Ada Apa Dengan Rupa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-apa-dengan-rupa-2/).

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur dan terima kasih tak terhingga kepada admins sebab confession aku sebelum ni dah approved dan banyak komen komen serta soalan yang korang ajukan. Kat sini aku nak jawab soalan soalan tu.

Kenapa aku tak jadikan kes kena kutuk dengan falah sebagai pembakar semangat aku untuk kurus dan cantik? Actually aku memang dalam proses turunkan berat badan aku sekarang tapi bukan sebab si falah. Aku da cuba bermacam macam diet dari Atkin, Diet kalori, diet pisang, diet nasi, dan segala macam mak nenek diet sampaikan aku dua tiga kali terlantar dekat hospital sebab diet ni.

Dr pesan dekat aku yang aku ni tak boleh diet extreme (ye la sebab aku da tak tahan kena kutuk, kena hina sebab gemuk). Aku jugak sejak dari start diet, aku memang setiap pagi dan petang wajib berjogging atau zumba. Aku cut pemakanan aku secara drastik. Aku skipped lunch dan dinner. Breakfast aku makan limau dan pisang sebiji. Lapar sangat aku minum air putih tapi disebabkan itulah tubuh aku jadik lemah. Aku gemuk sebab keturunan. Walaupun aku gemuk, aku tak makan banyak pun. Sarapan aku makan telur dengan roti. Tengahari nasi dan malam memang aku tak makan apa pun.

Aku jugak setakat ni tak ada penyakit merbahaya macam kencing manis atau diabetes. Aku tak suka minum manis pun. Aku selalu amalkan teh hijau sebab teh hijau ni bagus untuk kulit. Aku da lama cut minum air gas tapi still tak semudah ABC ye aku nak kurus. Sekarang Alhamdulillah, bila da dapat tunjuk ajar dari DR tu la yang buatkan aku boleh go on dengan diet yang betul. Nasi takyah skip pun sebab kita orang melayu memang susah nak tinggalkan nasi. Cuma aku ambik dalam kuantiti yang sikit. Lebihkan lauk dan sayur. Dari mula mula berat aku dekat 100kg keatas sekarang da jadik 90kg++ dan still counting.

Ada jugak soalan yang agak mencengkam dada aku (haha). Kenapa aku yang gemuk ni sukakan lelaki yang kebanyakannya handsome? Maybe orang fikir aku ni tak cermin muka dulu ye dak? Haha. Guys. Mie dan falah dua dua ada kelemahan cuma aku tak cerita dalam confession lepas je. Macam Mie, badan dia gemuk cuma kurang sikit dari aku. Ye la. Aku tinggi 160cm je. Mie pulak lagi tinggi dari aku. Falah pulak bukannya aku yang cari dia dulu.

Dalam confession lepas ada aku ceritakan, dia yang mulakan dulu private chat aku dekat FB walaupun terang terang aku pakai display photo gambar full body aku. Waktu tu aku still ingat, dia pakai display photo kereta or motor camtu lah. Lepas da kenal lama sikit baru dia send gambar dia kat aku. Aku memang tak pernah memilih sebab aku sedar aku pun macam potato. Plain je. Aku nampak orang semua unik sebab semua Allah yang ciptakan. Cuma orang yang tak nampak aku macamtu.

Aku berazam untuk kurus bukan sebab nak balas dendam atau dapatkan perhatian. Aku nak kurus sebab aku nak sihat, nak hidup bebas dari penyakit. Aku jugak nak kusyuk dalam solat, tak ada masalah berdiri lama, sujud lama atau kebas kaki bila baca Al Quran. Aku nak cantik bukan sebab nak kawen atau mengorat lelaki lelaki kat luar sana. Aku nak cantik untuk diri aku sendiri. Supaya self confidence aku tak jatuh teruk macam dulu. Aku tahu family dan kawan rapat aku terima aku seadanya tapi takkan aku nak ambek kesempatan untuk biarkan diri aku ni terus macamni. Sebab tu aku tekad nak ubah diri aku.

Guys, tak salah nak nasihatkan orang lain untuk berubah tapi untuk orang yang mempunyai self confidence yang sangat rendah macam aku ni, cukup cukup sensitif dengan kata kata sinis. Ya betul kita tak boleh nak manjakan sangat orang orang macam aku ni tapi orang orang macam aku ni masih ada hati dan perasaan. Macam korang nak orang orang jahil balik kepangkal jalan. Korang ingat dengan kata kata sinis dan berbaur kutukan tu mampu bawak mereka ke jalan Allah? Lagi mereka jauhkan diri adalah sebab mereka fikir orang orang macam korang ni jijik dengan orang orang macam mereka ni. Aku berubah sebab kata kata semangat dari keluarga dan kawan baik aku. Mereka tak pernah putus asa dengan aku, tak pernah herdik aku untuk aku berubah.

Dan Alhamdulillah, dengan cara lemah lembut itulah yang buatkan aku sendiri nak berubah. Terima kasih kepada readers yang banyak nasihatkan aku itu dan ini. Aku baca satu satu komen korang wei. Ada yang menuduh aku pentingkan diri, itu, ini tapi aku terima semuanya. Terima kasih jugak kepada readers yang faham situasi aku, nasihat aku dengan kata kata yang baik. Thanks alot. Aku tahu ini salah satu dugaan aku dan aku positif. Dan hikmahnya? Allah ketemukan aku dengan kebahagiaan aku. Sekarang dah takde sangat orang orang yang kutuk, hina aku. Kawan kawan sekerja aku semua baik baik dan terima kelemahan aku. Siap selalu ajak aku pergi spa every month dan zumba every weekend. Hehe.

Untuk mereka yang senasib dengan aku tak kiralah dalam apa segi, Love yourself. Walau apa kelemahan pun, belajar untuk sayang diri sendiri. Aku tahu benda ni boleh bawak kepada depression kalau tak dibendung sebab aku dulu pun nyaris nyaris jatuh kedalam situasi depressi ni. Aku pernah bawak pisau masuk bilik aku semata mata nak hiris lemak lemak dekat perut, lengan dan badan aku ni sebab tak tahan dengan semuanya (nasib baik mak aku perasan dan dia cepat cepat ambik pisau tu), aku pernah menangis bagai nak gila dalam toilet sekolah selepas dimalukan mie dan kawan kawan dia dan ada beberapa kejadian lain yang sangat memalukan aku.

Dulu selalu salahkan Allah kenapa aku yang terpilih berada dalam situasi ni (Astagfirullah. Ampunkan aku Ya Rabb). Tapi alhamdulillah, solatlah yang menyelamatkan aku. Kita kena redha tapi dalam pada tu tekad untuk berubah. Moga ada sinar disebalik kelam.

– Miss Rara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *