Dugaan Bertunang Itu Wujud

Hi assalamualaikum. Aku guna kata ganti nama “aku” laa ye untuk ganti diri ni supaya dekat dengan pembaca. First sekali thanks a lot pada team IIUM kalau siarkan cerita aku ni. Just nak share apa yang aku rasa dan apa yang aku nampak tentang orang bertunang ni dan dugaan2nya. Sukacita aku nak ingatkan yang dugaan bertunang ni bukan biasa2.

Aku Sara berumur 23 tahun dan tunang aku berumur 27 tahun. Ye aku masih muda dan tunang aku mungkin di ambang umur lelaki yang baru nak matang mungkin. Kteorang tunang bulan 7/2018 so means baru 4 bulan tunang ikat setahun. Baru 4 bulan tapi dugaan dia masyaallah, tak tau laa macam mana orang yang boleh bertunang 2 tahun tu. Mungkin dah jodoh dan aku sangat tabik dengan kekuatan mental mereka haha.

Actually dugaan ni bukan datang time aku dah start jadi tunang orang je, time kau baru2 rancang nak tunang pon kau dah dapat dugaan tu. Yelaa syaitan takkan duduk diam. Sebulan sebelum tunang tu aku alami satu perasaan serabut yang melampau. Serabut kenapa pon tak tau tapi asyik rasa serabut rasa nak marah. Buat kerja apa pon takkan fokus. Sehari sebelum tunang lagi teruk serabut dia sampai aku tinggikan suara kat mak aku. Sorry mama. Ada orang sekeliling aku yang rancang nak tunang, dan2 time tu laa duit sangkut, duit tak jalan, asyik bergaduh sampai kau fikir perlu ke aku ikat dengan dia kalau asyik bergaduh gini.

Selepas bertunang, tunang aku di uji dengan masalah kewangan. Kalau sebelum ni kalau kira2 memang cukup tapi sekarang nak simpan 1k sebulan pon susah. Ada je benda jadi. Kebetulan masa betul2 sebelum tunang dia masuk company baru. Company ni pulak tetiba cuma bagi advance. 500 200 300 tiap minggu. Tu pon minta baru dapat. Habis hutang tertunggak. Minyak claim jangan cakap. Memang tak boleh rolling dah. Dia cuba cari kerja lain tapi belum ada rezeki. So terpaksa laa still mencari. Haa masa ni aku di pulak di uji dengan rezeki yang mencurah. Bos naikkan pangkat aku. Bila naik pangkat pulak, duit makan semua ada so dalam seminggu 50 pon kadang tak habis guna sebab aku dapat ot sampai malam. So nak beli barang pon tak sempat.

Dapat laa save kat situ. Masa ni laa syaitan hasut aku supaya selalu fikir yang tunang aku tak dapat kumpul duit sebanyak aku. Tak cukup usaha ke ? Tak nak kawin ke ? Kenapa tak usaha macam orang lain ? Kenapa aku usaha lagi banyak ? Padahal hari2 dia kerja tak pernah miss buat kerja sungguh2. Aku tau cuma aku diwayang dengan hasil yang lebih dari dia. Masa ni laa aku nampak lelaki lain lagi berjaya dari dia sampai aku lupa macam mana dia limpahkan duit kat aku masa dia senang dulu. Astagfirullah sayang, sorry sebab pernah fikir macam tu.

Then, family. Ni salah satu punca pergaduhan antara aku dan tunang aku. Mak dia tak suka aku atas sebab2 tertentu. Kadang bila tunang aku sanggup jumpa aku jauh2 atau balik kampung aku, lagi mak dia fikir tunang aku lebihkan aku dari dia. Sorry tapi pernah 2 bulan period aku tak teratur sebab terlalu stress fikir pasal nak ambil hati mak dia. Tak tau kenapa hari2 dok pk2 pasal mak dia. Sampai masuk mimpi kadang2. Macam mana nak buat mak dia suka kat aku. Bagi aku mak tak restu hubungan ni satu benda besar bagi aku masa tu. Tapi lepas2 orang sekeliling nasihatkan aku, dorang cakap dia tak suka aku sebab dia belum kenal aku macam mana dan dia tak bagi peluang diri dia untuk kenal aku pon tapi banyakkan berdoa. Allah akan dengar.

Hati mak ni lembut. Doakan kebaikan dia tanpa henti. Insyaallah aku cuba faham dan aku selalu berdoa agar mak dia lembut hati untuk terima aku. Aamiin. Korang doakan aku jugak ok. Pasal family aku pulak dorang suka tanya bila sebenarnya majlis aku ni, jadi ke tak jadi sebab tau tunang aku belum cukup duit. Aku balik kampung 2 minggu sekali dan tiap kali aku balik tu laa kena tanya. Sampai aku rasa serabut gila taknak balik kampung dah sebab tak tau nak jawab macam mana. Orang sekeliling pon sama dok selalu tanya bila nak kawin bila nak kawin. Dorang tak tau apa yang kami rasa. Kalau rezeki dah ada memang awal2 aku dah bagi kad jemputan. Tekanan sangat.

Orang ketiga. Yang ni mainstream di antara yang paling mainstream. Masa ni laa ex gf tunang aku tak boleh nak move on. Lagi tunang aku tu jauh dari aku lagi laa dia dok melayan. Aku pon tak tau laa macam mana tetiba dia boleh duduk 1 area dengan tunang aku tu padahal dulu dia memang duduk jauh. Ye yang ni aku tak boleh salahkan dia sorang sebab istilah curang adalah dua2 tepuk amai2 sama2. Tapi kalau dah tau tunang orang tu, tak payah laa dok cari2 lagi. Dok buat status ayat2 simpati gambo2 hidung berdarah laa apa nak mintak concern tunang aku tu sangat. Bila tunang aku tanya kenapa haa bingo ! laa dia. Jadi keluar laa bersama2 berindu2 sayang2 pengen berdua2an dengan dirimu saja. Hanat betul perempuan macam ni. Bila kantoi maaf laa yang keluar.

Janji tak buat lagi. Apa lagi yang boleh cakapkan ? Tapi perempuan tu pulak boleh bangga cakap bukan dia yang cari tunang aku. Tunang aku yang cari dia. Dah kau melayan kenapa hanat ? Tapi alhamdullillah buat masa ni tunang aku tengah usaha untuk jaga hati sebab pjj ni susah weyh. Belum bila kau rasa bosan lagi. Dah biasa ade teman tetiba takde pulak. Tapi depends jugak kat diri sendiri samaada kau mampu tahan atau tak. So sekarang ni aku boleh cuma doa agar Allah jada hati tunang aku. Ingat, hati manusia ni berbolak balik sifatnya dan Allah saja yang mampu pegang. So berharap laa pada Allah bukan pada manusia. Kalau dia memang jodoh kau dia tetap akan jadi jodoh kau. Tak perlu takut kalau takda jodoh. Terang2 tu bukan yang terbaik untuk kau.

Nafsu. Tipu laa lelaki dan perempuan berduaan tak pernah diuji nafsunya bila korang berdua je ada. Kalau masa kau couple dulu syaitan dah tepuk tangan bila kau mula ringan2, bila kau tunang nafsu kau lagi bergelodak sebab dah tau kau terikat dengan tunang kau lagi melonjak2 dia. Maaf kat sini awal2 aku nak cakap mungkin tak semua orang diuji dengan nafsu sebab ikut ketebalan iman tapi kebanyakan orang yang terlanjur adalah orang yang dah bertunang. Betul ? Sebab ? Wallahualam.

Memang bertunang bukan tiket untuk kau pergi lagi jauh tapi nafsu kau akan diuji lagi kuat masa ni. Tapi serius benda ni memang jadi. Antara iman kau kuat atau tak je. Yang ni aku taknak hujah lebih2 sebab kang bukak aib pulak tapi alhamdullillah aku belum tersasar jauh lagi. Semoga Allah lindungi kami dan kamu. So kat sini, elakkan laa keluar berdua. Bawak laa sapa2 teman. Kau bukan baik, aku pon bukan baik tapi sama2 laa kita baiki diri.

Panas. Haha yang ni patutnya di tangga teratas. Aku pernah laa berangan yang kteorang punya happy ending boleh bertahan seminggu. Memang tak ye. Paling lama 3 hari sweet kami tu bertahan. Tu pon 2 hari setengah. Ada je benda aku atau dia nak marah. Benda kecik pon kami boleh bergaduh sampai besar sehari dua tak tegur. Drama nak baling cincin tu jangan cakap laa berapa kali kena baling. Berapa kali bukak berapa kali pakai semula haha. Ego masing2 tinggi melangit. Tunang aku ni masa couple dulu jenis yang tak suka gaduh meleret tau.

Boleh habis situ habis situ tapi sejak tunang ni, dia boleh bia je larut sampai berhari2. Kadang sampai rasa benci, bosan, meluat pon ada. Masa ni laa aku rasa dia abaikan aku. Tak bagi perhatian kat aku. Dia ws tetiba rasa menyampah yang amat padahal semalam elok je. Allahu sabar je laa. Aku pernah dulu tengok membe aku tunang jadi gini. Sikit2 marah sikit2 benci tengok muka dia. Aku fikir dia mengada. Tapi betul rasanya. Ada satu masa aku akan tetiba rasa macam tu. Panas je dengan dia padahal dia tak salah apa pon. Kat sini laa kau kena belajar erti sabar. Kalau marah diam.

Jangan melenting sebab kau akan menyesal dengan apa yang kau cakap. Lagi satu, kalau kau rasa kau salah kau minta maaf laa. Ego tinggi2 nak gi mana ? Dan belajar memaafkan. Lagi satu, benda seminggu dua lepas kalau boleh jangan laa diungkit sebab ni boleh jadi sebab bergaduh dan jangan sesekali keluarkan ayat untuk putus. Ayat tu ayat keramat dan mungkin boleh jadi doa. Gaduh macam mana pon ambil masa cool down. Serius aku cakap tiap kali gaduh dalam kepala aku cuma nak putus je timbul tapi fikir laa semula detik2 indah kau dengan dia. Eceh. Dah melangkah jauh sayang laa putus sebab ego memasingkan. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Lastly, rasa berbolak balik. Ye rasa betul ke pilihan aku ni ? Betul ke aku nak kawin dengan dia ? Betul ke dia boleh bahagiakan aku ? Betul ke dia akan jaga aku nanti ? Boleh ke kami bahagia ? Betul ke dia yang terbaik untuk aku ? Kadang aku rasa aku tak habis enjoy. Aku rasa dia belum mampu bertanggungjwab. Ye rasa tu laa. Betul ke tak ? Boleh ke tak ? Kau akan selalu terfikir sebab2 berkaitan di atas ni. Kau bergaduh dan kau serabut. Kau mesti akan terfikir punye percaya laa. Lagi2 bila kau baca atau dengar pasal orang bercerai berai.

Lagi rasa takut nak teruskan. Macam aku cakap, hati manusia ni berbolak balik. Kau bahagia kau suka kau sedih kau memberontak. Kau takkan boleh control walau hati kau sendiri. Pada ni pandangan aku dan ape yang aku buat, selalu berdoa kalau betul dia memang untuk aku maka Allah tolong jaga hati aku dan hati tunang aku untuk aku. Jagakan pandangannya dan katanya. Dan doakan juga semua satu hari nanti hubungan ni akan dipermudahkan. Percaya atau tak semua dugaan ni akan buat kau fikir sama ada ini dugaan atau petunjuk. So banyakkan berdoa minta pada Allah dan percaya laa lepas tu aku akan tenang. So boleh ws tunang aku semula gi minta maaf kalau gaduh. Minta maaf ni mulia gais kalau kau redha. Kau akan tenang.

So penutup kata (haha ngada2kan) Allah akan bagi hujan sebelum datangnya pelangi. Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita dan kalau mungkin takde jodoh nanti, ingat ok, Allah akan ganti lagi baik. Ye tau sakit tapi gi bace balik ayat pasal pelangi aku tadi. DAN kalau jodoh takkan kemana. Jangan risau. Kena sondol pon akan balik kat kau jugak. Doa banyak2 agar hati kau dengan dia kuat untuk menempuh segala dugaan yang datang. Macam aku cakap dugaan bertunang ni bukan biase2. Orang yang kuat je mampu tempuh.

Tapi nak ingatkan jugak dugaan berkahwin pon kuat jugak cuma masa tu kau dah halal. Tu cerita lain sebab aku pon tak kawin lagi. Aku doakan agar aku dan kamu2 yang nak halalkan hubungan korang tu agar dipermudahkan sampai kawin nanti sampai syurga pulak. Aamiin. Doakan aku dan dia kuat jugak gais. Pada yang ada rezeki lebih kalau boleh kawin2 je laa terus. Kalau nak tunang jugak tak perlu laa lama2, jiwa kacau nanti. Kalau tak cukup duit jugak ?

Benda baik Allah akan tolong. Yakin dan bersangka baik dengan Allah. Assalamualaikum :)

– Cik Darah Manis

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *