Hai IIUM Confession readers. Aku buntu. Aku baru setahun lebih bekerja di sektor awam di Putrajaya. Aku dah berkahwin tapi aku berpjj dengan suami yang bekerja di Pantai Timur. Apabila tiba weekend, aku akan pulang ke kampung untuk bertemu suamiku. Itu sudah menjadi rutin kehidupanku. Tapi bukan itu yang aku ingin kongsikan di sini.
Di putrajaya, aku berkenalan dengan seorang teman. Yang pada mulanya, ku kira, persahabatan ini mungkin adalah sesuatu yang baik. Aku akan punya teman di Putrajaya. Tidak lagi kesunyian. Jikalau ada apa2, dia mungkin boleh memberi pertolongan terutamanya jika aku dalam kesusahan. Hubungan kami, makin hari makin rapat. Ketika itu, aku bercerita pada suamiku, dengan nada positif aku menyatakan, aku gembira sbb aku sudah ada teman di sini. Suamiku tak perlu risau lagi tentangku di Putrajaya. Kami bekerja di satu pejabat yang sama. Jadi, memang setiap hari akan berjumpa. Si dia juga, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Tapi si dia mempunyai masalah dengan suaminya pada ketika itu.
Justeru itu, dia banyak meluahkan perasaan dia dan bercerita tentang masalah yang dihadapinya kepadaku. Ketika itu, aku seorg pendengar yang setia. Aku hanya mendegar segala masalah yang dihadapi dan cuba memberi nasihat serta menyatakan pandanganku tentang masalah yang dihadapinya. Sehinggalah, suatu hari, dia menceritakan cerita yg paling aib bagi dirinya tntg suaminya. Dan, selepas si dia menceritakan hal tersebut, si dia berharap agar aku akan lebih memahaminya.
Hubungan kami, bagiku adalah agak ‘luar biasa’ berbanding cara orang lain bersahabat. Jika kami keluar bersama atau berjumpa, dia sering mintak aku cium pipi dia. Which is aku rasa, perlu ke? Tapi, aku hanya menurut sahaja ketika itu. Dan juga, jika kami keluar, di dalam kereta, dia akan pegang tangan aku. Macam pasangan kapel. Alasannya, dia tak dapat lakukan semua itu dengan suaminya. Bila aku turutkan apa yg dia nak, dia rasa dihargai. Disayangi. Tp bagi aku, of cz la abnormal. Nak buat benda2 mcm tu, nk kiss, nk pgg2, dengan suami jerla. Xkn dgn kawan sejantina kot!!!
Lama kelamaan, aku makin rasakan kehidupanku dicontrol olehnya. Aku sejenis manusia yg reserve. Aku lebih suka pendamkn semuanya sendiri atau just berkongsi dengan suamiku, which is the right one. Si dia suka nak ambil tahu segalanya tntg kehidupanku. Malah, dia lebih tahu dari suamiku sendiri. Si dia, sanggup pick up aku dari airport pada setiap hari Ahad malam. Sbb aku biasanya akan naik flight balik Ke KL. Dye sggup tinggalkan suami dan anak2 just utk pick up aku. Pada mulanya, aku terima pelawaan dye. Aku ikut ap yg dye nak. Dye kata, dye gembira sbb dpt tolong aku. Aku xde sape2 kat putrajaya. Tp bg aku, aku da mengganggu rumahtangga org. Malam2, pmpuan keluar rumah. Tggal ank laki. Semata2 nak amik aku.
Dari hubungan kami yang serapat-rapatnya, aku mula sangat tidak selesa dengan keadaan sebegitu. Dengan cara dye bersahabat sgt luar biasa. Sukakan skinship and all. Even dengan aku sesama jantina ni. Perlahan2, aku mula menjarakkan diri aku darinya. Apabila dye offer utk pick up aku dari airport, aku mula belajar menolak. Apabila dye bertanya tntg kehidupanku, aku mula menolak untuk menjawab. Dye perasan tntg cara aku yg mula berubah dan dye banyak berkali bertanya kenapa. Aku sejenis manusia yang jujur. Aku bgtahu, aku xselesa dgn caranya. Aku rasa hidup aku dikawal olehnya. Aku merasai mental abuse sbb setiap hari aku ke pejabat, aku harus memenuhi permintaannya yang bukan2. Aku penat.
Dari sahabat karib, aku mula menjauhkan diri. Aku rasa, aku penat sangat berkawan dengannya. Aku penat melayan emosinya. Aku penat dengan permintaanya yang aku tak mampu tunaikan. Dan untuk makluman, dye adalah sejenis manusia yang gigih. Bila aku cakap tak nak, dye still akan pujuk2 aku. Still akan tanya2 aku soalan yg sama berpuluh kali mengharapkan aku dpt memenuhi permintaanya. Which is menyebabkan aku rasa rimas dan penat. Tidak dinafikan, si dia merupakan seorg yang baik. Baik sangat2. Sampai aku ni rasa rimas dengan kebaikan dye yang melampau. Bila dye bertanya tntg kehidupannku, katanya dye ambil berat padaku. Tapi bagiku, ia merimaskan. Aku tak suka nk bercerita tntg kehidupanku pada org lain yang tak sepatutnya.
Sehingga kini, aku sudah berubah. Aku betul2 mula menjauhkan diri aku darinya. Aku mula bermuka ketat dengannya. Aku mula layan dye dengan kasar. Aku tidak reply text dye kecuali berkaitan hal kerja. Dan aku cuba mengelak untuk berjumpa dengannya. Sbb aku rasa sekian lama, aku bertahan. Emosi aku tertanggu. Aku penat melayannya. Dan dia juga jenis yg mudah menangis. Bila dye tnya aku, kenapa aku berubah, aku bg jawapan jujur aku, aku da xtahan dengannya, dye mula menangis. Katanya, sampai hati aku perlakukannya begini. Sejak kebelakangan ni, hampir setiap kali aku berjumpa dengannya, dye akan menangis depan aku.
Aku da penat melayan emosi dye yang sebegitu. Penat menyaksikan drama air mata yg tak berkesudahan. Setiap hari, diulanginya ayat yg sama. Soalan yg sama. Jujur, aku sudah penat untuk mendengar semua itu. Dan disebabkan aku stress tak berkesudahan dengannya, suamiku menjadi mangsa. Tempat aku bercerita tntg si dia. Setiap hari without fail. Drama aku dan dia. Bak kata suamiku, cerita kami lebih dari cerekarama di TV3. Suamiku juga berpendapat, dye sgt luar biasa. Tak pernah suamiku berjumpa org sebegitu selama dalam hidupnya 33 tahun.
Bila aku mula menjauhkan diri darinya dan bila aku mula untuk membuang dirinya dari hidupku, dye tuduh aku kejam. Dye tuduh aku xde kemanusiaan. Dye tuduh aku zalim padanya. Dye tuduh aku ni jahat. Aku rasa, aku da lama tersiksa jiwa raga melayan dia yang macam2 dan penuh dengan emosi. Sekarang, bila aku nk move on, demi ketenangan hidup aku, aku dituduh mcm2 olehnya. Sekarang, aku rasa, aku yg psycho sbb hadap org yang psyco mcm dia. Jadi, aku nk tanya, aku kejam ke tak sbb xnk bersahabat dgn org mcm dia?
– Sis Buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit