2 Minggu Mencari Kerja

Hai. Perkenalkan nama aku Maisarah, berumur awal 30’s dan masih single pringle. To cut straight to the point, aku nak cerita macam mana aku tiba-tiba hilang kerja, menganggur dan kembali bekerja, all in a matter of two weeks.

Untuk pengetahuan semua, aku bekerja sebagai marketing executive and Ive been working for six years. Gaji bulanan aku hampir 5K tiap tiap bulan. Mungkin ada kata banyak, dan mungkin juga kata okaylah amount tu. Pada aku yang single, amount itu memang selesa. Dan kerana kelesaan itu, aku dengan beraninya beli sebuah rumah. So, kesudahannya walaupun gaji 5K, lepas bayar loan rumah, PTPTN, instalment kereta, insuran and other expenses, sebenarnya bulan bulan aku cukup cukup makan saja.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tak perlu cerita banyak lah, tapi main point nye aku diminta untuk berhenti kerja oleh employer aku atas alasan prestasi kerja aku tak setinggi co-worker aku. Bila difikirkan balik, aku sepatutnya berhak untuk ke labour office dan argue, tapi mungkin at the time aku terlalu terkejut. Tahu – tahu aku dah unemployed.

Jadi, aku pun sandanglah gelaran keramat itu. Penganggur. Aku pace up and down rumah aku yang baru dibeli dengan mahalnya. Sumpah, aku tak ada savings sangat pun. Semua dah habis bila aku furnish rumah aku ni. Malam tu aku beristighfar panjang – panjang, buka laptop dan mula apply kerja.

Medium utama aku adalah Jobstreet. The first step is, untuk yang dah ada work experience is to kemaskini resume. Aku berkecimpung dalam marketing and advertising. Jadi dalam resume, aku perincikan job scope yang aku buat di syarikat yang lama. Aku tulis daily task dan special ad-hoc tasks yang pernah aku buat. Aku goreng marketing campaigns yang aku pernah handle, serta rate of success campaign tu.

Another (simpler but malas) way adalah untuk google job description jawatan kau pernah pegang, contohnya Marketing Executive. Then, copy paste job description yang Google list-kan ke dalam resume kau. Ubah, perasakan dan gaul hingga sebati.

Another tip adalah untuk SENTIASA isi ‘short elevator pitch’ yang Jobstreet suruh isi when you apply for a vacancy. Yang kurang dari 300 characters tu. Sila isi part ni, jangan malas! Ramai employers see this as your extra effort untuk dapatkan kerja yang ditawarkan. Aku perasan yang semua interview yang panggil aku, semua yang aku isi elevator pitch tu. Contoh pitch yang boleh guna adalah:

‘Six years worth of experience in marketing and team managerial role as well as handling MNC clients in B2B relations. Capable of handling multiple marketing campaigns at one time with proven success rate. Able to start work immediately’

Kalau kau apply through Jobstreet website, alert pada job yang processing time. Kalau kau perlukan kerja segera, cari company yang nak fill position urgently and processing time ‘fast’ atau 3 days macam tu.

Step step seterusnya bila dah dapat interview tu, aku rasa ramai dah tahu. Dressing kena kemas, percakapan teratur dan jangan gelabah bila kau find out kau kena group interview dan sebagainya.

Dan, Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu lebih aku dijemput untuk ke 10 different interviews dan ditawarkan 4 positions in 3 different companies. Rupanya ada silver lining kejadian kehilangan kerja tu. Aku ditawarkan position di company yang aku memang pernah aim suatu ketika dahulu.

Alhamdulillah, mudah je perjalanan aku untuk kembali dapat kerja. Dalam tampak tenang geloranya ada jugak guys, dalam masa 2 minggu tu aku apply kerja macam orang gila. Aku luaskan perimeter filter dalam Jobstreet. I must’ve applied beratus different positions.

Kini cerita ini dah berlalu setahun lepas dan aku jugak mula berjimat dan menabung dengan konsisten. Karang takut jobless lagi takde lah rasa macam ayam putus kepala paniknya. Dan aku found out, sekarang rupanya company lama aku tu dah selamat gulung tikar.

Aku ucapkan good luck bagi jobseekers! Minta mak korang doakan, InsyaAllah rezeki itu ada.

– Maisarah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *