Untuk part I, (https://iiumc.com/dia-amanah-untukku/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/dia-amanah-untukku-ii/).
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku… Segala komen positif aku ambil sebagai motivasi diri manakala yang negatif tu aku terima dengan hati yang terbuka.
Mungkin para pembaca fikir proses aku dan Jannah bersatu kembali semudah ABC… Sebenarnya kalian silap… Dari awal lagi aku terangkan Jannah seorang yang keras hati. Mungkin kerana itu juga kami bersama sehingga ke hari ini. Sebelum itu aku nak bagitahu, penulisan aku kali ini agak panjang. Semoga kalian tidak berasa bosan ketika membacanya….
Pada malam kami bermalam di hotel bersama anak2 itu, sebenarnya tidaklah seperti yang kalian gambarkan… 1 round…? 2 round…? 3 round…? Tak mungkin… Aku bukanlah bernafsukan binatang sehingga sanggup mengambil kesempatan keatas insan yang aku cintai dalam keadaan dia yang tidak bermaya. Tak pasal2 aku dituduh merogol isteri sendiri. Aku tahu, Jannah menjerit, meronta, meraung dan menangis sehingga lesu itu bukannya kerana dirasuk atau sebagainya. Dia ingin melepaskan amarahnya, geram dan sakit hati di atas apa yang berlaku.
3 hari aku bersama Jannah, mertuaku tidak henti2 menghubungiku dan meminta aku pulangkan Jannah kepada mereka. Manakala ibuku pula menghubungiku kerana bimbang jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula mertuaku menghubungi ibuku mengatakan bahawa aku telah ‘kidnap’ anak perempuan mereka… Lucu kan… Bila masing2 berfikir diluar kotak fikiran.
Ok…. Berbalik pada keadaan kami. Pada hari pertama Jannah bersamaku. Keadaan agak sukar. Dia terus mendiamkan diri sehingga aku mula hilang kesabaran. Namun aku cuba kawal kemarahan aku. Aku ingin kotakan janji ku pada Jannah bahawa aku akan berubah. Tiada lagi caci maki untuk dia dan aku tidak akan mengasari dia lagi seperti waktu2 dulu. Pada dalam waktu yang sama, aku dapat rasakan yang dia berasa hairan bila melihat aku menunaikan 5 waktu tanpa meninggalkannya walaupun 1 waktu. Aku tidak memaksa dia menunaikan solat mungkin dia belum bersedia.
” Saya dan anak2 xda baju untuk dipakai”
Tiba2 pada subuh hari itu dia bersuara. Aku tersenyum. Aku membawa dia dan anak2 shopping keperluan mereka. Aku lihat ada senyuman diwajah Jannah bila aku menghulurkan telekung pink kepadanya.
“Bila sayang dah bersedia….”
Aku mengusap lembut pipi gebunya itu. Dia mengangguk. Tidak lagi hanya membatu seperti sebelumnya. Aku menceritakan padanya betapa tersiksanya aku lalui hari2 tanpa dia dan anak disisi. Aku menangis seperti anak2 kecil kehilangan mainan. Teresak2 dan dalam masa yang sama Jannah turut menangis…!! Jannah memohon ampun dari aku. Sebenarnya dia sengaja menyimpang kepada lelaki itu supaya aku melepaskannya. Dia tekad, jika aku mengamuk dan memukulnya dia akan report polis dan dari itu dia akan bawa kes ini ke mahkamah. Dia tahu jika dia minta secara elok, aku tak akan lepaskan dia dan sebaliknya akan pukul dia bertubi2.
Allahurobbi… Kejamnya aku pada dia. Jannah mengatakan pada aku bahawa hatinya sudah tawar terhadapku sebelum dia mengenali lelaki itu lagi. Dia serik bila tiap kali dia balik kerja, jemput anak2 dari rumah pengasuh, tertidur keletihan kerana mengadap jem lalu tak sempat masak, dan bila aku balik kerja, rumah bersepah, makanan belum tersedia, aku akan mengamuk seolah2 dia melakukan dosa yang amat besar. Dia juga malu jika jiran2 dengar tiap kali aku maki hamun dia dengan panggilan2 tidak sepatutnya.
Jannah juga mengatakan dia tidak mahu ikut aku balik kerana malu setelah aku gelarkan dia sebagai ‘perempuan jalang’ pada hari aku bergaduh dengan dia 2 minggu yang lalu dihadapan jiran2 yang turut mendengar pergaduhan kami pada hari itu. Demi membuktikan kesungguhan aku ingin membina hidup baru bersamanya dan anak2, aku berjanji akan membawa dia pindah ke tempat lain. Aku juga bersetuju dengan kehendak dia untuk berhenti kerja. Sebenarnya aku lagi suka… Hehehe…
Pada hari ke 3 kami membuat keputusan untuk bersemuka dengan keluarga kami. Malangnya ibu dan kakak ku tidak bersetuju kerana bagi mereka Jannah telah menderhaka kepadaku. Ayah pula seakan redha dengan setiap keputusanku asalkan ianya memberi kebaikkan. Mereka juga menuduh Jannah telah menggunakan bomoh supaya aku tergila2kan dia… Dengan berat hati aku menceritakan segalanya tentang setiap apa yang telah aku lakukan pada Jannah disepanjang perkahwinan kami kepada keluargaku tanpa satu pun tertinggal. Bagaimana kejamnya aku menyiksa perasaan Jannah dengan panas baranku. Sesungguhnya membuka pekung di dada adalah sesuatu yang amat perit.
Bergitu juga dengan keluarga Jannah. Mereka tidak merestui hubungan kami. Mati-matian mereka minta kami bercerai. Jika Jannah ingkar, mereka tidak izinkan Jannah balik ke rumah mereka. Dengan berat hati dan tangisan Jannah menjinjing beg pakaiannya dan dia memilih untuk hidup bersama aku. Betapa kasih dan sayangnya Jannah terhadapku.
Maka bermulalah hidup kami tanpa restu keluarga. Aku minta cuti tanpa gaji dengan majikan aku selama sebulan. Aku membawa Jannah dan anak2 berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Aku cuba untuk mencari kerja lain. Bergitu juga dengan Jannah. Namun gagal… Tiada pekerjaan yang sesuai untuk kami.
Akhirnya kami berhijrah ke negeri lain. Kawasan baru dan kejiranan yang baru dimana mereka tidak mengenali kami dan sejarah perkahwinan kami. Tiba2 Jannah hamil. Gembiranya hatiku tidak terkata. Dalam pada waktu yang sama, mertua aku menghubungi aku dan meminta maaf. Mereka sedar, selaku orang tua, mereka sepatutnya membimbing kami yang muda. Bukan memberi contoh yang tidak baik untuk kami ikut. Bergitu juga dengan keluarga ku. Aku bersyukur dengan kehadiran ‘orang baru’ di dalam rahim isteriku semuanya kembali normal.
Dengan berbekalkan kemahiran engineering yang ada, Jannah pula seorang pelukis plan (draughtman)dan bermodalkan sedikit simpanan yang ada, kami membuat keputusan untuk berniaga kecil2an dengan mengambil upah memasang pagar dan kabinet2 dapur. Aku berhenti kerja, bekas majikanku memberi sokongan yang padu dengan keputusanku. Alhamdulillah bermula daripada kecil kini kami berjaya membuka sebuah kedai engineering.
Perjalanan hidupku juga telah berubah, drpd panas baran kini lebih banyak mengalah… Sambil mengejar dunia, bekalan akhirat juga turut dikumpul… In sha Allah, panjang umur kami akan ketanah suci hujung tahun ini. Jannah pula… Masya Allah… Semakin berumur semakin cantik pula dia dan semakin kuat membebel… Biasalah… Sifat mak2 kan… Tambahan pula anak2 yang semakin membesar… Rumahtangga kami semakin aman, gaduh2 kecil tu biasalah kan… tp bergaduh tu kenalah berhemah… Sedangkan gigi dan lidah akan tergigit, inikan pula suami isteri, rajuk dan cemburu perlu ada di dalam setiap perkahwinan barulah ada kasih dan sayang.
Sekian lah kisah aku bersama Jannah… Terima kasih kerana sudi membaca walaupun agak panjang berjela…
– Biarlah Rahsia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit