Pengalaman dan Tips Duduk Rumah Sewa Zaman U

Assalammualaikum semua warga IIUMC. Aku sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman, juga tips untuk duduk di rumah sewa masa dekat u.

Dulu universiti aku masih dikira uni baru jadi blok kolej kediaman tak banyak. Cukup2 untuk student 1st year dan student yg aktif dgn aktiviti uni je. Aku dan geng aku yang memang tak aktif dgn aktiviti u, nak tak nak kenalah duduk di luar, menyewa masa 2nd year.

Pengalaman selama 2 tahun menyewa bersama kawan2 membuatkan aku rasa nk share dgn korang pengalaman aku dulu dan tips yang mampu aku bagi sebagai panduan dan pedoman supaya kehidupan korang di rumah sewa baik2 belaka. Tak macam aku. Hahaha.

1. Seeloknya pilih rumah sewa yg berdekatan u. Kalau korang tak ada transport, better cari area yg mudah dptkan pengangkutan awam. Jangan kau harap dkt kawan kau yg ada transport semata sebab lambat laun dikhuatiri ada masalah akan timbul.

Masalah apa? Tipikal, tak share duit minyak. Aku akui zaman tu aku khilaf, mgkin sebab aku xbrapa berduit, kawan aku yg ada transport orang ada2 jadi aku ambik hal ni sambil lewa, last2 dia terasa bab kami tak share duit minyak, jadi gaduh, end up dia keluar dari rumah kami. Korang ingat tak aku kata cari rumah dekat dgn u n mudah pengangkutan awam. Disebabkan kami yakin diri boleh bergantung dekat dia n sorg lagi kawan kami yg ada transport, jadi kami tanggung risiko sewa rumah jauh terasing dan susah ada transport lain.

Jadi saja kes ni, terus kami nekad pindah ke perumahan lain yg lebih sesuai dan berdekatan dgn u. Padan muka kami kan? Aku pun hrp kawan aku yg keluar dr rumah kami tu maafkan kami walau bukan punca tu saja penyebab kami bergaduh. Lebih pada tak ada kesefahaman sebab dia tak boleh masuk dgn cara kami.

2. Waspada untuk terima penyewa baru. Sesungguhnya korang kena paham kalau tiba2 saja ada student lain sorg2 nk join umah sewa korang, korang kenalah beringat dan kaji dulu siapa dia sebenarnya. Sebab byk kes student tu org buangan. Yg student lain tak nak duduk rumah sewa sekali disebabkan mcm2 hal. Dan sesungguhnya kami terkena. Padan muka kami lagi sekali. Penyewa baru tu kawan kepada kawan aku, so kami terima dgn hati terbuka sebab kawan aku tu ckp dia jenis ceria je. Ye betul wei, dia ceria. Tapi kau tunggulah mood swing dia dtg. Menangis korang nak hadap.

Pernah 1 ketika, kami 1 rumah sewa saja jalan2 ke negeri lain, perjalanan 5 jam. Konon nak tgk negeri orang sebab tak pernah jejak lagi negeri tu. Niat di hati nak enjoy jalan2lah dekat sana, sekali kau tahu kawan tu datang bad mood dia. Rosak plan kami. Nak enjoy pun tak boleh sebab takut tengok dia. Kena tggu dia cool dulu. Dan orang jenis gini selalunya dia bad mood tanpa sebab tau. Sebab kami mmg tak usik dia apapun, tiba2 saja dia mcm tu dan nanti tiba2 saja dia ok bergelak ketawa, buat lawak, ceria. Aku tak tahulah kalau dia ada split personality sebab aku tak pernah tanya. Hahaha.

3. Sama2 ada rasa tanggungjawab pada rumah. Kalau semua tak ada tanggungjawab, sah rumah kau akan jadi mcm kes2 yg viral di socmed sekarang. Ya faham, semua orang busy smpai kadang terlupa nak bersihkan rumah, kosongkan tong sampah. Berapa kali dah terjadi ulat sampah byk sampai kami dah lali. Yelah kami bukan buang sampah dua tiga hari sekali, kadang seminggu sekali baru penuh plastik hitam tu, jadi barulah buang ke tong besar. Mujur masa tu ada kawan aku yg jenis perangai mak2, dialah yg byk handle hal rumah, aku rasa kalau tak ada dia mungkin rumah sewa kami lagi hazab dan bakal diviralkan hahahaha. Eh taklah aku gurau je, kami tak adalah seteruk tu haha. Tapi pengalaman aku tak boleh lupa, kawan aku masak sardin, then dia tinggal sardin tu adalah lagi seketul dalam mangkuk tu then tutup dengan piring. Lepas berapa hari baru ingat dan bukak. Nahhh seketul ulat besar sardin sedang menguet di situ. Hahahaha mmg ngeri aku ingt balik, geli nak mampos!

Jadi adik2 tolonglah jaga kebersihan dan ada rasa tanggungjawab ya. Nak senang, lantik ketua rumah dan buat jadual tugas masing2 supaya tak ada yg bising asyik dia kena buang sampah dan orang lain relaks goyang kaki.

Pastikan sistem rumah juga teratur. Barang makanan yang kau tak ada niat nak share tu silalah tulis nama siap2, yang sudi share ramai2 tak payahlah. Mcm kawan aku yang mak2 ni bagus. Semua dia bagi je share, cheese yg zaman tu aku rasa mahal smpai nak beli pn xgamak, pun dia bagi je ambik. Aku ni apa lg, 2 3 kali jugakla cilok cheese dia, dgn izin ye hahaha.

Korang pun kalau teringin makanan member, mintaklah izin. Janganlah cilok. Yg tuan makanan pn jgnlah kedekut sgt. Kau tak berkira, orang pun tak berkira dengan kau. Rezeki pun jadi murah. Kan?

4. Hormat jiran tetangga. Aku tahu zaman study ni zaman kita huha huha tak pandang kiri kanan tapi janganlah sampai kau bagi jiran2 tak selesa, last2 tuduh korang no manners. Rumah sewa aku yg 1st berjiran dgn student2 lelaki kolej vokasional uols. Gila scary tapi adalah sorg 2 kawan aku tercouple dengan jiran sebelah. Dengan aku idoklah sebab aku pemalu dan biasa2 orangnya haha. Rumah sewa kedua berjiran dgn family, oklah. Tak pernah lagi la kami direport sebab bising dsb. Haha. Jaga adab jualah kan?

5. Anggap rumah macam rumah sendiri. Wahhh bagus betul tips aku, macam suruh kaduk naik junjung hahaha. Maksud aku di sini, bila kita anggap rumah tu macam rumah kita sendiri jadi automatik kira rasa sense of resposibility ye dok? Aku sampai tahap sayang rumah sewa aku tu sampaikan bila uni ada buka kemasukan ke kolej kediaman yang baru siap, aku tak apply walau ramai kawan aku apply. Geng serumah aku pun semua stay lagi, dah sayang wei. Lagipun kau dah dapat kebebasan macam duduk rumah sendiri, tak rasa dahlah nak hidup under rules asrama balik. Haha.

Bonus.

Ini saja nak share. Dulu dekat rumah sewa aku, aku syak macam ada jin baik tumpang sekali. Sebab selalu sangat ada barang kami yang hilang tiba2. Sebab apa aku kata dia baik? Sebab dia akan pulangkan barang tu 2 3 hari kemudian. Haha. Pernah 1 ketika, aku hilang buku aku yg aku letak betul2 atas meja aku, puas aku tanya semua penghuni rumah sewa tu, tak ada siapa mengaku ambik. Dan beberapa hari kemudian, buku tu aku jumpa terselit celah yasin. Kau rasa?

Ok cukuplah, aku rasa panjang sangat aku berceloteh. Maaf curi masa korang dan terima kasih sudi baca. Harap tips2 ni membantu. Enjoy zaman korang study dan berjimba dengan kawan2 ni sebab bila korang dh kerja dan makin menjauh dr kawan2, serius korang akan rindu masa2 ni walau banyak pengalaman yang pahit dari manis.

Yang terkenang,

– DD

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *