Assalamualaikum wbt. & hi semua!
Sebelum kita jumpa matahari ada muka baby tu, serba sedikit tentang diri saya. Saya, Cikgu N, seorang guru yang baru je pindah ke sebuah sekolah menengah. Maaf sangat kalau ayat skema, biasalah cikgu baru yang memang skema macam ni lah. Hehe. Sekolah saya sekolah harian biasa & campur lelaki perempuan. Mixed school. I have no issue with that sebab praktikal tahun lepas pun dekat sekolah campur.
Masuk-masuk je saya diarahkan untuk mengajar students lower form which is sesi petang. Even though I am a morning person & sangat suka sesi pagi, saya akur dengan arahan pihak atasan. Ke petang lah kita. Usually sekolah petang ni pelajar form 1 & form 2. I used to teach lower form students so at least fun tu ada and I really love to teach them. Ye lah, budak-budak ni adorable sangat tau! #penyakitgurubaru #sabarjelah!
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Bila dah selesa dengan sesi petang, saya kenal dengan seorang pelajar. Kita panggil dia “Z” je lah k? Dalam banyak-banyak pelajar, I really appreciate semua Z buat. Walaupun sekolah saya ni band berapa sangat pun, tapi Z sanggup kejar kereta saya sebab nak angkat bag saya macam sekolah SBP pulak pelajar treat kita macam ni.
Lupa nak cakap, Z ni pelajar lelaki form 1. Tinggi tapi masih nampak muka budak & kecomelan masih terserlah. Z selalu lah dapat Anugerah Sahsiah Terbaik bila guru key-in online apa-apa yang student buat. Jangan main-main, sekarang semua guru rekod. Masalah disiplin pun rekod, sahsiah terpuji pun rekod. Selalunya, pelajar lelaki ni memang nakal sangat. Walaupun tak semua tapi majoriti jugak lah pelajar sekolah saya tu nakal-nakal. Setakat pelajar angkat meja kerusi nak baling dekat cikgu tu perkara biasa. Yang angkat bag ni luar biasa. Sangat luar biasa. Itulah Z.
One day, Z tunjuk dalam bag dia ada banyak CD. Saya pun belek-belek lah tengok kenapa banyak sangat CD. Z cakap dia kerja part time. Katanya kerja tu dapat RM30/hari untuk lekat title filem tu. Saya terdiam. Setahu saya Z ni tak termasuk dalam senarai kebajikan sekolah. Maksudnya, keluarga masih ok-ok. Tapi saya fikir maybe perlu duit tambahan. Sekarang ni sekolah ada banyak aktiviti yang perlu duit tambahan daripada pelajar dan kadang kala ibu bapa datang mengadu sebab membebankan. Mungkin sebab itu Z kerja part time.
The next day, saya nampak sesi jual beli Z dengan pelajar sekolah. Saya perlu tegur perkara ini. Saya risau ibu bapa complain atau guru-guru lain tidak selesa dengan tindakan Z, jadi saya stepped out untuk tegur Z. Saya tahu Z pelajar yang baik, jadi saya tanya dulu CD apa tu. Z cakap CD cerita Teletubbies. Allah seriouslah budak sekarang masih tengok Teletubbies? Itu zaman cikgu tu. Hehe. Z cakap kawan-kawan memang suka cerita tu. Jadi saya dengan niat membantu Z cakap stop jual dengan kawan-kawan & jual dekat cikgu. Z sangat teragak-agak. Terus diam. Pelik jugak lah sebab pelajar ringan mulut seperti Z diam. Z cakap tak boleh then terus balik kelas. Terkejut saya, nasib baik tak ramai guru di bilik guru. Jadi, saya assume Z sembunyi something dari saya.
Saya ambil initiatif untuk relief/ganti kelas Z sebab saya bukan guru kelas/mata pelajaran Z. Saya masuk sahaja, terus saya cakap kita akan buat spotcheck (saya guru disiplin sesi petang). Sememangnya saya ada buat pengumuman ada spotcheck seluruh sekolah sebab saya dapat aduan pelajar bawa handphone ke sekolah. Saya jumpa banyak CD Teletubbies dalam beg Z dan saya rampas semuanya. Walaupun Z sangat berkeras tapi saya lebih berkeras dan tinggikan suara sedikit. Dan saya juga jumpa CD yang sama dalam beg kawan-kawannya. Saya bawa semua CD tersebut ke Bilik Disiplin. Naluri guru saya mengatakan ada yang tak kena dengan Z.
Once saya pasang je CD Teletubbies yang saya rampas dari beg Z, saya rasa nak menangis. Allahu. Apa ni? Yang dipaparkan oleh laptop saya ialah video porno dewasa yang menjijikkan. Saya terus tutup laptop saya. Saya menangis. Banyak persoalan dalam fikiran saya. Apakah sebabnya? Di manakah silapnya? Gagalnya saya. Gagalnya saya sebagai guru….
Saya kuatkan diri untuk lihat semua CD yang saya rampas. Seperti yang saya dapat agak terpampang video porno berlainan bangsa, situasi dan umur. Takutnya saya secara peribadi. Z merupakan pelajar tingkatan 1. Bukan pelajar pra-universiti mahupun mahasiswa universiti. Malah baru beberapa bulan masuk ke sekolah menengah. Masih mentah. Benarlah, don’t judge a book by it’s cover. Saya silap merasakan pelajar ini comel-comel dan masih budak-budak.
Saya panggil Z ke Bilik Disiplin. Saya tanya secara terperinci semua yang saya nak tahu. Semuanya. Z diam. Tengok saya pun taknak. 10, 20, 30 minit berlalu. Mungkin Z baru ada kekuatan dan cakap yang dia bukan seperti yang saya sangka. Saya tanya lah apa maksud dia. Z cakap macam tu lah. Saya tak dapat memujuk Z. Z paksa saya untuk tutup kes. Saya marah Z. Saya cakap isu ni bukan isu kecil. Saya rasa macam saya jumpa pelajar yang lain. Ye macam Z cakap, pelajar di depan saya ni tak seperi yang saya sangka. Z seperti orang lain.
Saya serahkan kes Z kepada guru senior saya untuk tindakan lanjut pada hari yang sama. Semua guru memang kaget. Semua guru kenal Z dan tahu Z sememangnya pelajar yang baik. Ibu bapa Z dipanggil. Kaunselor mula memikirkan slot untuk Z. Spotcheck satu sekolah dilakukan. Semua CD Teletubbies dirampas. Mesyuarat PIBG terus dirancang diadakan minggu yang sama. Ramai ibu bapa anxious dan marah dengan isu inj dan takut jika anak mereka terpengaruh dengan Z. Isu ini menjadi lebih besar dan besar. Pertama kali saya experience this kind of situation and issue.
Hari perbicaraan Z. Siapa Z? Saya ingat saya seorang guru yang mengenali pelajarnya tetapi saya gagal. I’m way too far in knowing my students. Parents Z mengaku yang mereka gemar menonton filem porno di rumah. Mereka cakap mereka yakin mereka hanya tonton filem tersebut selepas Z tidur. Actually Z watched it all the time sampai addicted. Sebab tu Z cuba google dan jumpa cara nak men download video porno tersebut.
Dan bermulalah episod Z mengajak rakan-rakan untuk menonton video porno dirumahnya. Dan perkara ini diam-diam tersebar ke seluruh sekolah. Z mula menjual CD porno ini kepada rakan-rakannya. Z rapat dengan saya dengan harapan saya dapat back up Z disebabkan saya seorang guru disiplin dan guru baharu. Z juga cuba tutup wajah sebenarnya dengan topeng sahsiah terbaik di sekolah.
Ramai guru menangis. Bukan hal yang mengejutkan. Z seorang pelajar yang baik. Z dibuang sekolah pada umur 13 tahun. Pihak pentadbir takut perkara ini akan mempengaruhi lebih ramai pelajar dan lebih ramai ibu bapa yang akan lodge complaints kepada sekolah. Oleh itu, Z dijatuhkan hukuman buang sekolah. Ramai guru petang merasakan diri kami gagal terutamanya saya. Gagal mendidik anak murid kami. Gagal mengenal pelajar kami.
Guru, kenalilah pelajar kita. Saya risau lebih ramai pelajar seperti Z diluar sana. Mereka perlu diberitahu apa yang betul dan apa yang salah.
Guru. Tugasnya bukan sahaja mendidik anak bangsa malah untuk memacu perubahan mereka.
Guru yang gagal,
– Cikgu N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit