Aku Punya ‘Suami’ Sementara

Ahoyy semua! Tajuk nak kontroversi je kan? Sempena musim konvo ni, sis mila nak share tips bagaimana kalau suami korang sambung belajar secara full time. Ada yang geng tak? Sep sikit. Anda stress? Kami sudah berjaya melalui fasa tersebut.

Bila suami sambung full time study ni, sis sebagai wife terpaksa menggalas tanggungjawab menanggung keluarga buat sementara waktu. Memang diakui mana-mana pasangan mesti berbelah bahagi terutama kita si isteri. Sis dah boleh tarik nafas lega bila suami mula kerja sebelum dia konvo.

1. Kewangan

Haa..ini isu paling besar sebab sudah ada komitmen. Luckily, komitmen wajib kami kereta sebiji sahaja RM600. Kritikal bila suami sambung belajar time tu sambut anak sulung. Selamat berkonvo dengan anak kedua sbg penutup. Belanjawan memang mencabar keimanan. Sis list siap2 apa belanja nak kena ada tiap bulan,target siap2 simpanan macam mana. Untuk info juga, walau suami belajar kami masih ambil insurans utk keluarga (penting sebab in case jadi apa2). Insurans anak suami usahakan cari dana dengan kerja freelance.

Kami cut cost sewa rumah dgn duduk di rumah parents&parents in law. Gaji bersih sis tak sampai 3k. Alhamdulillah masih survive. Hutang ptptn pun tak pernah missed bayar. Hari-hari suami akan hantar sis pergi kerja, kemudian ke universiti&ambil sis waktu balik naik motor. Almost everyday juga kami laki bini makan bekal yang dimasak pagi-pagi. Jadi, yang belum berkahwin & belum beranak lagi, tiada alasan untuk anda tidak boleh survive dekat KL. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pilih keperluan atau kehendak.

2. Keluarga

Biasalah. Bila ketua keluarga tak bekerja keluarga risau & bising. Tugas korang nak diamkan mulut kerisauan ibubapa terutamanya. Kalau boleh tiap bulan hulur sikit juga duit dapur ke elektrik ke. Melainkan kalau parents senang&tak kisah alhamdulillah. Support husband korang selalu sbb waktu ni waktu dia tengah down. Tekanan memang ada,rasa nak give up pun ada. Ingat Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapi.

3. Anak

Bab anak ni, semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Sis juga begitu. Disebabkan nak yang terbaik dan jimat. Sis gigih gali ilmu penyusuan eksklusif. Alhamdulillah.Walau mengandungkan si adik, masih gigih sis df si anak sulung cukup 2 tahun. Duit susu jimat! Hasilnya juga, si anak sihat dan sgt jarang sakit. Alhamdulillah. Bab pampers pula, ada kawan sis pakaikan anak mereka cloth diaper. Tapi korang kena rajin membasuh. Kalau tak rajin,sediakan duit pampers rm60 sebulan (1 utk rumah,1 utk rumah pengasuh).

4. Pengurusan emosi.

Yang ni penting. Wajib berkomunikasi dengan pasangan secara berkala. Tahu dia stress ke kita yang stress ke. Kalau tak puas hati atau penat, baik berterus terang dengan pasangan. Supaya boleh ada give&take. Tipulah kalau sis tak bertekak dengan suami sebab penat dan stress. Perempuan itu diuji bila suaminya susahkan? Kalau pasangan korang buat phd bersedia fizikal dan mental lebih lagi ya.

I’m proud of you dear husband! Dean list every sem& melaksanakan tanggungjawab urus isteri dan anak selagi mampu sampai nenek puji.

Penat pulak sis nak taip panjang berjela. Kalau ada permintaan untuk sis buat kupasan belanjawan dll. Sis akan pertimbangkan. Selamat berkonvo para graduan!

– Mila

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *