Assalammualaikum, tengok tajuk mesti dah ada yang assume sebagai anak derhaka. Sadly maybe yes. Aku bukan anak yang baik, anak yang tak mampu sayangkan ibu dia sendiri macam orang lain sayang dekat ibu dia.
I hate myself for not be able to love someone who gave birth to me in this world. Rasa macam loser gila kau tahu bila orang lain cerita, balik rumah mak dorang masakkan itu ini, mak dorang manjakan dorang itu ini, mak dorang selalu cakap yang ‘mak sayang awak’ without any awkward situation occured. Aku tak mampu share apa-apa yang best tentang ibu aku sebab macam mana nak share kalau rasa sayang tu aku tak mampu nak tunjuk dan macam mana nak buat kalau mak aku tak pernah buat dekat aku macam tu.
Baiklah sedikit intro, aku students lagi awal 20-an. Mempunyai 6 adik beradik dan aku yang sulung. Lebih rapat dengan ayah daripada ibu. Masalah aku dengan ibu bermula sejak kecil lagi, tapi baru sekarang masalah tu makin parah. Sejak kecil aku perlu jadi yang terbaik hanya disebabkan aku anak sulung. Aku perlu mengalah dari segi hati dan lain lain hanya sebab aku anak sulung. Ibu get used to membebel all the time to me walau perkara yang dia bebel bukan salah aku.
Aku ni sensitif orangnya, sebijik macam ibu. Bagaimana ibu tak suka anak bercakap kasar dengan dia. Sebegitu juga aku yang tak suka ditengking-tengking tatkala ibu mahu memberi arahan. Aku penat bila asyik menjadi anak yang perlu sentiasa diam tatkala ibu membebel dan marah. Bebel ibu aku bukan main-main gais. Bebel dia selalu sampai bapak aku sendiri mengaku ibu adalah orang yang paling kuat membebel yang dia pernah jumpa.
Aku start tak patuh dengan ibu bila aku nampak my adik bila ibu suruh something dia cakap ‘tak nak’ ibu diamkan and okay je, tapi bila aku yang cakap ‘tak nak’ automatic ibu mengamuk dan emo sampai menangis-nangis. Aku perasan ibu akan cakap macam2 sampai aku sakit hati dan triggered aku, dan hasilnya.. yes aku melawan. Ibu suka doa yang buruk2 while handling all her kids. Dia selalu cakap ‘kenapalah korang ni selalu menyusahkan aku’, ‘kenapalah aku ada anak anak mcm korang’, ‘korang tengok bila korang ada anak, mesti anak korang lagi teruk dari korang’.
Ibu suka cerita keburukan2 aku dekat kawan kawan dia. Ibu aku cikgu gais, dan aku sekolah sama masa tu. Bila dia cerita, semua yang buruk pasal aku, itu ini A sampai Z, cikgu2 yang baik dengan aku mesti akan terus jumpa aku pastu perli perli. Aku malu kau tahu, why moms like to embarrassing her kids? Kenapa tak ada alternative untuk solve cara baik instead of spreading the hates and bads dekat orang lain?
Pencetus rasa sakit hati, bila ada seorang ustazah ni share satu cerita dekat perhimpunan. She shared a story yg sebenarnya kisah aku, and I found that my mom tokok tambah cerita to earn sympathy. She represents me as a very bad girl. She is my fav ustazah and its tearing me apart bila ibu cerita yang buruk buruk pasal aku dekat dia. Sebab apa yg ibu cerita tak semua betul. Dan aku sangat malu sebab ustazah share cerita dekat beratus pelajar dalam perhimpunan. Since tu aku makin benci dengan ibu. Aku makin melawan, aku ibarat api lawan dengan api. Seolah memang tak ada penyelesaian untuk kami berbaik. Start form 5 aku berubah, orang useghoh kata berhijrah. Aku dah kurangkan melawan ibu, tapi masalahnya sampai sekarang aku tak mampu nak sayangkan dia.
Bila aku dah start berubah, aku perasan ibu start ambil kesempatan dengan aku. Semua benda dia suruh buat, kalau tak buat dia akan cakap ‘harap je belajar agama tapi tak taat’, ‘harap je tudung labuh tapi perangai..’, ‘harap je tudung labuh tapi mintak tolong sikit dah tak nak’. Mula mula I keep the pace, ikut je. Dia membebel dan marah itu ini aku diam. Walau diam pun dia kata aku kurang ajar haha mungkin sakit hati sebab aku tak triggered. Tapi lama-lama sampaikan semua benda dia expect aku untuk jadi perfect hanya sebab aku dah berhijrah. Aku fed up.
Satu hari tu aku meletus aku kata ‘disebabkan perangai ibu yang suka tengking2, suka cerita buruk pasal orang dekat orang lain, suka cari kesalahan orang, asyik fikir ibu je perlu dilayan baik, sebab ni lah orang jadi mcm ni! Dari dulu orang terseksa dengan perangai ibu. Ibu tau tak susah untuk orang nak jadi baik untuk ibu bila ibu suka pressure itu ini?! Ibu suka cerita yang buruk2 pasal orang dekat adik2. Ibu suka ejek bila orang nak tutup aurat. Ibu selalu suruh orang jadi yg terbaik sedangkan ibu layan orang macam sampah. Ibu orang penat tau tak tiap hari nak puaskan hati ibu, orang penat sangat2! Kadang orang harap sangat yang orang ni tak ada ibu dari ada ibu orang tak dapat jadi anak yang baik’
Ibu terdiam bila dengar luahan aku. Aku ungkit semuanya. Sebab aku dah tak tahan. Yes I know, I should have been more patience. She is my mom after all. Tapi aku bukan macam korang yang sabar tu tinggi, aku tak mampu. Lepas aku cakap mcm tu aku perasan ibu start jadi tak harsh sangat, ibu start sedar silap dia kenapa aku jadi macam orang yang tak dapat kawal emosi sebab dia sendiri tunjuk contoh yang macam tu. Kami cuba berbaik but the awkwardness is bigger than the process. Its hard for us to start over at this stage yang masing masing dah besar. Ibu dah makin tua dan aku dah besar panjang.
Aku try untuk selalu bersembang tapi end up gaduh jugak sebab bila cerita je mesti pusing balik masalah ibu, like kan ada satu hari kau rasa nak share something, bila kau cerita tup tup ibu akan cakap masalah ibu lagi berat. Dan start membebel lagi dan lagi, bila aku tak dengar, kena marah. Tercetus gaduh. Aku try pulak masak sama-sama, akan ada salah sorang yang terluka jugak sebab tak kesefahaman. Aku try pulak dengan cara ringan tulang, lagilah worst sebab membebel lagi panjang sebab aku kalau kemas, memang kemas habis. Barang tak perlu aku akan buang. Biasalah mak mak, sayang nak buang benda yang dah tak pakai. Kena marah… banyak lagilah cara malas nak list.
Jadi cara aku sekarang adalah berjauhan. Aku tak mampu nak dekat dekat dengan ibu sebab asal bersuara je aku takut aku triggered and melawan. Terus terang aku cakap aku tak dapat nak sayang ibu disebabkan layanan ibu yang dulu2, sampai sekarang aku ingat. Aku dh try bermacam cara tapi ibu dan aku untuk berbaik nampak sangat susah. Aku bersyukur bila dah sambung belajar aku tak perlu jumpa ibu selalu and I don’t have to communicate with her anymore, sebab aku rasa dengan cara ni dapat kurangkan dosa aku melawan kata. Aku lebih banyak video call dengan abah dari ibu, sebab tatkala aku penat dengan ibu, abah lah yang selalu ada untuk aku. Bila balik rumah mana pernah ibu nak masak2 sedap2 untuk aku, mana pernah ibu pujuk aku kalau aku sedih dari kecik sampailah besar, mana pernah ibu nak faham masalah anak dia. Dia nak masalah dia je yang aku perlu faham. Nak dia je semua betul.
Bila dah besar macam ni, aku dah fed up untuk mencuba, but the least I can do for her is I respect her as my mom. But all the actions towards her are empty without love that I should’ve been given to her, aku tak mampu. Aku tahu ibu sedih bila aku bercakap seadanya. Aku tahu ibu tak suka bila aku bercakap benda yang penting je. Aku tau ibu tak suka bila aku asyik avoid dia. Aku tau ibu nak anak dia layan dia macam anak orang lain layan ibu dorang. Aku tau. Tapi aku tak mampu nak jadi macam tu disebabkan segala tengkingan, pukulan dan doa doa buruk yang dia selalu bagi dekat aku dulu. Aku hanya mampu layan dia seadanya. Aku tak mampu nak sayang dia with all of my heart.
Aku tahu aku teruk.. im sorry. Aku harap sangat satu hari nanti aku dan ibu berbaik yang sebaik baiknya. Tak ada lagi konflik antara kami. Doakan :’(
Sekian,
Yang Penat.
– Sya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit