Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-yang-menumpang-2/).
Assalamualaikum, terlebih dahulu saya memohon maaf jika penulisan saya bnyak buat korang pening kepala nk baca. Hehehehe. Saya cuba tulis dalam bahasa baku yg boleh korang faham. Karang saya tulis longhat saya, lagi korang x faham. Sebab tu nmpak pening sikit dan mcam cerita berulang. Sebabnya saya tulis berdasarkan apa yg saya rasa. Maafkan lah saya. Saya cuba tulis bahasa yg korang santai utk baca.
Ok, saya dah baca semua komen korang. Okay disini saya huraikan satu persatu ya. Utk menjawab semua persoalan korang. Panjang skit ya tapi semua tu terjawab kat sini.
1. Ada yg komen sebab adik saya x balik rumah kg kerana adanya sesuatu. Hihihi x adanya sesuatu antara abg dan adik saya walaupon diorg tinggal berdua. Saya x kata saya yakin 100% tapi hati saya tahu perangai adik dan abg saya mcam mna. Sebeum ni pon, sebelum saya berkahwin, saya mmang tinggal berdua sja dengan abg saya. Masatu adik saya x tinggal sekali dengan kami berdua sebabnya dia tinggal dengan saudara yg lain sehingga umur 17 tahun barulah dia tinggal dengan kami berdua. Jikalau betul abg saya ada niat x elok. (nauzubillah, mnta dijauhkan) saya sendiri yg akan lari dari rumah dulu. Huhuhu. Abg saya seorg yg biasa sja perangai boleh bgi pendapat cumanya abg saya jarang naik tangan. Mngkin sebab itu adik saya melampau skit kadang2.
2. Ada hari tu, adik saya kerja shift malam dan saya kena pergi buat urusan waktu pagi, saya terpaksa tinggalkan suami saya kat rumah sebab tidak sihat utk ikot saya sekali. Saya mmang suri rumah tapi bukan full time, saya kena keluar juga utk uruskan hal lain. Saya x kata saya ni prejudis dengan adik saya sndri. Saya percaya adik dan suami saya. Cuma saya kena berhati2, bukannya saya fikir bnyak sngat kisah krt. Hihihi. Bayangkan pula mcam mna jika suami saya masuk bilik air dan masatu juga adik saya masuk bilik mandi. (rumah saya bilik air dn bilik mndi asing2 dan dua2 nya terletak kat dapur) masatu pula saya kat ruang tamu. Dan serentak dua2 org keluar dari ruang dapur. Kalau korg fikir apa?
Ok mngkin korang boleh fikir utk abaikan dan fikir positive. Kalau adik saya jenis menjaga adab tinggal di rumah saya x apa. Ni tidak, dia jenis x kisah bab aurat. Senang cerita suami saya tu dia anggap macam batas dia dgan abg kandung kat rumah. (tapi x ada la pakai seksi maksudnya x ttup aurat, kadang2 baring depan tv mcam situasi kat rumah sndri. Pepandai la korg imagine kalau korg kat rumah tgok tv mcam mna) bnyak lagi saya nk huraikan tapi saya x mahu.
3. Jangan kata saya x pernah tegur adik saya bab aurat ni ya. Saya sudah tegur sama ada dgan nasihat lembut dan nasihat keras. Pon sama sja, x jalan. Siap nasihat lagi kesian mak ayah kat sana dok tanggung semua ni. End up, ubah sat 2 3 hari pastu jadi balik.
4. Mujur lah mertua saya cakap dekat adik saya, jika nk tinggal terus kat rumah mertua saya. Mmang dia x bgi. Dalam bab ni saya setuju dgan tindakan mertua saya. Tambah pula rumah mertua ada abg ipar saya, iaitu abg kepada suami dn belum berkahwin. Kalau adik saya kat rumah mertua boleh ttup aurat elok2 x apa. Ni dibuatnya kat rumah mertua mcam situasi dia dduk rumah saya. Hurmm mmang saya x bgi laa dia dduk situ. Dia sndri x boleh fikir hukum, x boleh fikir dgan matang. Mcam mna lagi saya nk cakap. Sebab tu saya sruh abg saya panggil dia balik ke rumah kampung.
Tambah pula keliling rumah mertua tu semua rumah sanak saudara, apa diorg fikir pula kalau adik saya sendri dduk dgan mertua saya? kenapa x dduk dengan saya? haa x kan nk cerita kat semua yg adik saya x dduk dengan saya sebab saya ada konflik dengan suami dan saya sruh adik saya keluar rumah sekejap. Dari org x tahu masalah rumah tangga kami, semua org tahu. Sebab tu saya berkeras tak setuju adik saya dduk situ. Tapi masalah dia tu sangat x faham situasi. Nk jelaskan x dak cara dah.
5. Saya sebenarnya x dak masalah kalau adik saya tinggal sekali, tapi masalah dia x ikut perjanjian awal yg saya tetapkan. Dia sendri dah sedia maklum yg dia tumpang tidur rumah saya bila dia kerja malam saja. Yg mana saya kesian dia nk drive moto jauh balik rumah kg. Tapi dia sndrii x rasa nk balik dh rumah kampung, saya nk buat apa. Dah sruh balik tengok rumah kadang2 pon x mau. Sebab rumah saya selesa dari segala kemudahan berbanding rumah sana. Alasan yg dia kata x mau dduk sana sebab jarak rumah jauh tu adalah alasan semata2. Sebab tu dia pilih nk dduk rumah mertua saya sebab rumah mertua selesa mcam rumah saya.
6. Saya x ada masalah jika kedua2 mertua saya sakit dan saya kena jaga. Sebab itu tanggungjawab saya. Saya x pernah anggap org luar x boleh dduk dgan saya tapi tindakan adik saya ni x betul, sudahlah bgi menumpang dicerita pula hal rumah tangga saya ke mertua. Kalau dia nk dapat perhatian sebab kurang kasih syg, ni bukan tindakan yg betul. Sebab dia x fikir jika dia berkahwin kelak, dia mungkin akn jarang dah ke rumah mertua saya sebab sudah ada tanggungjawab masing2. Tapi saya akn berhubungan dengan mertua smpai bila2. Bilanya jadi hal ni, saya jadi segan walaupon mertua dan ipar x pernah tnya ape2, tapi saya maluu gara2 mulut adik saya.
7. Adik saya pernah ckap dgan abg saya baru2 ni yg dia nk dduk bilik sewa. Tapi abg saya x setuju. Sebabnya kalau dduk bilik sewa bermakna kebebasan kepada dia 100% bebas. Tambah pula adik saya sudah ada boyfriend (bf) dan bekerja satu tempat kerja sekali. Dan diorg selalu keluar dating. Walaupon masatu tinggal dengan saya jika diorg nk pergi dating, saya sendri tetapkan jgan balik lewat sebelum pkul 12. (kadang2 balik lewat juga sebab balik dari kerja shift malam lepas tu pergi makan). Agaknya kalau dduk bilik sewa, pkul berapa nk balik ya? so jalan yg terbaik, stay sekali dgan abg. Dia boleh tgokkan adik saya.
8. Memang adik saya kurang kasih syg, saya faham. Saya sendri cuma selami hati dia tapi dia sndri yg memilih utk memendam rasa dan lebih penting utk bercerita dgan bf nya saja. Jikalau diorg bergaduh sahaja baru carikan saya utk ceritakan masalah dia. Dan adik saya kerap bergaduh dgan bf nya. Seminggu mesti akan gaduh. Gaduh pula smpai makan masa berhari2 walaupon gaduh sebab benda kecil. Biasalah kadang2 bergurau dengan teman kerja pon boleh jadi isi. Saya x nak masuk campur hal diorg sebab saya fikir masih muda tapi jika kerap sngat gaduh dan effect jugak kepada saya dan suami. Balik kerja mata bengkak sebab menangis dan berkurung dalam bilik. Ttup pintu bilik kuat2. Memang saya menyampah sangat. Saya tiada hak nk marahkan bf dia. Abg saya yg patut masuk campur. In the end abg saya mmang nk kawen kan diorg sja. Sekarang dalam proses perbincangan bab itu.
9. Kalau bab gaduh dgan bf dia, mmang saya sndri bgi cadangan cari kerja lain atau behenti kerja sekrang. Ini boleh mengelakkan dari terjadi perselisih faham. Tapi dia sndri memilih utk kerja sekali kerana lebih mengutamakan bfnya. Saya x boleh buat apa.
10. Dan hal rumah tangga saya ini bukan setakat mertua saya sja yg tahu, malahan bfnya sndri tahu hal kami. Kerana adik saya sndri pernah terlepas cakap yg bfnya pernah berkata sewaktu bergaduh, “jika kau gaduh dgan aku, kau cerita semua hal aku kepada org. Bila kau baik, kau cari aku dan cerita semua hal kepada aku” . Masatu mmang saya boleh fikir yg adik saya mmang ceritakan semua yg terjadi kat rumah saya termasuklah bab saya mnta wang bulanan. Cumanya saya x mahu serkap jarang lagi sehingga jumpa waktu yg sesuai. Dan bilanya saya gaduh dgan adik saya, saya bangkitkan hal ini. Dia diam saja tanpa membela diri. Berbeza sngat jika sebelum ni, jika x salah mmang mati matian dia bela diri sendri.
11. Baru2 ni adik saya datang rumah saya utk ambil baju dia, saya cuba slow talk dgan dia masatu, saya sndri rendahkan diri mintak maaf. Tapi ditempelak dn dibentak. Dia ckap buat apa nk explain kalau sudah halau org? memang saya angin masatu, dia salahkan saya kononnya halau dia tapi dia sendri yg x faham situasi saya sbab apa saya sruh dia keluar sementara. Saya kalau boleh x mau angkat tangan. Sebab bgi saya, dia sudah besar dan boleh fikir, jikalau angkat tangan lagi buruk dijaja tentang saya.
12. Saya x selfish kerana apa yg saya patut buat saya buat, dan suami sndri akn marahkan saya jika benar saya salah. Dan berulang kali saya tnya kepada abg dan suami adakah apa yg saya buat ini betul atau salah dan diorg cakap tindakan saya betul.
13. Saya x bermaksud nak putuskan hubungan, ini bukan pertama kali adik saya gaduh dgan saya dan putus kan hubungan. Sebelum ni dia sndri akn cari saya bilanya gaduh dgan bf nya dan minta maaf dan menyaku salah dia. Saya terima maaf adik saya sebab saya tahu itu adalah darah daging saya. Cuma yg saya boleh nasihat, buat tindakan jgan ikot hati. Tapi sekejap je lah berubah lepas tu jadi balik.
14. Saya percaya yg adik akan cari saya balik. Cuma biar masa yg tentukan. Cuma niat saya kongsi di sini jadikan pengajaran kisah saya. Lebih baik adik lelaki tinggal dengan kita sndri x apa. Berbanding adik perempuan. Kerana kita tiada masalah bab hukum aurat dan adik lelaki pon boleh ngam dengan suami kita. Dan adik lelaki x ada nk sensitif terlebih.
Sekian, terima kasih.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit