Kewangan

Hi semua. Aku cuma nak share sedikit tips macam mana nak merancang kehidupan yang baik dihari tua dan nak memberi semangat kepada yang nak menyimpan & berjimat. Biar nampak pape tapi berduit. Jangan bergaya tapi pape kedana. Kisah ni adalah kisah hidup aku sendiri di mana aku mempunyai seorang mak yang sangat peka akan kehidupan masa hadapan. Kisah ni lebih kepada perkongsian macam mana mak aku plan hidup dia hingga ke hari ini.

Pertama sekali aku nak bagitahu yang aku bukan asal daripada keluarga kaya-kaya. Mak ayah aku pun asalnya orang susah dimana kedua-duanya hanyalah anak seorang penoreh getah. Mak aku seorang kerani di bank dan ayah aku hanyalah pemandu lori. Mak dan ayah aku kahwin dalam keadaan dua-dua tiada apa-apa. Permulaan hidup yang sukar di mana tiada mak ayah sponsor kereta lepas habis belajar, tiada mak ayah sponsor rumah untuk diorang tinggal dan tiada jugak perabot dalam rumah yang mak ayah belikan. Semuanya memerlukan hasil usaha sendiri.

Dari kecik mak ayah aku memang ajar aku adik beradik bersederhana dari segi makan, pakai dan berbelanja. Tiada handphone masa kami masih sekolah rendah (sekarang aku 23 tahun). Tiada astro di rumah dan tiada internet. Tiada holiday setiap tahun dalam hidup kami. Tiada baju fashion2 yang melampau-lampau masa raya, kasut baru setiap kali raya etc. Semuanya pakai je apa yang masih elok. Tiada telefon android utk mereka sampai aku di tingkatan 5. Masa ni sampai rasa adakah aku anak orang miskin? Sikit sangat ke gaji mereka? Kenapa tak dapat nak pergi bercuti tiap2 tahun macam kawan2 lain? Jeles tu tak payah nak cakapla bila kawan2 bercerita pergi jalan2 masa cuti sekolah.

Tapi segala kelengkapan belajar yang diperlukan oleh aku dan adik2 semuanya dipenuhi. Tiap2 tahun baju sekolah baru, beg baru, alat tulis baru. Semua berkaitan sekolah, semuanya baru. Rasa semangat setiap kali nak bersekolah tau! Lepas tu, segala bidang atau kegiatan yang kami nak ceburi takkan dihalang dan akan disokong sepenuhnya (kiranya benda yang perlukan duit, akan diberi bila ianya utk ilmu). Lagi satu benda yang diorang tak kisah ialah bab makan. Kau mintaklah apa je yang kau teringin. Mesti dia akan bawak/belanja bila dia da dapat gaji.

Bila aku da besar ni (aku ulang, umo aku 23 tahun sekarang), diorang dua2 dah tak bekerja (diorang berhenti masa aku 20 tahun) kecuali ayah aku, dia menoreh getah. Btw, mak ayah aku dua2 kerja swasta tau bukan kerajaan sebelum diorang berhenti kerja. Aku dan adik kedua aku sekarang masih di universiti, dan yang last masih bersekolah rendah. Walaupun mak aku dah tak berkerja dan harapkan duit menoreh ayah aku utk duit makan hari2, dia tetap boleh bagi aku dan adik aku duit belanja sebulan sorang 300. Aku pelik! Korang pelik tak? Sebab menoreh getah berapalah sangat hasilnya.

Jadinya, satu hari aku pun borak dengan mak aku untuk tau mana sumber kewangan yang dia dapat ni. Walaupun sebenarnya aku da syak sesuatu. Sebelum aku proceed, aku nak bagitau yang mak aku berhenti jadi kerani bank tu dia dapat pampasan. Aku tak ingat apa benda perkataan tu, vss ke apatah. Tak sure. Yang pasti, company2 offer untuk pekerja berhenti dan bagi pampasan. Masa ni aku tau yang mak aku dapat agak banyakla jugak duitnya di mana segala hutang kereta dan segala hutang mak aku da langsaikan. Dia gunakan duit tu untuk benda2 utama tanpa berfikir sedikit pun pasal bercuti kemana-mana. Hahahaha. Kental betul hati mak aku ni. Dan dia berjaya hidup bebas hidung di usia 40an. Hebat gila!

Ok, aku proceed dengan aku tanya mak aku berkaitan duit bulan2 yang dia boleh bagi dekat kami. Dia pun bagitau jela aku sebab aku pun da besar & boleh fikir. Dia bagitau yang duit tu hasil dari duit simpanan dia masa dulu2 lagi termasukla duit pampasan yang ada berbaki sedikit. Dia sekat2 perbelanjaan kami masa kecik2 dulu sebab dia nak kami rasa mudah bila di hari kami memerlukan duit & dihari tua dia.

Mak aku sangat well plan di mana semua anak dia, ada insuran kesihatan dan jugak ASB. Ni aku bukan nak promote tau. Tapi memang benda ni mak aku sangat2 ambil kisah. Especially part insuran kesihatan sbb setiap kali kalau kitorang sakit, memang akan pergi klinik swasta. Bukan tak yakin dengan perkhidmatan klinik kerajaan tapi sebab swasta lebih pantas. Dan baru aku faham kenapa dia sangat terhadkan perbelanjaan kami utk benda2 yang tak berfaedah. Dia tak inform aku berapa jumlah dia simpan bulan2 tapi asal ada duit berbaki, dia akan cepat2 simpan. Dalam akaun ASB setiap anak2 dia semuanya ada lebih dari 10K. Di mana, itulah hasil dari dia menyimpan sedikit2 utk kami masa kecik.

Untuk aku, amount ni agak tinggi sebabnya gaji mak ayah aku taklah banyak sangat bila bergabung. So, korang boleh bayangla macam mana berjimatnya mak aku. (ayah aku tak ambil port sangat part simpan2 ni, dia akan bagi je nafkah kat mak aku bulan2 utk settle semuanya dari segi bil, dan barang2 rumah. Sebabnya waktu kerja dia menghalang utk dia berbuat demikian atau kata lain, dia percaya mak aku mampu uruskan kewangan dengan baik).

Dan satu perkara yang menyumbang kepada duit dalam ASB tu juga adalah duit raya kami di mana kami memang di ajar untuk tak menggunakan duit tu utk beli apa2. Apatah lagi mainan. Hahahha. Jeles tengok orang dapat kereta control woiii setiap kali lepas raya.

Dan jelas terbukti, pengorbanan kami utk bersusah susah dahulu mendatangkan banyak faedah di masa hadapan. Aku bukan nak riak ke apa. Tapi masa aku mendaftar untuk masuk U, aku tak ambil pun pinjaman PTPTN utk pendaftaran awal di mana duit pendaftarn tu adalah hasil dari simpanan ASB yang mak aku simpankan. Termasukla adik aku yang kedua tu. Adik aku yang last ni pun, duit simpanan dia memang cukup utk dia gunakan masa dia sambung belajar dekat U nanti.

Kisah ni aku kongsikan adalah untuk menjadi refleksi kepada kita anak2 muda sekarang yang lebih memikirkan untuk bersuka ria daripada menyimpan untuk masa akan datang di mana cabarannya lebih besar utk kita. Baru bergraduat da fikir nak pakai kereta mewah2, pergi bercuti selalu tanpa fikirkan untuk menyimpan. Buat majlis kahwin umpama hari2 esok nak hidup, tak perlukan duit lagi. Hahaha. Cukup bulan garu kepala menghitung hari utk gaji masuk. Nak tukar betri kereta pun pinjam duit member. Lol.

Harapan aku, semoga perkongsian ini berguna utk smua dan bukan diri aku sahaja. Masih ada masa untuk kita berubah jika kita yakin untuk berubah. Utk yang sedang berusaha keras utk menyimpan duit utk kehidupan kalian, teruskanlah sebab usaha korang takkan sia2. Percayalah. Yang penting dahulukan keberkatan dalam hidup kita.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *