kalau org sergah aku secara tiba2, memang menggigil lah jawabnya, cakap pun dah tak betul.

Anxiety disorder aku ni dah tahap teruk agaknya sebab boleh buat aku depress, buat aku jadi panas baran. Tahap depress aku takda lah sampai nak bunuh diri. Alhamdulillah aku masih lagi tahu mana yg halal mana yg haram. Tapi aku tak pernah jumpa doktor atau pakar. Aku takut :'( Boleh dikatakan tiap2 hari aku akan mengalami AD ni.

Aku juga mengalami gangguan tidur. Bila dah terlalu banyak fikir, nak pejam mata pun susah. Asyik memikirkan apa yg berlaku pada keesokan harinya. Aku sampai fikir, macam mana keadaan aku kat tempat kerja aku esok? Boss aku ada marah2 aku tak? Customer ada complain pasal aku dekat boss tak? Officemate ada cerita buruk pasal aku tak? Haaaaaaa macam tu sekali aku berfikir. Perasaan takut, risau, nervous, overthinking sudah sebati dalam diri aku sampai susah nak buang.

Aku juga akan takut tanpa sebab sebagai contoh, aku pergi mall dengan ibu aku. Aku berkenan dengan baju tu, tapi dekat baju tu takda letak price tag. Then aku takut nak tanya org kedai tu, jadi nya ibu aku yg kena tanyakan. I don’t know why aku nak takut tanpa sebab. Bukan aku malu tapi aku takut plus nervous. Ya Allah, boleh jadi gila tau. Aku juga cepat sensitif, atau dalam bahasa yg mudah, cepat sentap. Ada yg cakap AD ni penipuan semata2 dan pemikiran semata2. Entah lah aku pun taktahu, tapi aku yg mengalami aku tak rasa benda ni tipu. Tapi ya, pemikiran tu betul sebab 100% otak kita yg akan control kita.

Takda sorang pun yg tahu aku ni ada AD even family or kawan baik aku sendiri. Kalau aku cerita sekalipun, diaorg takkan faham. Better aku pendam and luahkan dekat iium confession ni. Sebenarnya banyak yg aku nak ceritakan, tapi takpa lah biar aku je yg tahu. Cukup lah dengan apa yg aku dah luahkan ni. Alhamdulillah sedikit sebanyak, aku dah lega. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. Sekiranya ada yg cakap aku ni sengaja mereka2 cerita or whatsoever, hmm up to you lah. Aku yg rasa semua ni tau, bukan ku pinta semua ni berlaku. Korang sepatutnya bersyukur sebab korang tak kena.

Kalau korang ada kata2 semangat untuk aku, boleh lah komen kat bawah, nanti aku baca okay. Bye, Assalamualaikum. Love you all. Have a nice day :)

– A Woman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *