Aku dan Kehidupanku

Aku tak pernah membayangkan aku akan hidup sebegini rupa. Dulu aku hidup dalam keadaan selesa, ada pekerjaan, ada duit sendiri, ada rumah, kereta, ada keluarga yang menyayangi aku. Tapi aku hilang semua sekali demi mengejar sesuatu yang aku sendiri tak pasti.

Kini aku sebatang kara, aku tak berharta. Tidur atas lantai itupun aku curi2 tidur kat kedai tempat aku keje. Luckly aku sorang jer yang keje kat sini so takde siapa tahu ape aktiviti aku kat sini. CCTV sana sini, aku pilih spot yang tak terjangkau oleh cctv iaitu depan pintu bilik air. Aku minimakan pergerakkan aku supaya aku tak kelihatan sangat pada monitor CCTV. Malam lepas aku kunci pintu kedai kadang-kadang aku tak keluar atau kadang-kadang aku keluar dan masuk balik, itupun tengah malam buta supaya orang tak perasan yang aku menginap di sini. Aku tak tau bos aku tau ke tak yang aku menginap kat sini. Hari-hari dunia aku kat sini, Kalau aku keluar pun untuk isi perut aku atau pun hari cuti aku.

Makan, aku makan ape yang ada jer. Ade jug eletrik aku rebus mee megie dalam jug, tapi malang jug tu bertahan sekejap je. Tak tahu mana silap tali cable dia boleh terbakar pulak. Huuuuu sedih bukan kepalang, tidaklah aku dapat merebus lagi, apa lagi nk bancuh milo.. TT. Takpelah ada oven, meriah aku bakar ikan, ayam, kerang. Lepas tu oven tu di bawa balik.. Menung jap aku. Tinggal air fryer. So aku goreng-goreng ayam, french fries dan ape jer la yang aku rasakan boleh aku masak untuk memuaskan perut aku. Alhamdulillah.. tapi kegembiraan aku tak lama, dua hari lepas pun di hangkut balik juga. Bertambah serabutlah di fikiran aku mengenangkan apa yang aku boleh makan bila waktu malam.

Perasaan aku tika ni? Aku rasa useless. Sangat-sangat useles. Aku bermonolog sendiri. Aku tanya apa salah aku? Sampai aku hidup macam ni?? Tapi bukan aku ke yang buat pilihan? Aku tak pilih untuk bersabar dalam kehidupan berkeluarga, aku memilih untuk ikut haluan hidup aku sendiri walaupun aku terpaksa lepaskan semua yang aku ada untuk aku memuaskan hati aku sendiri. Untuk aku cari kebahagiaan aku sendiri. Sekarang aku sendiri yang merana atas pilihan aku. Tapi takpelah sekurang-kurangnya aku puas hati aku tak perlu hadap perkara yang sama selama 18 tahun kehidupan aku. Tapi inilah getir yang aku terpaksa harungi atas pilihan aku sendiri.

Aku ada rumah, tapi…. Hmm sebenarnya untuk perancangan masa lalu, aku ade bina sebuah rumah tapi rumah aku terbengkalai dalam pembinaan, bila terjadinya kepincangan dan seterusnya terjadinya perceraian rumah aku tak cukup fund disebabkan wang dah dibahagi-bahagi kan maka urusan pembinaan tergendala. Dah 95 peratus siap, tapi masih belum layak untuk aku duduki. Rumah bertingkap tapi tiada tingkapnya. Rumah berpintu tetapi tiada pintunya. Kontraktor indonesia yang aku upah main duit. 95% aku bayar aku mengharapkan rumah aku siap walaupun tanpa penyambungan eletrik, tapi hampa. Masih nak menagih duit yang baki untuk siapkan. Menyesal sungguh aku bayar kau, kalau tahu jadinya begini aku buat betul-betul ikut perjanjian yang aku sendiri buat apada awal pembinaan. Tapi apa lagi nak disesalkan benda dah lepas aku tak dapat nak undur balik. Maka terbiarlah sebegitu rupa.

Kadang-kadang aku singgah untuk tinjau-tinjau kot-kot dia sambung keje-keje dia tapi nan hado.. Yang ada rumput-rumput liar yang mula menjalar ke rumah. Aku tarik rumput-rumput tu agar tak terus memanjat. Aku bersihkan anak-anak kayu yang dah sebesar lengan aku. Tak nak lah aku nanti dari jauh betul-betul nampak macam rumah tinggal. Tak pasal-pasal nanti doktor tak bertauliah datang ke rumah aku buat kerja diorang kat rumah aku. Bila diorang masuk nanti habis kot semua pendawaian eletrik yang dah dibuat dirosakkkan. Buat modal beli ubat diorang! Uhuu mintak-mintak dijauhkan. Itu je bakal harta aku yang masih aku ada untuk masa tua aku nanti. Moga-moga ALLAH jauh kan…

Apa jalan penyelesaian aku? Hmm, aku tak tahu aku bingung.. Nak harapkan gaji aku berapa besarlah sangat, selain komitmen yang aku terpaksa bayar ASB bulanan, bil phone dan makan rasa-rasa apa yang tinggal?? Aku bernasib baik anak-anak aku tak bersama aku untuk jalani hidup derita seperti aku. Diorang masih ditanggung oleh ex aku. Aku dah senang hati bab anak-anak. Cuma aku pantau dari phone keadaan diorang. Supaya diorang tak rasa aku jauh dari diorang. Syukur anak-anak yang makin membesar memahami aku. Tak pernah salahkan aku, tak terkesan sangat dengan penceraian mak bapak diorang.

Aku sangat-sangat berharap agar aku dapat reunite dengan anak-anak aku dalam rumah yang aku bina. Aku rindu diorang.. aku rindu nak masak untuk diorang.. (ishh laju jer air mata aku ni.. aku tengah keje ni agak-agak laaa ) aku rindu nak bermesra dengan diaorang macam waktu dulu-dulu. Aku rindu nak jerit-jerit time diaorang gaduh depan mata aku. Doa aku moga ALLAH satukan kami kembali dalam saat yang paling gembira. Amin kan doa aku ye semua..

Aku dah usaha mintak tolong dngan family aku tapi tau lah masing-masing berkeluarga, apa lah yang diaorg ada. Mak ayah aku lagi laa.. dengan keadaan mak aku yang cancer stage 2 mak aku makin lemah. Aku memang tak dapat membantu apa-apa, kalau sebelum ni semua harapkan aku disebabkan aku yang paling sulung, tapi sekarang tak lagi. AKU USELESS!! Aku takde apa!!

Sebelum ni aku pernah merantau jauh untuk cari kesenangan aku. Aku terbang lebih 4000km jauh untuk mencuba nasib. Ye aku berjaya dalam sebulan aku boleh dapat RM6500.00 dalam tukaran WON ke RM, tapi tak lama aku betah disana. Masa keadaan mak aku makin worse aku dipanggil balik. DANGGGG!! Maka hilanglah harapan aku untuk mengumpul modal untuk aku siapkan rumah idaman aku.

Usaha lain, aku cuba bincang dengan bapak saudara aku, nampak macam fikir panjang. Keputusan aku tak tahu lagi, tapi pada firasat aku macam tak akan dapat. Same goes to mak cik aku. Dia orang tau aku susah tapi masing-masing tak langsung nak membantu. Duit banyak-banyak dalam bank tak boleh nak berkira dengan anak buah sendiri. Aku cuma nak pinjam je kot. Nanti aku bayar balik, bukan aku nak makan duit tu cara haram. Camnila.. Aku fed up dah nak meminta dengan even saudara sendiri.. Nak cari laki kaya macam aku ni model jubah muslimah pulak. Sape la nak aku ni? Huuu..

Aduii perut nii… tak boleh ke kalau tak yah makan.? Kan ke ko dah makan semalam?? Ko tau kan wahai perut dalam dompet aku ade RM20 jer. Itulah yang ada yang aku ada nak buat dobi baju dengan duit minyak kete esok. (Owhh kete lama tu aku pinjam kete kak ros. Atas ehsan dia dapat la aku gerak jauh sikit.) Esok aku cuti kot? Mestila aku nak keluar merempat cari sedara. Itupun kalau sedara nak terima aku lahh. Macam yang terjadi sebelum ni, aku tumpang rumah pakcik aku paling sulung tapi nak buat camne kalau orang tak suka aku terpaksa angkat kaki.

Rapat dengan sedara sendiri pun kena hati-hati jugak bila kita hidup susah takutt diaorang rasa kita ni menyusahkan pulak so baik jauhkan diri dari nanti dilayan macam sampah dek sedara sendiri. Even dengan adik beradik yang “air dicincang tak akan putus” tu bak kata pepatah. Sekarang ni tak boleh pakaiiii, masa kita senang mengentott belakang bontot kita bila susah hishhh mulut tak agak-agak. Fitnah sedara sendiri sebab ikut sangat mulut puaka bini tu~ sampai mak bapak aku fikir aku ni jahat sangat. Sedihh!!

Okeylah korang. Air mata aku dah kering ni.. kalau aku sambung lagi cerita hidup aku ni mau banjir kedai ni nanti. Aku stop dulu. Nak sambung menung fikir masa depan. Nak sambung tengok cite korea. Aku nak buat ape lagi kan~~Bye…

Perenung nasib.

– Maria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *