Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-sebelum-dan-selepas-kahwin/)
Assalamualaikum.. terima kasih cerita aku ramai jugak la yang baca dan cecah jugak 50 share, hihihi. Sebenarnya serba salah nak bahasakan aku macam ganas saya macam skema. Kali ni aku pilih aku pulak ye. Ok. Aku terima segala komen dengan hati terbuka dan tak marah juga tak ambil hati malah terhibur, hihihi.
Ada yang cakap aku tertarik dengan 125 dia maaf tak la. Dalam tengah perhubungan motor dia hilang dicuri setelah genap membayar bulanan. Ok terjawab dia beli 125 secara loan la sebab dia minat 125 masa tu Sekarang ada E kali 5.
Sebenarnya aku nak bagitahu rezeki sebelum kami nak bertunang sehingga sekarang. Saja nak test market. Bermulanya 125 dia hilang setelah dibicara dia dapat pampasan insurans dalam 6k tak silap. Dan dia nekad nak simpan untuk kami nikah nanti.
Dia bekerja dari gaji tak sampai 1k masa tu dia nekad tukar kerja lain naik sikit 1k alhamdulillah. Dia tak putus asa dia usaha lagi cari kerja lain dapat gaji alhamdulillah campur ot semua 1700. Dan mungkin kami anggap itu kerja tetap dia dan dia boleh kumpul duit untuk nekad nikah jugak dengan aku.
Aku pulak? Tak kerja habis praktikal menganggur dapat tawaran lanjutkan lagi aku tolak yala ayah baru meninggal. Kasihan nak tinggal mak aku sorang2 di kampung. Aku memang rapat sangat dengan mak. Dan mak aku pun tak kisah aku tak sambung. Sedih jugak tapi dalam kegawatan ekonomi kami maka sampai di situ saja usaha aku. Aku ada mintak nak kerja kilang mak aku tak kasi sama jugak dia pun tak kasi.
Berita gembira dia dapat lagi tawaran kerja lagi mengukuhkan pendapatan dia. Tapi nun jauh di kotaraya. Terpaksa meninggalkan keluarga dan aku. Tapi aku rela dan aku tak pernah menduakan dia setia aku tetap pada dia. Alhamdulillah starting campur ot semua 3k. Dia mula menabung dan alhamdulillah 3 bulan dia kerja kami bertunang dan 2 bulan setelah bertunang kami bernikah.
Dah bernikah kenala ikut suami. Datangla aku ke kotaraya menaiki bas. Memang hidup aku pandai naik bas je.hi3 dia pun ada E kali 5 pada masa tu company dia ni terbesar di malaysia mungkin ke 2 atau ke3 selepas petronas memang macam2 bonus ada. Dia kerja bawah2 je. Tapi alhamdulillah bawah2 pun sekarang hampir 7k tiap2 bulan termasuk ot semua. Aku hanya suri rumah sepenuh masa dia tak benarkan aku kerja katanya selagi dia hidup aku tak perlu kerja.
Nak bagitahu kepada lelaki2 bukan semua wanita memandanhbg poket semata2 ketulusan kejujuran kasih sayang. Alhamdulillah selama hidup dengan dia secara berperingkat kami dapat mencapai keinginan kami. Kami beli kereta cash sebab tak nak hutang kereta secondhand pun ok asal boleh berteduh ketika hujan. Solat 5 waktu penting jangan tinggal lelaki wajib solat 5 waktu kecuali dah cukup hukum yaitu mati orang tolong solatkan. Walaupun kamu tipu kamu dah solat tapi percayalah allah maha mengetahui.
Dan sekarang kami dah pun boleh beli rumah sendiri tak besar tapi cukup luas untuk anak2 kami bermain berkejaran. Di kotaraya ni sewa macam bayar bulanan rumah sebab tu kami buat keputusan beli rumah terpaksa buat pinjaman. Tak mampu nak beli seketul.
Dan kita juga sebagai isteri sentiasa percaya dengan suami sentiasa doakan suami kita mintak pada allah apa yang kita nak dari suami kita. Sebab tu dalam islam penting solat 5 waktu. Kunci segala kunci. 1 lagi nak pesan selalu ingatkan suami untuk bagi duit bulanan pada ibubapanya walaupun ibubapa banyak duit dah tapi bagi jugak walau 50 not.
Jangan bersangka buruk dengan mertua. Buruk macam manapun mertua berusaha berbaik dengan mertua juga selau mendoakan mertua seperti kita mendoakan ibubapa kita. Anggap mertua seperti ibubapa kita insyaallah suami kita juga akan anggap ibubapa kita seperti ibubapanya juga.
Kita juga sebagai isteri wajib juga untuk kita solat 5 waktu kecuali abc la. Selalu doakan suami. Doakan suami ketika dia di tempat kerja supaya mudahkan segala urusan dia.
Sekian di sini sahaja dah tak perlu share dah. Komen pun tak perlu lah. Terima kasih pada yang membaca sehingga habis. Aku tak pandai mengarang sebab bukan dalam bidang aku bab2 karang karangan ni. Spm bm sekadar B tolak ja.
– Sayang abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit