Anak Tak Guna

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau approve kisah aku ni. Aku Nur, 24 tahun. Aku nak berkongsi cerita ni, sekadar bercerita. Selama 24 tahun hidup ni aku rasa aku anak tak guna. Aku cuma cuba nampak berguna bila aku tahu aku ada Allah. Tapi bila ujian datang, aku tak kuat. Aku rasa, aku mmg anak tak guna.

Dah graduate pun, masih tak dapat kerja yg boleh menjamin masa depan aku. Kerja gaji hari berkontrakkan 3 bulan, yg bila-bila masa boleh kena buang. Kereta ulang alik pergi kerja, kena belikan sebab tau aku tak mampu nak beli sendiri. Nampak kan, aku anak tak guna?

Dah graduate pun, masih harap duit mak bapak. Kalau duit aku habis sebelum dapat gaji next month. Jawatan aku ada ni kesian, kesian kat diri aku sendiri…. hntr slip hujung bulan, dapatnya awal bulan next month. kadang² lewat sampai 7 hb. Pernah aku survive the next month sbb gaji aku untuk bulan sebelumnya tu dibayar lewat 3 minggu, sebab bos aku takde tiga minggu. Takde boleh sign kan slip gaji hari aku.

Bulan tu survive lah, tapi bulan lepasnya? memang byk ada minta duit ibu/ayah. sebab nak isi minyak kereta. Makan aku jimat², selalu kena belanja dengan pegawai² dkt ofis.

Tapi lepastu, kalau aku minta duit ibu, lepastu ibu ungkit. Kadang² kereta tu aku nak bawa jalan-jalan keluar dgn kawan, ibu kata, ibu beli kereta tu untuk pergi ofis je tau. Aku keluar dengan kawan bukan selalu pun, sebulan sekali dua je. paling banyak pun empat kali, tp jarang sangat sampai 4 kali.

Ibu selalu juga kata, asyik aku je yg beralah ajak kawan keluar, kawan tak ada pun ajak aku. Kawan aku bukan jenis ambil kesempatan. Lagi pun aku keluar untuk kepentingan aku, cari barang apa semua, takkan nak cakap dengan member, “eh pakai kereta kaulah”.

Ibu aku siap kaitkan mak kawan aku tu tak suka aku bawa anak dia keluar, macamana dia tak suka aku keluar rumah.

Bila ada benda yang tak puas hati, ibu mula ungkit benda² lama. Paling aku sedih, sebab dia bela aku, tapi bukan lahirkan aku, dia cakap, mak aku yg melahirkan pun tak boleh buat macamana dia buat dekat aku, lagi-lagi nak buat musuh dengan dia. Aku pun kena tempias sekali cakap nak buat musuh dengan dia. Tak pandai hargai jasa dia.

Kalau ibu dah buat satu-satu benda untuk aku, contohnya betulkan kereta aku yg rosak, nanti dia kata, ” nak apalagi, itu pun kata ibu jahat”. Aku tak kata dia jahat, aku selalu cakap dia garang je.

Aku tak suka orang garang. Korang tau, bila kau dari kecik dah dijaga dengan orang yg keras, dan garang, kau bawa diri pergi mana² pun, kau boleh ke jadi lembut? Boleh! tapi perlu masa. Lepastu balik rumah, kau jumpa persekitaran asal, siapa boleh tahan?

Takkan aku nak cakap, aku jadi garang macamni, aku moody, aku tak pandai tunjuk kasih sayang sebab aku dibesarkan dengan sebegitu rupa. Dalam sepanjang 24 tahun aku membesar, berapa kali je boleh kira aku dipeluk dicium oleh orang yg mengaku sayang aku? Lepastu aku dimarah sebab aku tak pandai tunjukkan kasih sayang.

Bila masuk universiti dulu, jumpa kawan² yg baik, yg friendly, yg bila kau ada masalah, dia dgr lepastu beri pelukkan, aku rigid. aku kekok nak balas pelukan kawan aku tu.

Disebabkan cara aku dibesarkan, aku jadi garang, keras kepala dan suka menjawab. Tapi satu masa bila aku pilih untuk tak menjawab pun, keadaan masih menekan aku. Orang kata, lawan cara sejuk… diamkan diri, nanti tentangan tu berkurang. Tak pernah aku rasa! melainkan aku duduk dalam bilik memencilkan diri. Kalau aku murung pun, bukan orang kisah. Aku pernah suarakan soal murung pun, ibu kata aku mengada-ngada.

Bila aku bawa diri dalam bilik, nanti ibu aku kata, aku tak ambil berat pasal dia. Nak biar dia duduk sorang-sorang, baik dia duduk sorang je. Tapi aku penat. Penat nak dengar ungkitan tu. Aku tak nak menjawab. Tapi kalau tak menjwab pun, body language tak boleh sorokkan yg aku marah, jiwa aku memberontak.

Ibu selalu kata, duduk dalam bilik pun main handphone je. Kalau aku baca quran pun, takkan aku nak bagitahu. Aku menjawab salah, aku menyepikan diri pun salah. Paling-paling, bilik yg aku duduk pun dia kata, bilik ni bilik aku tau. Rumah ni aku yg bayar.

Pernah sekali bertengkar besar, ibu cakap, “kalau dah tak nak dengar cakap, baik keluar je dari rumah ni”….. ayah aku pulak cakap, aku tak pernah cakap baik-baik dengan ibu. semua orang nak tuju kesalahan semua dkt aku, aku tak rasa kena hormat pun sebagai anak. Aku rasa masing-masing ego dengan gelaran ‘ayah’ dan ‘ibu’ yg masing² pegang dan aku terikat dengan peraturan, kena dengar cakap, tak boleh bantah, walaupun di layan keras.

Aku keluar esoknya lepas ibu cakap macamtu dan ayah pula menguatkan semua salah tu datang drp aku. Lepas balik kerja, aku keluar. tak balik². dah malam baru ayah cari, aku fikir aku kesian kat ayah, sebabtu aku balik. Aku ingat adalah perubahan sikit, tapi lepastu ibu kata, kereta yg bawa lari tu, siapa beli ingat sikit.

Aku mula rasa aku ni anak tak guna. Kalau aku boleh dapatkan sendiri guna duit aku, rumah dan kereta aku tak menyusahkan orang lah. Dulu, aku selalu menyusahkan kawan aku sebab tak ada kereta. Aku tak nak pakai kereta ayah/ibu sebab nanti ibu kata, kereta tu yang pakai-pakai minyak kereta nak kena isi, tayar tu bunga dia semua tak payah kira ke?

Disebabkan tu, aku sakit ke apa aku tak pernah cakap dgn ayah ibu aku, aku pergi klinik, dah pergi baru cakap. kalau duit aku habis pun dorang tau ke mana. Haritu bateri kereta aku kong dekat ofis, takde ibu ayah aku tau, duit aku habis RM230 bayar bateri. Kena bising duit habis, aku tadah je telinga.
Tapi part mengungkit pemberian lama tu yg aku selalu naik angin end up aku ambil keputusan duduk terperap dalam bilik, nangis dalam diam.

Kalau aku murung pun bukan ada orang kisah. Aku pernah suarakan pasal ni. Aku cakap bagus aku sakit, murung. Ibu kata, paling-paling hantar hospital sakit jiwa.

Aku memang anak tak guna. Menyusahkan ibu ayah. Menghabiskan harta ibu ayah je. Siapa kata anak tunggal tu manja dan penuh kasih sayang. Kasih sayang tu dinilai dengan sebanyak mana harta dihabiskan, tapi lepastu kena ungkit balik.

Selagi aku tak ada kerja yang menjamin masa depan bg dorang, selagi aku tak mampu beli kereta sendiri, bayar kereta sendiri, betulkan kereta guna duit sendiri, servis guna duit sendiri, ada sebuah rumah, selagi tu, aku cuma anak tak guna.

Ibu ayah boleh tinggikan suara dekat anak, anak kena dengar je, terima terbuka. Ibu ayah tak perlu dengar pendapat anak, tapi carilah anak bila perlukan kawan bercerita. Anak tak boleh duduk bercerita dengan ibu ayah, jurang adab. Ibu ayah boleh bergurau dengan anak, gurauan menyakit hati, anak tak boleh bergurau dengan ibu ayah, jadi biadab.

Yaaa, semua tunjukkan aku anak tak guna. Aku membesar jadi anak yg nak jaga ayah aku, aku jaga aurat, jaga batas pergaulan, tak nak malukan ibu ayah, tapi aku masih lagi…… masih seorang anak tak berguna.

Selagi aku tak ada harta benda sendiri, boleh biaya diri sendiri, boleh biaya keperluan dorang, nampak yang aku boleh biaya dorang, selagi tulah, aku….. aku anak tak guna.

– Nur khairun Nurra

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *