Kebahagiaan Plastik

Terima kasih admin kalau sudi publish confession aku. Semoga jadi pedoman & sempadan. Tergerak hati aku nak share confession ni lepas kawan yg aku, s call menangis-nangis bagitahu dia selalu di pukul & baru di ceraikan.

Terdiam aku di buatnya. S kawan aku semasa sama-sama menuntut di ipt. Kami kenal sejak di ipt dan sama-sama intern di sebuah syarikat terkemuka tapi lain-lain department. S jujurnya bagi aku seorang yang cantik & bijak (iq) cuma ada satu kelemahan ketara, mudah cair dengan pujuk rayu lelaki. Lelaki mana yang paling sweet paling berusaha nak dapatkan dia, lelaki itu lah dia akan layan. Walaupun dia tengah in a steady relationship dengan orang lain. Dia pun tahu benda ni tak elok, tapi dia kesian katanya kalau buat donnow.

Macam mana aku tau? S share semua cerita pasal lelaki-lelaki yang suka dia dekat aku. Pasal boyfriend dia, si b yang kuat jealous, pasal lelaki sini sinun yang tengah nak mengorat dia la, macam-macam lah. Aku sejenis pendiam dan dengar aje lah walaupun jauh di sudut hati aku tak rela sangat nak ambil tahu pasal relationship orang. Apa lagi nak memberi nasihat.

Aku pernah gaduh besar dengan si s sebab dia tuduh aku ada hati dengan b. Sumpah aku tak tahu celah mana boleh timbul isu ini. Selidik punya selidik, rupanya s jealous sebab b selalu mengendeng dekat aku. Pinjam nota-nota aku (sebab aku jenis rajin salin nota and tak kesah pun share dengan orang. Ilmu kan & bukan b sorang aku bagi), refer assignments aku. Bila aku tanya b apa pasal tak pinjam s punya? Dia kata dia malu. What the.

B pun rajin menyemak kat tempat aku semata-mata nak tanya pasal s. Rimas tahu. Dah berbakul-bakul aku sound si b jangan contact aku semata-mata nak tanya pasal si s, jangan kejar aku semata-mata nak suruh kirim salam dekat si s, jangan interview aku nak tahu pasal semua hal yg s buat hari ni. B ni kira obsessed habis dengan si s sampai kalau nampak lelaki cakap dengan s pun diorang boleh gaduh besar.

S pulak biasa-biasa je. Dia rasa b kongkong dia. Dia rasa b kuat jealous suka tuduh dia melulu. Tapi dia stick sebab b pandai ambil hati dia and sebab orang selalu kata dia dengan si b ni sweet couple. Padahal orang tak tahu perang dingin volcano yang meletup di sebalik itu. B selalu bagi bunga, bagi cokelat, buat surprise semua tu. Pantang s share pasal sweet things yang boyfriend buat kat girlfriend, b mesti akan usahakan. Kat kampus tu kira diorang ni ideal couple la ala-ala hafiz dengan syafiqah aina tu.

S selalu sangat menangis mengadu pasal si b, kata benci & tak tahan. Memula aku dengar & nasihatkan sabar je lah kalau kau rasa he’s the one. Tapi makin lama aku pun fed up and rasa tak healthy langsung relationship diorang ni. Diorang punya level gaduh tu tahap saling maki-maki dalam message, through phone call, bukan merajuk biasa-biasa.

Aku nasihatkan s untuk clash je lah dengan si b ni daripada dia berendam air mata lepas kawin. Silap rupanya nasihat aku. S syak aku ada hati dengan si b sebab tu aku suruh diaorang clash. Allahu. Bukan s tak tahu yang aku tengah berkawan dengan orang lain. S siap pernah ajar aku jadi macam dia lagi, layan aja lelaki mana yang nak kat aku lepas tu tapislah. Sorry, aku bukan macam tu. Kalau aku rasa tak sesuai, awal-awal lagi aku block signal. Bukan seronok-seronok di puja ramai. Prinsip aku dengan s lain sebab tu kot s rasa insecure, sebab dia jenis suka ‘bermesra’ lepas tu tapis.

Sedih aku. Kawan yg kononnya percaya dekat kau rupanya-rupanya dalam diam sangsi pada kau. Sejak hari tu, aku dengan s langsung tak rapat. B pun dah tak mengendeng dekat aku lagi. Aku ada dengar diaorang dah clash tapi lepas tu sambung balik. S dah pun cari kawan lain sebagai tempat meluah masalah. Baguslah. Aku memang tak gemar jadi doktor cinta ni.

Sebelum raya tahun tu, aku post wedding invitations dekat group whatsapp. S contact aku personally ucap tahniah & minta maaf atas semua yang jadi. Aku layan s macam kawan biasa & berbahasa bahasi cakap tak sabar nak tunggu invitation dia pulak.

S mula buka cerita pasal dia dan si b. Dia dengan b dah bertunang tapi macam-macam hal tak elok dia makin nampak pasal si b. Dia pernah nampak history web lucah di hp b masa dia nak pinjam ambil gambar. Bila s tanya, b bersumpah kata ada kawan yang pinjam hp dia. S jugak pernah nampak b komen pada gambar perempuan seksi, tak akan kawan log in akaun dia pulak kan? B bukan lah seorang yang jaga sembahyang macam yang dia sangka dulu. S tanya aku, apa yang perlu dia buat?

Kali ni aku lebih berhati-hati. Aku suruh s tanya keluarga dia sendiri dan istikharah. S dan b akhirnya berkahwin beberapa bulan selepas aku. Di instagram, fb semua nampak elok dan sempurna. Pergi honeymoon, makan-makan, surprise semua sama macam diaorang couple di zaman ipt. Aku pun doakan yang baik-baik untuk diaorang. Moga-moga b dan s makin matang dan saling menjaga hati masing-masing.

Rupanya aku silap lagi. Sikap cemburu b makin menjadi-jadi lepas kawin. B akan pukul s kat rumah kalau ada lelaki yang pandang dan senyum pada s bila diaorang keluar berdua. Dah macam othello syndrome. And betul pun, b kaki video lucah dan tak sembahyang. Silap cakap sikit, berbirat-birat badan si s di buatnya. Lepas tu b akan pujuk rayu minta maaf dan bawa s bermalam di hotel mewah. S akan lembut hati dan berbaik semula.

Tak boleh brain aku di buatnya. Aku cerita pada husband, husband aku kata si b ni mungkin ada psychological illness. Tak sangka aku post-post sweet kat ig kat fb tu semua plastic semata. Aku ingat diaorang betul-betul bahagia.

Tak sampai setahun lagi pun diaorang kawin, s dah call aku sambil menangis. Dejavu rasa macam zaman ipt dulu. Cuma kali ni, s tengah mengandung dan telah pun di ceraikan. Jujur, aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku cuma boleh nasihatkan s untuk kuat dan tak buat benda-benda bodoh. Bayi dalam perut perlukan ibunya. Jauh di sudut hati, aku harap s benar-benar learn her lesson dan tak get back together (yang entah ke berapa kali) dengan b. Cukup lah dengan apa yang dah jadi.

Nasihat aku dekat gegadis luar sana, cukup-cukup lah memuja pasangan sweet di ig di fb. Jangan sebab orang lain nampak you both looks perfect together, kau butakan mata dari nampak keburukan si dia. Janganlah lemah lutut dengan pujuk rayu & mulut manis lelaki. Kalau kau nampak je ciri-ciri bengis kuat maki kaki pukul tu, cepat-cepatlah angkat kaki. Biarlah dia tabur emas berlian intan payung sekali pun, semua tu tak akan bermakna lagi kalau lepas kawin badan berbirat dan berendam air mata.

Sekian.

– Pengantin Baru

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *