Pengorbanan Dalam Kehidupan II

Assalamualaikum IIUM confession readers. Ini adalah sambungan dari kisah (https://iiumc.com/pengorbanan-dalam-kehidupan/) tentang kakak ipar Ilaina, seorang cancer fighter stage 4 dan pengorbanan seorang suami untuk isterinya.

Innalillahiwainnailaihirojiuun. Kakak ipar Ilaina telah kembali kepada penciptaNya 3 hari yg lepas, pada suatu pagi dinihari yg dingin, dalam tidurnya. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkanNya berlalu tanpa sebarang kesulitan.

Sungguh, walaupun kami telah menjangka pemergiannya kerana melihat keadaannya yg semakin merosot setiap hari, kami tetap merasai kehilangannya. Teringat segala kenangan bersamanya. Segala cerita dan angan2 apa yg dia hendak lakukan apabila dia sihat nanti. Dia seorang yang sangat positif dan kuat semangat. Namun, apakan daya.. Kesembuhan bukan miliknya.. Ini takdir dan dugaan dalam hidupnya. Ini bahagian dia dan kita, belum tahu apa pengakhiran hidup kita. Semoga kehidupan kita juga berakhir dengan baik.

Segala perancangan Allah adalah yg terbaik. Aku dapat melihat banyak hikmah disebalik semua ini berlaku.. Terjalinnya silaturrahim yg kuat antara keluargaku dan keluarganya, antara sahabat-sahabatnya, jiran-jirannya. Dan dapat mengajar kami untuk sentiasa kuat. Anak-anak yg masih kecil, yg masih perlukan belaian dari seorang ibu menghadapi ujian ini dengan tabah dan kuat.

Allah, jika aku ditempat mereka, kehilangan ibu yg kucintai, tidak dapat terbayang bagaimana kacau bilaunya perasaan bila memandikan jenazah ibu, kafan, menciumnya utk kali terakhir, menatap wajahnya yg sangat tenang bersama kain putih yg suci. Menyambut jasad ibu dari kubur utk dikebumikan. Allah…. Tak terjangkau fikiranku utk membayangkan semua itu. Tapi, semua itu pasti akan berlaku. Semoga kekuatan dan ketabahan itu milikku juga.

Sudah lama dia bertahan, tiba masanya untuk dia istirehat tanpa kesakitan yg melampau itu. Betapa dia tersiksa menahan kesakitannya hanya Allah yg tahu. Semoga Allah tempatkan dia dalam kalangan org yg beramal soleh. Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Allah turunkan hujan dan ribut petir, dan Allah akan gantikan dengan pelangi yg cantik slps itu.

Terima kasih semua yg mendoakan pada confession Ilaina yg lepas.. Terima kasih juga yg berkongsi ilmu utk merawat penyakitnya. Allah lebih menyayangi dia. Terasa bagaikan mimpi, dia sudah tiada. Tatkala menziarahi kuburnya, aku seakan tidak percaya, kubur itu milik kakak iparku yg Allah pinjamkan selama 16 tahun buat kami sekeluarga. Namun, itulah realiti kehidupan. Apa pun yg belaku, hidup mesti diteruskan dan berusaha lah untuk sentiasa memperbaiki diri sebagai hambaNya.

Allah.. Begitu cepat masa berlalu rasanya. Segala kenangan bersamanya terimbas kembali. Percakapannya, senyumnya, gelak ketawanya. Dia selalu minta maaf padaku sekiranya dia menyusahkanku. Tidak.. Kakak tidak pernah menyusahkan kami semua. Terima kasih kerana memberi kenangan yg baik pada Ilaina. Terima kasih krn memberi peluang pd Ilaina utk menjaga kakak sewaktu kakak sakit.

Damailah disana kakak ku. Istirehatlah seperti pengantin baru yg sedang tidur. Semoga syurga milik kakak. You are more than sister in law. You are always in our heart.

– Ilaina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *