Aku Si Bodoh

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku Wawa.. Rasanya ni dah kali ketiga aku menulis di sini. Tak pastilah jika tulisan aku ini akan disiarkan atau sebaliknya. Aku anak sulung, pertengahan 20-an dan jobless. Berdasarkan tajuk ni aku nak cerita betapa aku rasa diri aku ini seperti seorang yg bodoh. Buat pengetahuan semua, aku telah bergraduat dari sebuat universiti dengan pointer 3.XX.

Sebab utama yang buatkan aku rasa bodoh ialah aku rasa aku tak sama macam orang lain. Aku manusia yang pemalu, sukar bergaul dan tak tahu apa-apa. Aku membesar macam orang lain tapi waktu remaja aku kebanyakannya di rumah. Aku tak dibenarkan keluar macam orang lain. Balik sekolah terus balik rumah dan kalau keluar pun dengan ibu atau ayah.

Jadi kalau orang ajak aku main bola jaring ke, bola tampar ke memang aku tak tahu main. Aku aku sentiasa duduk tepi sebab aku tak tahu main. Nak kata aku tak ada kawan langsung tak juga.. Aku ada 2 atau 3 orang yang rapat, tapi rapat takat di sekolah je. Aku tak macam orang lain yang kalau rapat sampai datang rumah kenal dengan famili semua tu. Kawan aku datang rumah aku, tu pun 2 kali je tapi aku tak pernah pergi rumah mereka. Sampai kenduri kendara yang dijemput pun aku tak dapat pergi sebab ibu aku kata dekat rumah kawan kau tu kan ada lelaki. Sampai habis SPM macam tulah.

Sebagai anak sulung aku tak ada abang atau kakak yang aku boleh jadikan rujukan kalau aku tak tahu apa-apa. Begitu juga dengan bab kemahiran. Bila kau selalu kat rumah, tak banyak pengalaman kau dapat. Sebab tu aku rasa aku ni bodoh.

Buat pengetahuan semua…. aku cuma pernah kerja selama 6 bulan. Itupun untuk memenuhi latihan industri. Tapi bagi aku pengalaman kerja tu bukan pengalaman sebenar sebab tak banyak aku boleh belajar. Jadi bila nak mohon kerja, aku akan fikir ni kerja macam mana ye? Boleh ke aku buat kerja ni? Aku macam tak pernah dengar kerja ni? Kena ke dengan qualification aku? Banyak benda aku fikir sebab banyak benda aku tak tahu.

Aku rasa aku salah buat pilihan sebab kebodohan aku. Masa PMR aku dapat keputusan boleh dikatakan baik jugalah. Tapi sebab kebodohan aku, aku memang tak tahu bila nak kena mohon SBP, apa kualifikasi diperlukan. So aku decide stay di sekolah sama dan teruskan dengan kos sains. Tapi lepas tu aku sedar sebenarnya aku langsung tak minat sains. Result SPM aku 3 subjek sains semua C dan D. Yang lain A dan B. Masa nak pilih kos pengajian dulu pun aku fikir banyak benda. Aku fikir aku suka matematik tapi aku tak boleh ambil kos Matematik sebab tak sesuai dengan result aku.

So, aku decide ambil kos berkaitan business. Aku fikir business dah dekat dengan Math. Tapi disebabkan kekurangan pengetahuan aku, aku tak terfikir yang business ada law, ada ekonomi, ada akaun dan sebagainya yang mana jauh dari sangkaan aku. Nampak tak betapa bodohnya aku. Tapi takpelah, dah memang tujuannya untuk belajar, jadi aku belajar banyak benda baru dalam kos aku. Alhamdulillah dah selamat graduate pun.

Selain tu, aku anggap diri aku bodoh sebab aku memang tak pernah drive or bawak motor sampai aku 22. Aku pernah try bawak motor then berakhir dengan tragedi. Pasu nenek aku pecah aku langgar. Then masa kat U aku start belajar ambil lesen kereta sebab mak aku suruh aku ambil lesen auto sebab mak aku kata aku ni penakut sikit. Yelah sebab aku tak pernah ada peluang nak pegang stereng. Aku practical dekat dengan rumah jadi dapatlah aku teruskan belajar kereta sampai dapat lesen. Itu pun kali ke 4 ujian litar baru lulus.

Tamat practical aku masuk semula ke U untuk tahun akhir. Lepas tu memang aku tak sentuh kereta pun. Kalau ada pun sekali sekala. Ditambah cuma ada satu kereta auto kat rumah dan adik aku guna bawa balik ke U dia. Memang jarang aku boleh bawak kereta. Bayangkanlah macam mana aku nak keluar dari rumah macam orang lain.

Famili aku tak serapat macam orang lain. Aku okey dengan ibu tapi aku tak rapat dengan ayah. Tapi tu masalah lain. Aku tak tahu macam mana nak mengorak langkah keluar dari situasi aku sekarang. Inilah sebab aku rasa aku ni terlalu bodoh dan tak tahu. Aku anak sulung yang tak tahu bergaul, tak berkeyakinan, tak ada kemahiran, penakut dan tak boleh dipercayai untuk survive seorang diri. Aku tak ada sesiapa yang boleh guide aku untuk kedepan. Bukan aku tak boleh nak buat kerja sendiri. Aku boleh je survive time study dulu. Aku boleh je cari jalan balik sendiri even aku seorang diri.

Semua ni ditambah lagi dengan faktor-faktor lain. Aku sebenarnya malu dengan saudara mara kalau mereka datang rumah aku sebab rumah aku tak sekemas rumah orang lain. Yela ibu aku kerja dan dia buat semua kerja rumah tanpa bantuan ayah aku atas alasan penat. Aku masa tu kecil lagi, apalah sangat nak diharap dari aku kalau aku tolong pun. Sekadar cuci pakaian dan pinggan mangkuk ajalah yang aku mampu. Mak aku dengan nak urus ambil anak sekolah lagi nak hantar anak sekolah semua mak aku yang buat. Jadi fahamlah kenapa keadaan rumah aku macam tu. Sebab tu kalau mereka datang aku kat bilik je. Bodohkan aku?

Perihal penampilan lagilah tak payah cerita. Kadang ada ingat aku dah kahwin sebab nampak macam mak cik-mak cik. Aku tak reti bersolek begitu juga mak aku. Ibu aku memang tak lah nak bergaya sangat. Prinsip mak aku biar nampak selekeh tapi poket tebal. Kadang aku tegur dia jawab bukan orang nak tegur pun. Kalau orang tegur kau mintaklah duit belikan yang lebih cantik. Kadang di pergi jalan dengan selipar jepun je. Manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Tambah lagi dengan obesiti yang jadi kawan aku dari kecil. Memang confidence level aku kat bawah kaki jela.. relationship? Jangan harap!

Aku menulis bukan nak memperkecilkan diri atau menyesali takdir. Tapi itu hakikat kehidupan aku. Sekarang ni aku dalam proses turunkan berat badan. So far aku dah berjaya turunkan lebih 20kg. Well aku tak nak lah orang kata aku duduk rumah membesarkan badan je. Disebabkan ibu aku kerja, aku sekarang ambil alih tugas memasak, mencuci dan kemas.

Aku lah biasanya jadi teman ibu aku kalau nak ke mana-mana. Bab cari kerja bukan aku tak nak. Tapi pelan-pelan aku belajar bawak kereta semula sebelum dapat keluar ke bandar.. mesti saat tu akan tertulis dalam sejarah hidup aku sebab tu lah pertama kali aku ke bandar seorang diri.. FYI, bandar tu dlm 45km dari rumah.. entah bilalah jadi realiti.

Aku faham bukan semua yang kita nak bukan yang terbaik buat kita. Aturan Allah lah yang paling baik. Doakan aku dapat pekerjaan yang baik dan dapat balas jasa ibu ayah aku…

– Wawa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya juga begitu, seperti dalam cerita awak kena pula dengan hidup saya walupun bukan 100% sama, apa yg pasti saya juga bodoh, lemah, tak pandai itu ini sangat. Dah nasib badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *