Kisah Tetamu Saban Tahun

Aku ade sorang kawan. Aku namakan dia N. Kawan aku ni nak kata best friend, takde la best friend mane sgt. Waktu zaman study dulu maybe ye, tapi tu pon banyak jugak dia kind of reserve personality which is takde lah semua benda kami share and tahu between each other. Pada aku, dia agak secretive.

Sedikit pengenalan;

N ni dia ada bisnes travel agency yang bawak orang datang berjalan overseas. Kira ada registered company di Malaysia. Dah nama travel agency, memang keje arrange orang travel la kan. So, basically dia la mostly merangkap boss and lead each group untuk setiap kali travel tu.

Aku ni pulak, Allah rezekikan untuk menetap di sebuah benua yang jauh dari Malaysia. So, memang kebetulan la si N ni bawak client dia travel tempat aku tinggal sekarang.

2016;

Tahun ni first time N bagitahu dia nak datang tempat aku lepas setel aktiviti group travel tu. Disebabkan kami dah lama tak jumpa, lebih kurang 12 tahun, aku excited la untuk menerima kunjungan N bersama suami dia. Selama ni dok mesej2 dan berbalas komen di fb je. Tambah pulak masa tu N baru kawin. So, bolehlah kami sekeluarga saling mengenali. Dia pon tak pernah jumpa suami dan anak2 aku. Tambah pulak, visit ni macam honeymoon merangkap holiday dia la bersama suami tersayang. Aku, suami dan anak2 happy menerima kunjungan N.

Disebabkan kereta kami ni kecik je, memang agak limited la sikit untuk kami bawak N berjalan2 di bandar kami tinggal. Tambah pulak masa tu, musim sejuk ke tulang sumsum, waktu siang pendek. Pukul 4 dah maghrib. Kebanyakkan hari hanya dihabiskan lepak makan tengok movie kat rumah.

Untuk makluman, masa dia bagitahu nak datang tu, dia tak bagitahu pulak berapa hari dia akan tinggal kat rumah aku. Aku dan suami pulak sama2 lah tak tergamak nak tanya, nanti takut disalah tafsir oleh tetamu kan. So, kerja aku masa N dan suami datang tu masak, makan, borak, movie and repeat. Kerja sekolah entah ke mana.

5 hari berlalu, N bagitahu dia beli tiket nak sambung journey honeymoon dia. Aku pon ok je lah. Tapi untuk pengetahuan am pembaca, selama N di rumah aku sebagai tetamu, setiap kali aku masak, N dan suami akan berada di dalam bilik, dan akan keluar bila makanan dah terhidang. Dia akan cuci pinggan dia makan sendiri. Ok, habis cerita first time visit.

2017;

Second visit. Roughly about the same time as last year. Tahun ni, N bagitahu dia nak datang lagi rumah aku, tapi dalam dok bermesej2 nak datang tu, dia masih sama jugak, memang tak bagitau berapa lama akan duduk sini. Sejenis aku pulak, rasa tak tergamak sangat nak tanya. Aku risau N akan kecik hati ke ape kalau aku tanya.

Aku pon sekali lagi menerima kunjungannya dengan berbesar hati. Honestly, aku ikhlas terima kunjungan dia. Tambah pulak masa ni N baru dapat baby. Aku fikir, bolehla aku jumpa baby dia. Sebab nak balik Malaysia nak visit baby dia entah bila kan.

Tahun ni, suami ambik cuti dua hari untuk bawak N sekeluarga melawat kawasan jauh sikit dari tempat kami. Tu pon takde lah jauh sgt, agak2 sempat untuk balik ambik anak sekolah. Suami cakap, dia risau andai kata N fikir kami tak bawak tetamu berjalan ke mana2.

Sejenis boss travel agency ni, N memang beli tiket secara ad hoc je. So, dia memang takde proper itinerary. So aku dan suami hanya akan berteka teki lah bila dia akan balik. Bukan menghalau, tapi, kami pon ade jadual harian kami sendiri. Bila ada tetamu, perjalanan rutin harian agak sedikit terganggu.

Rumah aku masa ni ade 2 bilik je. Bila ade tetamu, anak2 akan tidur dgn kami. Cramped la bilik aku. Mana nak sort baju siap2 sebab tak nak ganggu bilik yang tetamu guna tu kan.

Aktiviti pon sama, N suami isteri memang makan tido tengok tv je sepanjang kat rumah aku. Semacam tak heran untuk keluar berjalan. Aku ada lah tanya, kalau nak keluar ke apa, boleh je kami bagitahu macamana trasport ke apa, tapi N balas, takpelah, dia penat, memang nak berehat. dah serata dunia dia bawak orang berjalan kan, memang dah tak heran agaknya.

Sama macam tahun lepas, diorang bertiga tinggal rumah aku dalam 5/6 hari. Selama tu jugak lah, setiap kali masak N dan suami akan duduk dalam bilik dan akan keluar bila semua dah terhidang.

Dah masuk hari ke 6, N bagitahu dah beli tiket nak pergi ke sekian2. Ok la, aku pon tarik nafas lega. Lunjur kaki, sap kok dulu. Eh tak, gurau je. Penat wey layan tetamu ni.

Jujurnya, masa ni aku masih ikhlas menerima dan melayan tetamu. Aku pon tahu, tetamu datang bawak rezeki ke rumah kita.

2018;

Tahun ni pulak, genap setahun, N bwk group travel datang lagi. Tapi katanya ada staf dia yang uruskan. So dia bertiga, dengan suami dan anak yang dah setahun tu datang la menziarah kami sekali lagi.

Tapi masa ni, hati aku macam dah terdetik diorang akan duduk lama.

Situasi sama macam tahun lepas. Dia datang hanya bagitahu ETA, dan mintak alamat, tapi tak bagitahu berapa hari nak duduk rumah aku.

Yang berbeza; tahun ni kami berpindah ke satu bandar lain. Rumah pulak dah upgrade 3 bilik. So agak selesa lah sebab anak2 tak perlu berhimpit dalam bilik aku.

Dan, yang paling penting and worst pulak, dia datang masa aku tengah alahan teruk mengandung. Aku kena Hyperemesis gravidarum. Sejenis alahan yang teruk sampai aku depressed. Kalau tak faham, boleh google. 3 minggu aku bedridden. Masuk hospital. Kerja menangis sebab satu apa makan tak masuk, muntah lebih 15 kali sehari. Pegang besen kecik setiap masa. Terbaring pening lembik takda tenaga langsung. Aku betul2 mental brake down.

Kerja rumah termasuk memasak suami yang buat, walaupun suami aku tak pandai memasak sangat. Tapi semua terpaksa. Anak2 urus diri sendiri. Sampai tahap aku tak happy dengan rezeki Allah bagi ni walau aku nak sangat2 baby ni. Sedih, Allah je tahu.

Dan aku ada bagi tahu N keadaan aku masa dia mesej bagitahu nak datang. Tapi di hujung mesej, aku bagitahu N, datang lah, maaf kalau aku tak boleh layan macam sebelum ni, buatlah macam rumah sendiri.

Sampai je N ke rumah aku, barulah aku tahu N pon tengah mengandung anak kedua. Adoi.. Tapi, Alhamdulillah rezeki dia takde alahan apa.

Macam tahun2 sudah, diorang sejenis tak keluar berjalan ke mana. Berjalan visit places maksud aku, macam castle ke park ke. Hanya makan tido lepak. Mostly and as usual, lepas makan masuk bilik resting kata anak aku.

Hari pertama kedua ketiga, aku gigih kan diri bangun masak untuk tetamu. Kalau takde tetamu, memang makan apa yang ada je kami anak beranak. Masa aku masak ni, diorang keluar pergi kedai. Selalunya keluar tengahari, lepas 3/4 jam balik. So, bila balik tu makanan dah terhidang.

Hari ke 6. Aku dah semakin stress dengan N yang takde tanda2 nak balik. Nak bangun masak pon aku tak larat. Aku menangis dalam bilik. Hopeless and helpless sangat rasa. Suami aku memang sibuk kerja. Aku tahu aku tak boleh nak ganggu dia sangat.

N suami isteri pon takde lah usaha nak masak ke ape tengok keadaan aku yang tak keluar bilik langsung ni. Sudahnya, aku tak masak. Anak2 makan roti. N anak beranak aku tak tahu makan apa.

Kesimpulan cerita aku. Adab bertandang dan menjadi tetamu.

1. Biarlah memudahkan tuan rumah. Apa salahnya bagitahu aku berapa hari nak lepak tido bangun makan tanggung berak cangkung ni. At least mental aku ready. Dah la keadaan aku tak serupa manusia biasa dah. Kalau aku sehat macam biasa, aku mesti boleh hadap.

2. Rajin2 kan lah tolong tuan rumah memasak ke apa. Jangan harap kan tuan rumah sediakan semua terhidang. Kau tinggal masuk mulut je.

3. Tetamu ni mengikut Islam perlu dilayan 3 hari je. Masuk hari ke 4, harap faham la kan. Orang pon ada komitmen lain etc. Ni sesedap rasa kau jadi macam guest hotel pulak.

4. Kalau pon kau memang malas masak ke apa, nak harap segala terhidang atas meja, hulur la belanja dapor, atau beli barang basah ke apa. Amik hati tuan rumah. Ni apa pon takde.

5. Wallahi! Aku bukan manusia berkira. Tapi aku rasa kau pergunakan aku. Duduk free, api air letrik heater segala tak perlu keluar modal, tapi guna la sikit common sense kau bila jadi tetamu kan. Ni buat aku macam labu labi tukang masak. Serious, aku penat.

6. So kesudahannya, jadi tetamu, bertimbangrasalah. Berpada pada. Tahun ni keikhlasan aku melayan tetamu rasanya seakan tak ada. Zero pahala. Patut aku boleh kutip pahala, dah jadi dosa pulak.

Buat N, aku harap tahun depan 2019, kau tak datang lagi. Atau kau boleh bagi break kat aku jap kot untuk jadi host kau. Akhir kata, N, maafkan aku.

Jujur, aku host yang dah tak ikhlas,

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *