Sayang, Maafkan Aku

Assalamualaikum, sebelum tu izinkan aku perkenalkan diri. Orang panggil aku Mel, aku berusia 26 tahun dan telah berkahwin dengan suamiku ketika umur kami 22 tahun. Ya, dah 4 tahun. Kedua dua kami mempunyai pekerjaan tetap masing masing, dan suami tak halang aku untuk bekerja. Suami merupakan seorang pengurus syarikat di Kuala Lumpur dan aku merupakan seorang akauntan di Johor Bahru. Kami menjalankan long distance relationship. Semuanya baik baik saja.

Sepanjang perkahwinan kami, aku tak nafikan ramai sangat dengki, dan ramai sangat perempuan suka kat suami aku ni. Aku pun taktahu kenapa. Mungkin sebab suami aku boleh la kategori good looking? Atau sebab harta? Entahlah. Tapi tu semua tak bagi efek kat aku pun masa tu sebab aku percaya suami aku walaupun kitorang bercinta jarak jauh. Setiap weekend suami aku akan balik JB dan turutkan semua permintaan aku. Maklumlah perempuan kan, nak makan itu ini. Nak shopping itu ini. Suami aku takpernah membantah. Thanks sayang.

Hari berganti hari suami aku dah start sibuk lebih sikit. Dia dah tak balik every weekend. Dan aku faham dia busy tapi entah kenapa perasaan aku masa tu asyik nak emo je, asyik nak marah je. Kiranya sampai tahap dia call aku beratus kali tapi aku tak angkat sebab sakit hati tetiba. Dia balik pun aku dah tak manja macam dulu, dah tak mengada macam dulu. Dia pernah nak communicate dengan aku soal ni tapi aku taknak. Mungkin aku berkecil hati dengan dia sebab dia terlalu busy. Memang aku tarik muka je everytime dia balik. Dan pada masa yang sama, aku ada kenal sorang lelaki, satu office dengan aku. Baik sangat dan dia la yang layan aku macam puteri. Macam aku mula mula kahwin dulu. Suami aku masih macam dulu, masih berikan perhatian kat aku tapi entahlah, aku macam tawar hati.

Satu hari tu, aku dapat call dari unknown number, number office. Aku angkat. Alangkah marahnya aku bila panggilan tu dari Jabatan Agama Islam Selangor memaklumkan suami aku kena tangkap basah dengan sorang perempuan kat office dia. Memang aku dah takda fikir apa, memang otak aku negatif je masa tu memandangkan hati aku pun memang ada takde je kat suami aku.

Harinya dah tiba, suami aku dipaksa kahwin dengan perempuan tu. Aku dah suruh dia buat pilihan, kahwin dengan perempuan tu dan ceraikan aku. Tapi dia taknak. Tak habis habis dia cakap dia diperangkap. Tapi aku takpercaya. Bodohla aku kalau percaya. Itu fikiran aku pada ketika tu. Banyak kali jugak aku cuba tuntut fasakh tapi gagal atas sebab sebab tertentu.

Aku kenakan syarat pada suami aku. Nak balik rumah kami di jb boleh, tapi sebulan sekali sahaja. Kalau ikutkan aku memang aku taknak langsung pandang muka dia. Baik aku pandang muka boyfriend aku. Ya masa ni aku ada boyfriend, lelaki yang aku mention tadi tu. Suami aku bersetuju, asalkan dapat jumpa aku katanya. Tapi feeling aku kosong masa tu, dah tak bunga bunga macam dulu.

Aku jalani kehidupan aku macam biasa, bahagia dengan boyfriend aku. Sampai aku lupa aku dah ada suami. Kalau aku ingat pun, benda negatif je. Hilang dah semua memori sweet sweet dulu. Suami aku balik rumah kami sebulan sekali macam yang dijanjikan. Tapi aku buat dia macam tak wujud. Dia cakap berpuluh patah, aku jawab sepatah. Kadang tak jawab langsung. Aku tanpa rasa bersalah bagitahu dia aku ada boyfriend. Dia menunduk je. Pernah sekali aku nampak dia menangis, tapi kesah apa aku. Maaf sayang, mel tak tahu cerita betul.

Setelah beberapa bulan hidup macam tu, macam biasa setiap bulan suami aku akan balik. Tapi kali ni dia nampak macam tak sihat, susut sangat badan dia. Dah tak macam dulu seorang yang fit dan memang nampak handsome. Kali ni dia balik cengkung tapi dia masih tersenyum manis macam dulu. Sedaya upaya dia cuba buat baik dengan aku macam biasa. Bukan buat baik, tapi dia memang baik, paling terbaik yang aku pernah jumpa. Cuma kali ni tak nampak seri tu, nampak macam dia tengah struggle. Masa dia tidur kat bilik sebelah, aku dengar batuk batuk kecil dari bibir dia. Pelan pelan aku bukak pintu, dia tengah tidur mengiring ke arah dinding. Masih batuk batuk kecil. Dengan bantuan cahaya sikit yang masuk, aku nampak badan dia yang membelakangkan aku. Ada banyak parut parut dan memang tulang dia timbul menandakan dia sangat kurus sekarang. Aku tak tanya apa, tak rasa macam nak approach dia pun. Aku tutup pintu.

Keesokan harinya, aku taktahu kenapa hati aku ni nak sangat tengok rumah dia dan isteri kedua dia. Jadi masa dia siap siap nak balik, aku pun siap siap juga, nak ikut dia senyap senyap. Masa dia keluar rumah, aku perasan something, kereta dia bukan kereta yang dulu. Kereta lain, buruk. Apa jadi dengan life awak ni sayang? Agak agak 5 minit dia dah gerak, aku pun ikut. Aku jarakkan distance aku dan dia, takut dia perasan. Dalam sejam perjalanan, aku sampai ke destinasi yang sama dengan dia. Tapi bukan di KL. Masih dalam negeri Johor. Aku pelik, bukan ke dia dan perempuan tu tinggal di KL? Aku nampak dia turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah teres satu tingkat. Macam rumah bujang. Banyak seluar baju sidai, banyak motor parking kat depan.

Ala, macam rumah bujang. Aku pelik, takkan dia tinggal sini? Mana isteri dia? Aku tanpa fikir panjang aku berjalan ke arah rumah tu dan memang terbukti rumah bujang sebab ada 2-3 orang lelaki tengah tengok tv. Mustahil seorang pengurus syarikat dan seorang isteri tinggal di rumah macam ni. Aku dah mula tak sedap hati. Salah sorang lelaki tu keluar, mungkin pelik kot nampak aku terjenguk jenguk tengok dalam rumah. Dia tanya cari siapa, aku jawab “Akim duduk sini ke?” Dan lelaki tu jawab ya, sekali lagi dia tanya aku siapa. Tapi aku tanya lagi “wife dia mana?”. Lelaki tu buat muka clueless, dan cakap akim mana ada isteri. Berderau darah aku.

Aku tanya lagi sejak bila akim duduk sini, dia jawab dah banyak bulan. Sekali lagi berderau darah aku. Maknanya akim tak duduk dengan perempuan tu? Dan dia tak kerja kat KL dah? Aku terkejut, apa sebenarnya yang jadi. Aku pergi balik ke kereta. Sempat pesan kat housemate suami aku jangan bagitahu dia. Tanpa fikir panjang aku terus call mak mertua aku yang dah lama aku tak contact. Dia tak jawab lepas 3 kali aku call baru dia angkat. Dia tanya ada apa apa yang tak kena ke. Aku suruh dia jujur, dia tahu tak apa yang terjadi kat suami aku lepas insiden tangkap basah. Mak mertua aku tak jawab, dia suruh aku tanya suami aku sendiri. Aku buntu. Aku balik rumah.

Bulan depan tu macam biasa, suami aku balik rumah kami, dia masih sama macam dulu. Cuma kali ni dia memang nampak sangat sangat tak larat. Sampai rumah dia terus masuk bilik. Dia tidur. Mungkin dia penat sangat, dia letak je bag dan kunci kereta dia kat ruang tamu. Aku ambik kunci kereta dia, aku nak geledah kereta dia. Masa aku tengah geledah dashboard dia, aku terkejut. Aku menangis. Maaf sayang, mel taktahu, sumpah mel taktahu. Aku jumpa beberapa bekas ubat, pelbagai jenis ubat. Serta banyak dokumen surat surat dari hospital. Dia tengah suffer kanser paru paru. Aku terus call mak dia, aku tanya betul betul, dan mak dia explain everything kat aku.

Suami aku suffer kanser paru paru beberapa bulan yang lepas dan dia kehilangan kerja kat syarikat di kl sebab asyik sakit. Jadi dia dah tak kerja. Paling mengejutkan dan buat aku rasa bersalah sampai sekarang, dia dah ceraikan perempuan tu sebulan lepas kahwin. SEBULAN LEPAS KAHWIN. Dan cerita dia diperangkap, memang betul. Dia tak rela. Terkulai aku masa tu. tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. aku masuk semula ke rumah dan aku masuk ke bilik suami aku. Kesian awak sayang. Aku terus peluk dia yang tengah tidur. Dia terkejut, aku tahu. Dia tanya aku kenapa sambil senyum. Aku jawab takda apa dan aku benarkan aku dia balik bila bila masa saja dia nak, tak perlu sebulan sekali dah. Aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Dia pelik. Keesokan harinya, dia balik ke rumah dia yang lagi satu macam biasa.

Aku masih tak berterus terang dengan dia sampai sekarang. Dia masih fikir aku ingat dia ada isteri kedua. Dia masih fikir aku taktahu dia bercerai. Dia masih fikir aku taktahu dia sakit. Dan aku takda kekuatan untuk bincang dengan dia soal ni. Aku takut dia tak dapat maafkan aku. Sedangkan diri aku tak boleh maafkan aku. Maafkan mel, sayang.

Maaf kepada para pembaca, confession ni agak panjang. Dan bukan rekaan. Aku taktahu macamana nak berterus terang. Tolong aku.

– Mel

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *