Assalamualaikum. Rentetan kepada confession ‘Jangan hilang fokus pada perhubungan’, (https://iiumc.com/jangan-hilang-fokus-pada-perhubungan/), aku juga ingin berkongsi sedikit sebanyak tips dalam menjaga keharmonian rumahtangga.
Sedikit tentang diri sendiri. Berusia 32 tahun, 6 tahun berkahwin, blessed with 3 kids dan berada di posisi ‘pengurus rumahtangga’.
Memang benar, setelah berkahwin melebihi 2 atau 3 tahun, ditambah pula dengan kehadiran anak yang agak rapat, akan membuatkan hubungan rumahtangga menjadi sedikit stress dan suram. Sibuk mengurus anak, sehingga terlupa kepada keperluan emosi diri sendiri dan pasangan.
Aku juga pernah mngalami apa yang pernah berlaku kepada puan tersebut. Jadi hilang fokus, kurang peduli pada hubungan intim, tak berminat untuk bercantik-cantik (ya lah dah sibuk mengurus anak), badan pun dah mula naik sikit dari size m kepada L.
Bila badan dah berisi nak pakai pakaian cantik-cantik pun dah kurang teringin. Alhamdulillah suami aku banyak membantu juga dalam urusan rumahtangga jadi tak adalah terlalu terbeban atau stress sebab stress penat tu kami kongsi bersama. Haha.
Suami suka ajak berjalan tapi aku tak pernah bagi respon yang bagus. Sebab aku rasa sangat leceh nak berjalan makan angin, even makan kat kedai pun dengan anak yang kecik-kecik dan clingy. So berlarutanlah benda ni. Suami pun pernah juga bagi hint supaya aku mengubah sedikit penampilan tapi aku selalu beralasan penat jaga anak dan tak ada masa nak berhias.
Sehinggalah..suatu hari aku pun berfikir. Sampai bila nak macam ni. Sekarang masih belum terlambat untuk menambat hati suami. Dia dah mula lebih banyak menatap smartphone daripada menatap aku.
So, walaupun aku selalu baca pendapat suami jangan komplen isteri, terima isteri seadanya, tapi aku juga merasakan adalah perlu isteri berusaha menjadi ‘indah dan manis’ semula kepada suami demi menjaga keharmonian rumahtangga.
And, mula-mula aku berusaha turunkan saiz badan supaya sedap dipandang diri sendiri. Aku juga mula jaga penampilan muka, pakai perfume dan pakai apa yg dia suka.
Apabila di meja makan walaupun aku tak makan, aku akan teman dia, berbual-bual, dan masuk dalam apa saja topik yg dia keluarkan. Aku selalu memuji peranan dia sebagai suami, berterima kasih atas segala tanggungjawabnya membantu aku dalam melakukan kerja rumah. (Memang suami ni macam baby/budak kecil, semakin dipuji semakin semangat buat kerja haha).
Bila dia ajak aku keluar walaupun hanya ke kedai mamak makan roti canai aku dah tak menolak dan banyak alasan. Memang betul, bila kita tukar angin sekali sekala mood akan jadi lebih baik. Hujung minggu kami akan spend masa berjalan-jalan walaupun hanya di taman-taman. Aku juga selalu ajar anak-anak untuk ucapkan ‘terima kasih ayah, we love u ayah’ supaya suami rasa lebih dihargai.
Yang lebih penting lagi, aku menjaga tone suara aku apabila bercakap dengannya, dan sentiasa bermanis muka apabila berhadapan dengan suami.
Kesannya, memang aku boleh melihat dan merasakan rumahtangga kami lebih bahagia, dan lebih manis bersama dengan anak-anak. Suami aku juga seperti semakin rajin dan bersemangat membuat tugasannya di rumah. Balik dari pejabat lepas makan, dia akan terus membasuh pakaian, mengurus sampah. Balik dari masjid akan menyidai pula.
Kadang-kadang aku kasihan melihat dia berkejar-kejar buat bermacam kerja tapi dia cuma kata itu memang dah tugas dia. Thats why aku rasa tak rugi sebagai isteri kita merendahkan sedikit ego kita untuk memikat hati suami, beserta dengan doa kerana lambat laun hasilnya kita juga yang nikmati.
Sedikit tips, bagaimana nak mengelakkan pergaduhan dengan suami? Jika pendapat dia dan kita tak sama, bersabar dahulu. Bagi dia menang dahulu. Apabila dah sejuk, pada waktu sesuai, boleh berbincang semula. Pada masa itu biasanya suami lebih rasional. Dan insya Allah dia akan mula nampak kebaikan pendapat kita. Suami aku orangnya agak ego dan selalu rasa dia yang benar, tapi disebabkan aku selalu beralah, dia juga jadi semakin lunak.
Dan….apabila suami kita terbuat keputusan yang salah, jangan pula kita cakap macam ni, ‘haaa kan dah cakap…bla bla bla’. Tapi pilihlah ayat yang lebih baik seperti ‘takpe abang, nanti kita cuba lagi. Insya Allah lepas ni jadi lebih baik sebab kita dah tahu kesilapannya macam mana’. Isteri kena selalu jadi pom-pom girl pada suami.
Dulu-dulu, apabila ada saja perselisihan, suami aku suka tinggalkan aku dan anak di rumah. Tapi biasanya belum sampai pertengahan jalan dia akan pulang semula, mungkin sebab aku tidak pernah menjawab kata apabila kami bergaduh. Tapi itupun dah cukup membuatkan hati aku sedih dan kecewa. Tapi sekarang perkara begitu tak berlaku lagi. Alhamdulillah.
Maybe orang kata, kalau suami kita tak bertanggungjawab macam mana? Berdoalah dan berusahalah. Kalau gagal juga, maybe boleh menuju kepada keputusan yang lebih baik demi diri sendiri. Kegagalan bukan bermaksud ‘gagal sepenuhnya’ tapi menuju kepada satu kejayaan yang lain.
Yang penting, dan terpenting, jagalah hubungan dengan Allah. Kepada suami lazimilah amalan berjemaah di masjid. Insya Allah rumahtangga kita akan bahagia dan selamat. Sedikit saja usaha kita sebenarnya, selebihnya adalah rahmat dan kasih sayang Allah dengan syarat kita tak jauh dariNya.
Ingatlah, rumahtangga inilah, anak-anak inilah yang mahu kita bawa bersama sehingga ke syurga nanti.
– Puan S
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit