Suami atau Ibu Kandung

Terima kasih kerana siarkan confession saya admin. Saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang saya rasa sama seperti drama tapi kisah ini terbalik dari drama drama petang yang kita pernah tau.

Pertama sekali saya Dina, kisah yg saya nak kongsikan ni adalah cerita tentang perkahwinan abg saya. Awal perkahwinan abg bersama isteri memang bahagia. Mereka sebelum ni menetap di sekitar ibu kota lepas je berkahwin tahun lepas. Selama 1 tahun jugak lah mereka berdikari hidup bersama. Takde masalah dari segala benda. Alhamdulillah kakak ipar saya di sahkan hamil dan bermula lah episod sedih bagi abg sebab ibu kepada isterinya seorang yg sangat mengongkong. Selalu kita dengar ibu mertua kepada suami kan? Ini kisahnya terbalik pula.

Selama 8 bulan akak ipar saya mengandung mereka menetap sendiri, tuptup disebabkan abg selalu bekerja diluar kawasan, dan jarang pulang ke rumah atas urusan kerja dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mertuanya. Moga-moga ada yg menjaga akak ipar bila abg bekerja diluar kawasan. Sebelum ni pun, abg & kakak ipar selalu diasak untuk tinggal bersama mereka, katanya penat buat rumah besar2 tapi anak pilih tinggal sendiri. Abg saya pula semata-mata nak menjaga hati ibu mertua, dia pun berpindah ke rumah mertuanya. Kakak ipar memang taknak tinggal di rumah ibunya kerna dah tau perangai ibunya macam mana.

Dalam tempuh 4 bulan tinggal dirumah mertua, rupanya abg saya sampai mild depression ketika telefon ibu saya dikampung, sambil menangis2. Katanya dia dah tak tahan tinggal dirumah mertua. Setiap apa yg dia nak buat semua seperti dikongkong ketat oleh ibu mertuanya. Ibu mertua abg kalau tengok dari luaran memang nampak mcm org baik2. Bapanya pula org masjid, warak. Keluarga kami sangat tak sangka bila beberapa hari lepas abg telefon katanya dah taknak bekerja di ibu kota disebabkan sangat tertekan apabila berapa dalam rumah tu.

Kak ipar pernah cakap dulu tak nak duduk dlm rumah ibunya, dia memang dah agak perkara ni akan jadi. Tapi nak taknak perkara ni dah pun berlaku. Abg tertekan dengan sikap ibu mertua yg selalu marahkan isterinya tentang sesuatu perkara yg remeh. Pernah satu hari abg terdengar ibu kandung kakak ipar marah sehinggakan menyumpah kakak ipar susah nak beranak nanti hanya sebab kak ipar tersalah cakap je. Dalam rumah tu semua seperti dah dicontrol oleh ibu mertua dari segala hal.

Abg cerita pernah satu hari ketika abg penat baru balik dari kerja, dia nk berehat sekejap masuk bilik. Ibu mertua perli perli katanya balik rumah tak pandai nak teman dia tgk tv. Ingat rumah ni hotel ke? Sedangkan dia pernah suruh mak saya pujuk abg untuk tinggal bersamanya, katanya dia sunyi. Nak anak-anak tinggal sekali, tapi bila mereka dah masuk dlm rumah tu, abg rasa macam dlm penjara. Nak keluar bawak isteri keluar tak boleh, Nak pergi beli brg dapur berdua tak boleh semua dikongkong. Ada satu hari abg nak bawa kakak ipar jumpa dengan ibu di rumah makcik pun dimakinya abg. Abg kata takkan saya nak bawa jumpa ibu saya pun tak boleh? Mula dari haritu, dia makinya abg saya. Dia kata jangan bawa anak aku pergi jumpa ibu kau. Aku tak izinkan. Allah! Hanya sebab abg nak ajak kak ipar tidur dirumah makcik sahaja.

Mula -mula abg ikut cakap ibu mertuanya, tapi makin lama. Dia makin tak tahan. Ada saja mertuanya ni nak sakitkan hati dia. Kadang-kadang abg dan isteri berborak dlm bilik (masatu kakak ipar saya mengandung 8 bulan) dia ketuknya pintu bilik abg panggil kak ipar tengok tv dengan dia. Abg sabar lagi.
Bila malam pula, 4 pagi, masuk bilik abg & kak ipar melalui pintu toilet semata-mata suruh tutup penghawa dingin dlm bilik. Kejadian ni dah berlaku banyak kali. Abg sabar lagi. Abg saya balik rumah, buat kerja di rumah kerana ada perkara penting yg perlu dia buat. Mertuanya masuk bilik marah abg” dah malam-malam pun tak reti nak tidur ke main laptop” Abg sabar lagi. Abg saya ini adalah sebaik-baik lelaki. Tak pernah tinggi suara, tak pernah marah ibu saya, dan sangat soft spoken. Saya taktau macam mana abg saya boleh bersabar sejauh itu.

Abg kata bila depan bapa mertua, pijak semut pun tak mati. Semacam ada split personality dlm diri ibu mertunya. Untuk pengetahuan, dia memang terlalu sayangkan kak ipar sampai dia tak sangka anak dia dah berkahwin dan dah bersuami. Dia tak boleh terima abg berberdua dengan kak ipar. Tak boleh berborak, tak boleh keluar berdua jumpa ibu ayah saya. Katanya dia tak suka! What?

Selama 5 bulan abg duduk dlm rumah tu tanpa mengadu apa apa kepada ibu saya di kampung. Semalam, abg dah bagitahu dia dah ditorture habis-habisan oleh ibu mertua sehinggakan dia dah letak surat resign untuk berhenti kerja. Akak ipar baru sahaja bersalin 10 hari lepas. Tapi hari-hari dia buat akak ipar saya menangis. Abg saya pun dah mengalami depression dengan ibu mertua. Bila cerita pada ayah mertua, ayah mertua hanya boleh cakap “awak sabarlah ya, ayah dah kena bertahun dengan dia, tapi dia kan ibu. Awak sabar ya” Bila cerita dengan adik ipar ” Aku tau kau dah taktahan, tapi aku nak ckp mcm mana, dia tetap mak aku” Semuanya tak berani untuk bersuara disebabkan harta yg dimiliki oleh keluarga tersebut adalah dari ibu dia. Bapanya pernah ckp dengan abg, yg dia pun hanya menumpang dirumah ini. Dia pernah muflis dulu, jadi sekarang ni, walaupun sebagai suami dia tak dpt buat apa apa. Hanya menyuruh abg aku fikir keputusan yg terbaik untuk mereka berdua.

Abg seperti separuh mati duduk dlm rumah tu. Ada je kena marah. Ada satu hari, abg nak jemur pakaian dgn kak ipar. So nak tolonglah, dia buka pintu, dan tanya, korang nak pergi mana? Kak ipar jawab, nak jemur bajulah mak kenapa? Mertuanya jawab “kepala hotak korang lah” kau nak keluar kan jumpa ibu kau? Abg tak langsung menjawab. Hanya geleng kepala. Dia jeritkan abg kurang ajar jadi menantu. Nak melawan lah tu. Abg diam & masuk rumah. Dia bukan kayu dia kata, tapi hanya kerana hormat. Dia malas nak panjangkan keadaan.

Tapi semalam, had kesabaran abg dah sampai tahap, abg cakap dia minta maaf pada semua, halalkan makan minum abg, abg nak hidup berdikari dan nak pindah dari rumah ni. (Masatu akak ipar dah dlm pantang 10 hari). Hari-hari menangis mengadu dekat ibu dikampung, taktahan tengok abg tertekan, dia pun stress & nangis, dia juga di marah sebab “kenapa kau nak pujuk laki kau katanya. Biarkan dia. Bukan macam tu nak ikut suami.” Abg dah tak sanggup nak tunggu kak ipar habis pantang kerana start dari masuk dlm rumah tu hari-hari mereka di maki. Ada saja muka sinis, muka perli bila abg balik dari kerja. Kesian kak ipar. Ibu cakap baik abg keluar, bawa kak ipar tinggal sini biar ibu yang jaga kak ipar sebelum kak ipar meroyan atau sesuatu yg buruk berlaku lebih parah.

Sebelum keluar ibunya pesan & ckp pada abg, aku tak halalkan semua yg kau makan, kalau apa apa jadi pada anak aku, aku cari cari kau sampai lubang cacing. Salam bapa mertua, adik ipar & keluar terus dari rumah tu. Tapi esok hari, abg terbaca mesej dari phone kak ipar yg ibu mertua macam pscyo kak ipar supaya balik dengannya & tinggalkan abg. Menghasut kak ipar & menggugut “kalau kau tak balik rumah mak, jangan sampai aku sumpah kau jadi anak derhaka” Mak sayang kau sorang & baby. Kalau nak balik balik berdua je. Tak payah balik dengan suami kau. Selangkah pun aku tak suka. Dia seperti bersungguh nak pisahkan abg & kak ipar. Selepas dia dah dpt cucu dia buat abg aku stress supaya abg pergi dari rumah & tinggalkan kak ipar dan anak. Mertua dia cakap, kalau kau nak pergi kau pergi, jgn bawa anak aku pergi mana mana, aku tak izinkan. Allahh! Abg tetap berkeras, bawa kak ipar keluar & terus pulang ke kampung untuk ibu jaga kak ipar yg masih dlm pantang.

Skrg ni, kak ipar masih tertanya-tanya dengan aku, derhaka ke dia dengan ibunya. Dia perlu ikut abg atau mak? Dah berulang kali semua disekeliling cakap, syurga seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya” Tapi disebabkan ibunya selalu mengugut & cakap perkataan yg bukan bukan sambil meracun fikiran kak ipar. Dia makin lemah dgn pujuk rayu ibu dia sendiri. Hmm.

Mohon semua doakan kebahagian abg Dina. Semoga abg sebaik baik manusia itu diberi kebahagian dlm keluarga kecilnya insyaAllah, tolong doakan ya semua. Amin.

– Dina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *