Bahagiakah?

Bahagia. Ya, setiap wanita yang berkahwin pasti inginkan kebahagiaan berkekalan begitu juga aku. Lelaki pilihanku adalah teman sekolahku. Bermula apabila dia meluahkan perasaan padaku ketika aku berada di tingkatan 4. Aku pernah terluka dan dia yang merawat hati ini. 4thn untuk aku terima dia, sehingga kami sama2 smbung belajar, sehingga sama2 dpt kerja. Dan kami berkahwin ketika umur kami 23.

2thn yang lalu. Bahagia yang aku impikan hanya sementara apabila di saat aku mengandung, dia meluahkan rasa, menyatakn dia mnyukai wanita lain. Ketika itu aku dapat mengagak siapakah wanita itu kerana setiap kli pertemuan kami, dia akan bercerita tentang kawan2, kami suami isteri tiada rahsia. Oh lupa, kami merupakan pasangan pjj(perkahwinan jarak jauh). Ya, untuk pertama kali, pd malam itu, mesej itu membuat hatiku tersentak, menangisku berendam air mata sepanjang malam hingga tertidur. Orang yang aku sayangi, yang aku percayai sepenuh hatiku kini berpaling kasih. Dia memohon maaf kerana dia juga tidak pasti kenapa perasaan itu wujud.

Pada hari kedua selepas itu, aku dikejarkan ke hospital kerana hypo(aku tidak makan sehari sebelumnya membuatkan aku pitam di tempat kerja). Maafkan mama sayang, mama lupa, mama sedang mengandungkan anak pertama mama, inilah kekuatan mama di saat mama jatuh tersungkur kerana papa. Setelah kejadian itu, suami datang mengambilku di hospital dan aku bercuti lebih awal dari yang dirancang. Suami, dia masih suami yang dulu, melayaniku tanpa kurang. Tetap seorg yang sentiasa bercakap banyak, mengambil berat, bergurau mesra. Tapi hati aku tetap rasa dihiris sembilu walaupn layanannya xpernah kurang untukku.

Pulangku ke kampung hanya menambah derita. Ya, derita kerana aku terbaca mesej sayangnya bersama wanita itu, deritaku saat aku tahu mereka keluar makan bersama dan hatiku bertambah hancur apabila melihat sekeping foto bermesraan tanpa sedikit rasa bersalah. Ya Allah aku tidak kuat untuk ujian ini di saat lafaz akad terucap, aku menyerahkan seluruh hati ini, seluruh hidup ini hanya untuk dia. Saat itu, dia selalu mengikut setiap keinginanku walaupun aku tahu kadangkala dia penat melayaniku. Tapi hati aku sudah tidak seperti dulu, kerana hatinya bukan untukku lagi.

Dia masih lagi bercerita tentang wanita itu tanpa memikirkan perasaanku, seperti aku sahabatnya. Mungkin kerana perkenalan kami bermula sebagai kawan sebab itu dia selesa meluahkn segala2nya pada ku. Ya, aku masih mampu melayaninya dengan baik, tapi hati ini terseksa, menangisku setiap malam apabila henfon sentiasa di tangannya. Dia perlahan2 berubah, sudah tidak bercerita lagi padaku kerana aku akan buat perangai, kadang2 moody, kadang2 ok, kadang2 aku jd pendiam dan dia tak menyukai semua itu.

Satu kejadian di mana smuanya berubah drastik. Apabila keluarga wanita tersebut datang ke rumah untuk bertanya apakah hubungan suamiku dengan adik mereka. Ketika itu aku telah bersalin, masih dalam pantang dan aku mengetahui mereka masih meneruskn hubungan itu. Sejak itu, keluarga suami sekeras2nya menentang kputusan mereka berkahwin kerana perempuan itu juga adalah tunangan orang. Disebabkan tekanan yang diterima oleh suami, dan dia menganggap semuanya adalah salahku kerana aku tidak menyediakan makan minumnya, aku degil, aku abaikan dia sedangkan wanita itu sentiasa bawa makanan untuk dia, sentiasa buatkan dia happy, sentiasa ada untuk dia kerana mereka rakan sekerja. Dia tertekan apabila aku juga tidak bersetuju untuk dia berkahwin. Dalam diam aku mengetahui mereka masih berhubungan.

Kami? Hubungan kami pula semakin hambar, tiada kata2 sayang, tiada peluk mesra, tp stiap kali balik kerja, tetap ada buah tangan, sesekali mngajakku keluar selepas aku habis berpantang. Xlama lagi aku mula bekerja kembali. Pergaduhan berlaku lagi apabila aku membuat keputusan untuk tinggalkn anak ini bersamanya, supaya dia xkan bersenang2 dengan perempuan itu walaupn aku xmampu menghalang mereka bertemu di tempat kerja. Dia sangat marahkan aku sehingga kami bergaduh besar, naikkan suara antara 1 sama lain, hingga hilang perasaan hormat, hilang perasaan sayang apabila marah memuncak.

Aku sendirian menuju ke ibu kota. Pergiku dengan seribu luka. Pergiku dengan hati yang terlalu parah, hati yang hancur sehancurnya. Hari berlalu hari, bulan berlalu bulan. Hubungan kami ibarat sahabat, bertegur sapa, bergurau2, tapi tiada special ‘thing’ seperti suami isteri. Tiada peluk mesra, tiada kata2 indah. Hanya anak pengikat kami. Ank jugalah sebagai penghiburku di saat aku sedih. Dan apabila aku pulang ke ibu kota sendirian, sepertinya tiada suami, dia langsung tidak bertanya kabar, 3, 4 hari bru dapat vdio call dgn ank sekali. Aku pulang ke kampung untuk melihat anak seminggu sekali, kdg kala 2minggu sekali. Apabila aku pulang ke kampung, dia melayaniku dengan baik.

Setiaku sudah tidak seperti dulu. Aku pergi ke selatan, utara berjumpa kwn perempuan sendirian tanpa memberitahunya. Aku juga berkawan kembali dgn kawan2 lelakiku dengan harapan dapat mengubat hati ini, tapi sedikitpun hati ini xjatuh hati pada yang lain. Dan aku juga dapat tahu dia pernah bercuti dengan perempuan itu. Kali ini lebih teruk apabila gambar berpelukan yang aku jumpai, dia juga sudah pandai menipu. Allah yang maha besar, sentiasa ada denganku, sentiasa memudahkan urusanku dan sentiasa menunjukkan sesuatu padaku. Tiap kali suami buat perkara bukan2, pasti Allah hadirkan ‘instinct’. Jangan main2 dengan naluri seorang isteri.

Aku sudah tidak mampu meneruskan hubungan dengan lelaki ini kerana kami telah jauh dr tanggungjawab suami isteri, kami terikat hanya kerana ank. Dia menjaga ank dengan sangat baik, keperluan ank semua dia sediakn. Ada ketika bila mana aku muhasabah diri, aku nampak dia makin berubah, lebih menjaga hatiku, tiap kli aku balik, tiap kali juga dia akn bawa aku jalan2 bersama anak. Ya, aku juga melayaninya seperti dulu kembali walaupun dia buat2 biasa bila aku cuba peluk dia, aku cuba menyatakan sayang dan cinta padanya. Pedih hati ini kerana semuanya tidak terbalas, aku berpura2 happy go lucky seperti dulu. Di saat dia sakit, aku terus pulang ke kampung untuk menjaganya dan juga anak. Sebenarnya aku penat, hatiku telah keras tapi aku masih berusaha menyelamatkan perkahwinan kami.

Tapi tiap kali aku berbaik dengannya, aku telah okay dengannya walaupn sebagai kawan, pasti ada sesuatu yang membuatkan kami bergaduh, semuanya dari perempuan itu. Di saat dia cuti dan berada di rumah denganku, dapat call masuk drpd prmpuan itu. Katanya krn urusan kerja. Kami bergaduh teruk kerana dia tak izinkn aku mengangkat panggilan itu sehinggakan dia menangis depan ibunya dan menyatakan aku sudah tidak mempercayai dirinya, aku pula hanya diam seribu bahasa, tiada air mata untuknya. Bagaimana aku ingin berikan kepercayaanku sedangkan tiap kali aku pulang, pasti ada cerita tentang perempuan itu.

Sehingga satu saat aku berbincang dan aku ingin berpisah dengannya. Dia mnta aku pergi sendirian dan jika dia terima surat cerai itu, dia akn ke mahkamah. Tapi aku xmampu buat semua itu kerana aku masih menjaga aibnya dengan keluargaku mahupun keluarganya. Pada dasarnya semua orang nampak aku bahagia, nampak aku dan dia tidak bergaduh tapi hati kami seperti ada tembok antara satu sama lain, hidup kami sekadar kawan, bergurau juga seperti kawan walaupn nafkah ank dan duit belanja untukku tetap dihulur setiap bulan. Kadangkala aku meluahkan rasa padanya bila kami tidak jalankan tanggungjawab sbg suami istri, takut Allah murka.

Walaupun hatiku masih kecewa dengan sikapnya, aku tetap melayaninya dengan baik, hanya 1 di hatiku ‘apa yang aku buat ini kerana Allah’. Aku sudah tidak ambil tahu antara dia dengan perempuan itu, pulangku ke kampung melayaninya seperti dulu, seperti yang dia inginkan walaupn sebagai kawan. Sehinggalah satu saat, aku mengadu kpd Allah. ‘Ya Allah seandainya aku isteri yang dizalimi, engkau berilah balasan kepada suamiku. Aku sudah tidak mampu menjaganya lagi, engkau tunjukkanlah padaku kebenarannya. Sesungguhnya aku redha dengan apa yang engkau takdirkan untukku, berikanlah yang terbaik untuk kami ya Allah, amin’. Doa berulang2 setiap waktu.

Tidak lama selepas itu Allah takdirkan suamiku excident, cedera parah, kecederaan teruk di kepala dan bertarung nyawa di icu. Allah masih lagi bagi peluang untuk dia menjadi hamba yang soleh walaupun dia sudah tidak seperti dulu. Dia hilang ingatan, hilang upaya. Aku? Pulang tergesa2 krn dia. Segala yang terjadi sebelum ini juga aku telah memberitahu keluarganya dan juga keluargaku. Bayangkan aku menjaga org yang mengkianati cinta aku. Di saat dia dirawat di icu, aku sudah tidak mampu mengalirkn air mata kerana aku redha seredha2nya. Ramai kwn2 dia, kwn2 kami waktu sekolah melawatnya kerana dia seorang yang ramah, suka membantu. Kdgkala bila aku teringat kenangan pahit, aku akan keluar sekejap dr hospital, tinggalkn dia, supaya aku lebih tenang.

Apabila aku sudah tenang, betulkan niat kerana Allah barulah aku boleh menjaganya dengan perasaan gembira. Ya, bila engkau letakkan Allah yang pertama, bila engkau betulkn niat kau, Allah akan bantu, Allah akan berikan apa yang engkau pinta walaupn kadangkala dalam bentuk yang berlainan,  kdgkala masa yang tidak terjangka. Bila engkau letakkan Allah yang pertama, kau xkn rasa kecewa. Kerana itu aku mampu menjaganya dengan baik, Allah beri aku perasaan bahagia walaupun banyak cerita kecewaku bersamanya dan sehingga kini aku masih menjaganya, aku masih menjaga anak kami.

Doaku untuk berada dekat dengan anak Allah makbulkan apabila aku dapat bertukar tempat kerja dekat dengan rumah. Alhamdulillah Allah maha mendengar doa hamba2nya. Allah mengambil sesuatu dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dia? Masih terlantar, baru sedar dari koma, dan masih tidak mampu bercakap. Dia kelihatan struggle untuk sedar, untuk bangun. Dia juga tidak seperti dulu(sentiasa kemas), keadaannya seperti orang yang tidak tahu apa2. Dia perlu dijaga sepenuhnya seperti kanak2. Kadangkala rasa kesian padanya, aku sendiri xsangka sebesar itu kifarah Allah padanya. Syukur, aku dibantu oleh keluarganya.

Aku xpasti apakah dia masih ingat semua itu. Kadangkala aku ingin dia ingat semuanya supaya kifarah Allah ini menjadi pengajaran untuknya, untuk semua org di sekelilingnya. Perempuan itu? Dipanggil oleh pihak atasan krn aku pernah membuat aduan pihak ke 3. Dan aku dapat tahu sehingga sekarang perempuan itu masih menunggunya tetapi perempuan itu tidak berani dan tidak mampu berbuat apa2. Sekarang aku tidak kisah seandainya mereka nak kahwin, aku akan undur diri.

Aku? Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, walaupun aku sangat2 struggle pada awalnya, apabila terpaksa sendirian membeli barang2 anak, terpaksa ke hulu ke hilir untuk membeli keperluannya juga, menjaganya, berjaga malam untuknya dan juga anak. Sekarang aku bahagikan masa untuk menjaganya, dan pd hujung minggu aku pulang ke rumah keluargaku kerana keluargakulah yang sentiasa ada untukku di saat dia menjauh. Apabila aku tiada(anak sentiasa denganku), keluarganya yang akan uruskan dia. Aku bersyukur, Allah berikan aku keluarga yang baik, kawan2 yang baik dan saudara2 yang baik. Kawan2nya juga sudah menjadi sebahagian kawan2ku. Ya Allah aku bahagia dapat menjaga anakku, aku bahagia dengan keluarga aku sekarang. Focusku hanya kerja dan juga keluarga kami. Aku ingin dia sihat kembali seperti dulu. Doaku, solat hajatku untuknya tetap aku teruskan sehingga kini.

Apakah pengakiran kisahku,  aku juga tidak tahu sama ada jodohku masih dengannya, atau tidak selepas ini dan aku sudah tidak bergantung hati ini padanya seperti dulu. Aku telah berjanji pada keluarganya seandainya aku ingin berpisah, aku akn pastikan dia mampu uruskn dirinya. Keputusan smuanya di tanganku. Doakan aku kuat untuk menjalankn tgjwbku sbg seorg hamba Allah, ank, ibu dan juga isteri, segala2nya tergalas di bahuku. Moga Allah hadiahkn kebahagiaan dan kejayaan untukku, untuk kita semua, aamin.

Satu pesanan dariku, letakkan Allah yang pertama di hati dan kau takkan rasa kecewa, carilah kebahagiaan yang hakiki dan sentiasa bersangka baik dengan Allah sesungguhnya dia maha mengetahui maha mendengar luahan hamba2nya dan dia pasti memberikan yang terbaik untuk kita.

– Syasya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *