Salam. Terima kasih jika admin sudi up kisah ni. Aku post cerita ni di sini untuk meminta pendapat warga iiumc. Adakah aku sendiri tidak ikhlas atau memang kawan office aku yang terlebih mengambil kesempatan?
Okay, kita start cerita. First, biar aku kenalkan diri aku sebagai El, kawan office tu aku namakan dia Ecah. Aku berkerja di syarikat swasta, muda sikit dari Ecah. Kenapa aku sebut pasal keihklasan dalam soalan aku kat atas. Aku buat point form ye.
1) Perkara pertama yang menguji keihklasan aku bila masuk office ni ialah pinjam duit. Ecah kira senior kat office ni. Aku pula fresh grad lepasan degree. Jawatan Ecah di company ni buat dia ada connection dengan bahagian akaun. Jadi, dia tahu jumlah gaji aku time tu lebih banyak daripada dia (beza rm500 je sebab masa tu masih dalam probation).
Aku rapat dengan Ecah ni, sebab umur kami tak jarak jauh sangat banding dengan staff lain. So, kami selalu whatsapp. Satu pagi tu, si Ecah ni whatsapp, dia nak pinjam duit. Aku ni, sepanjang study & membesar, tak pernah ada kawan yang datang pinjam duit. So ini kira first time la, orang nak pinjam duit dari aku. Aku tak fikir apa-apa. Just bagi je. Mungkin sebab aku tahu gaji dia rendah, dan mungkin dia terdesak nak pakai duit.
Lagipun dia pulangkan duit tu balik lepas dapat gaji. So aku okay je la. Tapi, manusia kan. Kalau dah dapat sekali, dia akan buat lagi. Dia kerap pinjam duit aku sampai aku jadi stress kalau dapat whatsapp dari dia. Oh, lupa nak bagi tau, aku ni susah nak cakap “no” kat orang and Ecah ni jenis kuat desak. Aku juga jenis susah tipu. Kalau aku tipu, nampak sangat. So jangan tanya kenapa aku tak cakap je kat dia yang aku tak ada duit. Aku dah try cakap aku tak ada duit pada suatu pagi bila Ecah nak pinjam duit. Teka Ecah cakap apa.
Dia cakap, El ada berapa sekarang, boleh tak pinjamkan RM30 je. Nanti El transferkan ya (aku bagi pinjam duit by transfer je selalu). So aku bagi lagi dengan hati geram. Marah kat diri sendiri pun ada. Lepas tu, kali ni aku betul-betul tak ada duit. Banyak pula hal nak guna duit bulan tu. Ecah minta duit lagi, kali ni dia terus cakap, El bagi je berapa yang El mampu, sebab aku ada mengadu kat dia, aku banyak pakai duit bulan ni, jadi dia tak tetapkan berapa harga nak pinjam. Aku dah hilang sabar pagi tu, dengan hal peribadi aku lagi, aku terus hantar gambar baki duit bank aku dekat dia.
Aku cakap aku betul-betul tak ada duit. Bulan tu je la dia tak pinjam. Lepas tu pinjam lagi. Tapi semenjak my parent dah pencen, aku selalu mengadu kat dia aku dah kurang duit, sebab adik semua aku tanggung. So dia dah kurang pinjam duit. Kalau dia minta pun, aku akan tunjuk baki bank yang sikit kat dia. Hehehe, padahal duit tu aku dah transfer bank lain. Bila cerita ni kat mak, mak selalu cakap. Ikhlas la akak bagi pinjam. Entah-entah dia memang tak cukup duit. Mak aku memang suka buat aku serba salah. Tak ikhlaskah aku?
2) Office aku ni santai. Bos pun tak garang. Masa aku mula-mula masuk sini, Ecah selalu datang lambat dan punch card pun tidak ada lagi masa tu. Kalau Ecah datang lambat, dia akan bagi whatsapp kat aku. Itu okay la untuk inform aku kan. Tapi yang aku tak tahan, bila dia cakap dia pergi sarapan dengan boyfriend, tu yang buat dia lambat. Kalau bos masuk dulu atau call office masa dia tak masuk lagi, aku pula terpaksa tipu bos.
Aku terpaksa cakap tak tahu. Kalau bos tanya directly kat Ecah pun, dia akan cakap jalan jam. Bos tanya aku sebab aku rapat dengan dia. Jadi aku cadangkan kat bos beli mesin punch card. Kenapa aku cadang? Sebab aku tak tahan. Kadang-kadang dia masuk lambat, tapi bila bos tanya, dia cakap dia masuk macam biasa. At least ada punch card, aku dah lepas dari kena tanya dengan bos pasal si Ecah ni masuk on time ke tak. Lepas ada punch card, dia dah semakin okay datang awal.
Kalau lambat pun, dia akan ganti. Tapi masalah ponteng pula terjadi. Dia akan ponteng ikut suka hati dia. Macam biasa, dia akan bagi tau sebab apa dia ponteng dekat aku. Dekat bos tak bagi tahu apa-apa. Aku la kena tipu bos lagi. Ada sekali tu, dia bagi tau bos dia ponteng sebab segugut padahal pergi jalan dengan boyfriend. Seminggu lepas tu dia kene segugut betul-betul, jadi dia nak balik awal. Tapi Ecah cakap dia takut nak bagi tahu sebab nanti kantoi segugut dua kali pulak bulan tu. Tahu pun takut. Ecah ni species kalau cuti, suka tanya pasal office. So benda ni buat aku menyirap kadang-kadang sebab kau dah cuti tu cuti je la. Ni sibuk nak tanya bos masuk ke hari tu, bos tanya pasal dia ke hari tu.
Eh, kau dah ponteng, ponteng je la. Tak payah tau pasal office. Lagi satu, dia suka tinggal barang kat office. Jadi bila dia ponteng, dia akan suruh aku ambilkan untuk dia. Dia tunggu kat luar je. Takut kantoi. Start tu aku dah memang geram gila. Ponteng boleh. Ambil je lah barang tu bila dah datang kerja. Sakit hati aku, dah la kena tipu bos, lepastu jadi kuli angkat barang untuk Si Ecah pula. And macam biasa, bila cerita kat mak, mak cakap. Alaa, akak ni, bawak je barang tu turun. Ikhlaskan hati tu.
3) Ecah ni bagi aku pemalas, tapi selalu lapar. Malas nak jalan sendiri nak pergi beli makanan. Jadi, kawan office dia la jadi mangsa untuk belikan makanan untuk dia, termasuk aku. Okay ni pun aku dah cuba ikhlaskan hati untuk belikan makanan untuk dia. Ye la, aku pun dapat beli makanan aku juga dan memang kedai tu laluan aku. Tapi kalau selalu pesan. Penat la macam ni. Kita tak nak singgah, kene singgah untuk dia. Bila kedai makan tu tak buka, boleh pula dia beli makanan sendiri. Saja je malas.
Disebabkan tiga hal kat atas tu aku dah simpan lama. Baru-baru ni aku hilang sabar. Jadi berlaku pergaduhan mulut antara aku dengan Ecah. Sampai sekarang masih tak bercakap dengan Ecah. Aku tau dia ada update status pasal aku kat whatsapp. Tapi aku rasa puas bila dapat buat dia marah. Jahat ke aku ni? Serious ni dah lama simpan. Aku susah nak marah, tapi bila dah marah, aku susah nak baik balik dengan orang tu. Tak tahu bila nak bercakap balik dengam Ecah. Setiap hari mak aku tanya progress aku dengan Ecah dah bercakap ke belum. Hahaha, entah la mak. Anak mak ni dah tak boleh nak ikhlas dah dengan manusia macam tu.
– El
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit