Sedihnya Bila Dipinggirkan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sedihnya-bila-dipinggirkan/).

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca dan admin IIUMC.. Saya Hanna. Siapa masih ingat saya? Confession saya disiarkan pada 2 September 2018. Alhamdulillah, banyak komen2 yang saya dapat. Ada yang negatif sampai kata “no brainer”, ada banyak juga yang positif..ada yang ajak saya jadi kawan..terima kasih banyak2 atas semua komen dan nasihat anda. Saya terima dengan hati terbuka.

Mungkin ada di antara anda yang nak tahu apa tindakan saya selanjutnya untuk mendapatkan kepastian daripada kawan2 saya yang “pinggirkan” saya. Maka, saya beranikan diri menulis mesej dalam group whatsapp kami bertanyakan apa kesalahan saya sehingga saya dipulaukan begitu dan saya minta maaf sekiranya mereka ada terasa hati dengan saya. Ada yang respond secara baik, namun ada juga yang mengambil langkah untuk berdiam diri (silent treatment) walaupun saya dah private message mereka meminta maaf. Saya dah cuba untuk memulihkan keadaan, namun kalau tak mendapat respond dari pihak yang satu lagi, saya tak boleh memaksa.

Syukurlah, Allah beri juga jawapan kepada kerisauan saya selama ni. Ya, mereka memang terasa hati dengan saya sebab mereka beranggapan saya ada masa untuk diluangkan bersama orang lain, tapi tak ada masa untuk diluangkan bersama mereka dan saya suka beri alasan sibuk. Mereka nampak post saya spend time dengan family, post kawan2 office saya keluar minum dengan saya lepas habis kerja (kwn office saya yang post di FB dia dan tag nama saya). So, mereka terus “jump into conclusion” yang saya tak nak spend time dengan mereka tapi saya boleh je spend time dengan orang lain. Saya disalahkan bertalu2 dalam group whatsapp kami tu.. Semuanya buruk je tentang saya..kebaikan saya selama ni memang mereka lupa terus. Bila saya cuba terangkan keadaan sebenar, saya dituduh sebagai orang yang tak boleh terima teguran dan selalu rasa diri saya betul. Allah, sedih sangat rasa hati..saya membalas satu2 mesej mereka dengan linangan air mata..saya memang tak sangka kawan2 yang saya anggap BFF, yang saya harap boleh faham keadaan saya rupa2nya kawan2 yang sanggup mengeluarkan kata2 yang paling melukakan hati saya.

Untuk pengetahuan pembaca semua, saya tinggal dengan family dan saya tanggung belanja komitmen yang agak tinggi. Jadi, saya dah tak mampu nak ikut BFF saya pergi holiday. Bila saya explain, gaji saya dibandingkan pula dengan salah seorang BFF saya dalam group yang sama dengan mengatakan gaji dia adalah yang paling rendah di antara kami semua, tapi dia masih mampu untuk simpan duit untuk pergi holiday bersama2. Ya, memang kami semua masih bujang tapi komitmen kita semua tak sama. Dan saya rasa mereka pun sedia maklum tentang itu sebab mereka bukan kenal saya setahun dua..dah lama. Cukup lama untuk faham keadaan saya. Saya kecewa kenapa mereka perlu membanding2 kan. Mereka tidak berada di tempat saya. Kalau pun mereka tak nak faham apa yang saya alami, bagaimana kesulitan yang saya perlu tempuhi, sekurang2nya mereka sepatutnya memberi sokongan moral kepada saya. Bukannya terus pulaukan saya begitu sahaja.

Masa yang saya ada pun saya selalu spend dengan keluarga saya je. Hanya sekali sekala bila kawan2 office ajak keluar minum petang, saya akan ikut. Tapi kebanyakan off day saya (yang selalunya bukan hujung minggu) saya akan bawa ibu pergi beli barang dapur, pergi check up di hospital dan macam2 lagi urusan yang mereka minta saya bawakan mereka, saya akan usahakan. Tapi memang apa yang saya buat untuk family saya, saya takkan share di mana2 media sosial kerana saya tak nampak apa2 kepentingan saya berbuat begitu. Perlu ke saya show off dan check in ke mana2 tempat yang saya pergi dengan family untuk memuaskan hati mereka? Of course not. Bila ada ahli keluarga saya sakit, hospitalized, baru saya akan post di FB saya supaya kawan2 saya yang lain boleh mendoakan kesembuhan. Banyak mesej yang saya terima mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya yang sakit tersebut. Kawan2 office, kawan rapat dan kawan baik yang lain. Tapi, yang so called BFF group saya yang beberapa orang ni, tak seorang pun daripada mereka bertanyakan keadaan ahli keluarga saya yang sakit, ataupun bertanyakan khabar saya yang menjaga di hospital walaupun mereka nampak dan tahu tentang ahli keluarga saya yang sakit tu…

As you guys claimed to be so called my BFF, yang terasa hati saya tak spend time dengan mereka dengan alasan “we care for you, Hanna” . Care for me apanya kalau nampak post saya sedang sedih sebab ahli keluarga saya sakit kat hospital tapi buat tak nampak je? Ironik bukan? Post gambar2 saya keluar minum dengan kawan2 office, nampak pulak dekat timeline diorg eh? Pastu siap perli2 saya lagi dengan mengatakan “make time, not excuses”. Well, semoga Allah merahmati kalian. Saya dah kehilangan kata2 buat mereka. Saya dah rendahkan ego dengan memohon maaf tapi mereka? Terus dengan ego tinggi melangit yang boleh bawa mereka ke syurga, mungkin…

Bukan saya seorang yang dipulaukan oleh mereka rupanya..lepas apa yang berlaku pada saya, satu2 realiti Allah kupas cantik untuk saya faham dan mengerti kenapa Allah jauhkan mereka dari saya. Terima kasih Allah..saya langsung tak rasa rugi walau sedikit pun sekarang apabila mereka pilih untuk pulaukan saya. Sebab saya sedar, sahabat yang baik dan sejati takkan tinggalkan kita dalam apa keadaan sekali pun…mereka akan cuba faham, dan beri sokongan pada kita di saat kita memerlukan. Bukan tinggalkan kita terkapai2 begitu sahaja. Saya pelik, bila mereka ajak saya keluar tapi saya tak dapat ikut sebab ada hal lain, mereka kata saya mencari alasan. Tapi, bila saya yang ajak mereka keluar dan mereka tak dapat ikut sebab ada hal atau pun plan lain, alasan tu dikira “valid” dan sepatutnya dimaafkan. Why so selfish and childish? Kenapa saya boleh faham keadaan mereka tapi mereka memilih untuk tak faham keadaan saya? Jawapan tu ada pada mereka sahaja…

Akhir kata, saya nak buat sedikit kesimpulan. Tolong jangan pukul rata tentang kisah hidup semua orang tu sama walaupun status kita semua sama (status di sini maksudnya wanita single yang bekerjaya). Kita sepatutnya faham situasi orang lain kalau kita nak orang lain fahami situasi kita. Dalam hal ini, saya rasa saya dah buat perkara yang betul dengan memohon maaf kepada mereka. Namun, bila permohonan maaf saya dipandang sepi, saya mula merasa jelek pula sebab mereka sanggup merajakan perasaan ego dan sombong melebihi persahabatan. Terima kasih BFF..sebab berjaya buka mata dan hati Hanna tentang perangai sebenar kalian. Ingat, bukan hati Hanna saja yang terluka dek perlakuan kalian, malah ada beberapa individu lain lagi…jadi, jangan mendongak ke langit sangat sampai terlupa tanah yang dipijak..Jangan ingat kita ni suci sangat dan tak ada salah pada orang lain. Dan ingatlah, sifat sombong tu hanya Allah sahaja yang layak untuk memilikinya kerana Dia adalah Pemilik segalanya. Kita ni siapa? Cuma hambaNya…nak bawa ke mana sombong anda tu? Fikir2 kan lah. Allahua’lam.

– Hanna

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *