Kenapa Tidak Beli Rumah?

Sejak akhir-akhir ini, aku sedih melihat serangan netizen terhadap mereka yang membeli rumah lebih dari satu rumah. Melayu sama Melayu pun nak berhasad dengki. Padahal orang Bangladesh pun ramai beli rumah di Malaysia menerusi program Malaysia my second home, diorang kata rumah di Malaysia murah, ada yang beli 3-4 buah rumah dan sewakan. Sekarang dah strict, foreigner boleh beli rumah harga satu juta ringgit ke atas je. Kesian diorang, kalau tak balun lagi banyak rumah.

Actually, normal je sorang membeli 4-5 buah rumah. Bagi aku, pelabur hartanah sebenar ialah mereka yang membeli lebih dari 5 buah rumah. Mereka yang membeli 5 buah rumah dan ke bawah hanyalah pembeli rumah, bukannya pelabur. Ni definisi aku la.

Ada puluhan ribu rumah yang tak terjual di Malaysia, hampir RM30 billion anggaran nilai hartanah-hartanah berkenaan. Sampai menteri pun pening. Bumiputera pula hanya memiliki 35% hartanah walaupun 65% daripada populasi. So, sekarang, rumah tak cukup atau orang tak nak beli ? Nanti mesti ada yang cakap, kapitalis hartanah rembat rumah harga RM100K, RM150K lepas tu menyebabkan harga rumah makin naik.

Halo brader, harga rumah bukan semua naik, ada harga rumah yang naik, ada yang turun. Rumah RM500K pun berlambak dilelong RM200K. Ini dipanggil belon sudah pecah ! Satu lagi, pelabur hartanah diorang beli rumah mass market (range harga RM300K-RM600K), memalukan jika pelabur hartanah beli low cost, low cost ada sekatan tak boleh jual selama 5 tahun.

Konsep pelaburan hartanah ni simple je. Kita beli pada harga yang betul. Tak kira hartanah lelong ke, subsale atau undercons. Kita untung semasa membeli. Jangan risau, kita akan sentiasa untung sebab ada yang jenis tunggu harga rumah naik baru nak beli. Kita beli masa murah. Haha. Untuk belajar beli rumah ni, banyak kelas dan seminar yang disediakan oleh sifu – sifu hartanah, berlambak kat facebook.

Pakar subsale ada, pakar lelong ada, pakar undercons ada, pakar forensik kewangan ada. Macam-macam ada, sama ada kita nak atau tak nak je. Gaji RM3K pun ada beli 15 buah rumah setahun sebab pandai. Kalau taknak berusaha, baik diam je daripada mengata orang. Kau tak nak beli rumah, jangan sindir orang yang beli rumah banyak2. High risk, high return, simple.

Orang kita mudah merungut, bila tengok rumah 300K, terus kata mahal, padahal dia tak tahu keadaan rumah tu, apa jenis facilities, market value kawasan tu, kawasan tu tier berapa. Tengok harga terus kata mahal. Actually kalau nak cari rumah lelong harga RM30K pun ada kalau nak, kalau nak la rumah tu.

Orang kita suka cakap dari buat, suka komplen daripada bertindak. Lihatlah rumah subsidi yang disediakan oleh kerajaan, rumah selangorku, rumawip, prima, ppr dan sebagainya, ratusan ribu tak terjual. Selangorku ada rumah semurah RM42 ribu untuk golongan B40. Rumah undercons berharga RM42K, mana nak cari ? Tapi tulah, orang kita nak rumah landed boleh kaki ke KLCC, harga RM50K, itu baru harga berpatutan bagi diorang. Sebab itulah kena tipu je dengan scammer macam Boy Iman.

Aku bukanlah nak suruh korang beli beratus-ratus buah rumah. Hanya beli satu je rumah sendiri untuk didiami. Bukan suruh beli rumah pelaburan, salah beli kang rugi pulak, naya. Apapun, berterima kasihlah kepada kapitalis-kapitalis hartanah, kalau tak kerana diorang korang semua yang takde rumah ni nak menyewa kat mana?

Aku mewakili golongan kapitalis mengucapkan terima kasih kepada penyewa2 kerana rental agreement tu boleh digunakan sebagai support document untuk kami tambah lagi rumah. Duit sewaan anda yang positive cashflow lepas tolak instalment boleh kami gunakan untuk beli kereta bmw, melancong, beli iphone dan sebagainya. Terima kasih.

Siapa suruh anda tak beli rumah. Orang Bangladesh pun beli rumah. Sebab diorang tak beralasan tunggu harga rumah jatuh, baru nak beli rumah. Huhu.

Sekian.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *