Rewrite The Stars

Assalamualaikum, Hi. Aku kenalkan diri aku sebagai Seera Wahida. Nama lain yang selalu aku impikan, diri Seera Wahida itu adalah yang berlawanan dengan diri aku sekarang. Nama sebenar aku pun dah bawa ejekan orang dari kecik. Malu nak sebut nama penuh bila dalam majlis. Sebab orang akan tanya dua kali sebelum sebut. Betul ke? Dah tua gini, aku senyum dan buat lawak aje. Sebelum aku teruskan, terima kasih tuan admin yang hensem lagi bijaksana approve kisah aku kat sini.

Aku ini ibarat gelas kaca yang pecah, sedang mengutip serpihan dan cantum kembali. Tapi bukan senang, bila dah tercantum jatuh pecah berderai berkali. Ini dalaman aku.

Luaran aku, walaupun tak cantik mana, aku seorang happy go lucky, perangai gila tu boleh tahap kau terkucil, kalau aku kena sampuk roh happy. Hakikat sebenar, aku seorang moody. Banyak menjadi pemerhati dan berbicara dengan Tuhan dalam hati.

Aku sebenarnya sendiri dalam ramai. Kawan. Kawan aku memang ramai. Kawan yang ada, bila mereka sedih dan susah, aku ada jadi pendengar setia. Hulur bantuan tanpa mereka minta. Itu aku. Nak jumpa, walau jauh tetap aku datang, walaupun waktu itu, aku isi minyak jenuh atur kat kaunter kepingan duit seringgit dan syiling.Bila aku sedih? Aku tak ada sesiapa. Melainkan tonton drama Korea, makan maggi dan menangis sendiri.

Pujuk diri. “Anggap ini amal jariah. Kau nak mati dalam kebaikan.” Kata aku pada diri sendiri. Seperti mana aku ambil ibrah kisah kisah manusia yang pergi dalam kebaikan.mereka ini selalu menolong orang memerlukan.dan aku nak mati dalam kebaikan.

Adik beradik, sememangnya dari awal keluarga aku ni sudah pincang, boleh bayangkan sahaja bagaimana. Bayangkan saja, Hari Raya tak pernah wujud dari dulu, buat syarat aje, nak melancong di hari raya, duit tak ada. Masing-masing dengan haluan sendiri. Moga Tuhan ampunkan aku sebab tak mampu nak hubungkan tali silaturrahim.Tali yang tak pernah bersambung.

Mak. Dengan mak aku tak pernah share apa-apa. Hubungan mak dan anak perempuan yang tidak normal. Tidak pernah ada dialog “mak, kalau kakak pakai tudung ni cantik tak?” tak pernah. Hinggakan pelukan dan cium pipi tika bersalaman itu janggal bagi aku . aku mula salam peluk cium pipi, sejak 2 3 tahun kebelakangan ini. Ego mungkin atau memang tiada bonding sentuhan dari kecik. Seingat aku, mak aku tak pernah peluk. Walaupun pada hari aku bernikah.

Sebenarnya apa masalah aku? Kenapa aku ada kat sini.

Sebenarnya aku didiagnose Major Depression Disorder (MDD), Post Partum Depression (PPD) dan Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) Mesti korang dah bosankan, asyik story pasal penyakit ‘gila’ aje lately. Tapi percayalah, penyakit kesihatan mental ini akan menjadi penyumbang statistik tertinggi (sudah tertera dalam report Kementerian Kesihatan) kat Malaysia suatu hari nanti jika rata-rata kita hanya punya perasaan sympathy berbanding empathy. 1 daripada 5 orang punyai masalah kesihatan mental. dan korang yang baca ini juga berpotensi ada(cuma tak sedar lagi). Ceh, lagak doktor scam pulak aku.
Aku nak sihat. Nak hidupkan kembali bintang aku yang sudah malap cahayanya.

Dan aku khuatir, satu hari nanti cahaya itu akan padam sebelum masanya. Dah dua kali aku cuba ‘padamkan’ cahaya itu. Dalam sendirian, ada satu kali tu, aku terjun jambatan. Jambatan tu tak femes sangat, tapi boleh tahan tinggi dalam lebar sungainya. Bila aku terjun tu, boleh pulak saat tu terfikir buaya kejar aku, badan tercarik-carik.okay banyak sangat tengok movie. Air dalam weh, hijau pekat. Serius. Tak best pun rasa bunuh diri ni. Apa lagi, berenang tak cukup kaki tangan.Sungai tak lebar sangat, arus pun tak laju.aku memang boleh berenang, sejak usia 4 tahun, jaguh kampong kononnya.

Tak percaya? Aku pun tak percaya aku boleh hidup lagi. Bukan asbab terjun jambatan aku mati. Bukan ajal aku. Aku takut akan azab neraka. Aku percaya Syurga. Aku nak ke syurga. Sebab kat syurga nanti, aku dah tak perlu seret kaki untuk hidup.Lepas kes aku terjun tu, muncullah kes seorang ayah yang terjun jambatan pulau pinang atas desakan hidup. Aku relapse teruk lepas kes tu.Nak nak bila netizen kecam teruk sangat.

Aku tak ada tempat untuk meluah bila down, tak ada rakan nak pinjam telinga untuk dengar kisah aku, kadang tu, baru nak ngadu, dah terbalik. Aku yang dengar dan selesaikan masalah dorang. Terbantut sharing aku. Aku tak ada bahu nak tumpang nangis, melainkan drama korea and ofkoslah tikar sejadah.Aku manusia, mesti cari manusia nak share ye dok? Dulu aku ada, tapi sekejap je,tak sempat serasi.

Dia dah pulang dahulu. Tuhan dah ambil dia, iaitu suami aku.

I do love to be alone, but not being lonely. Korang faham kan? Izinkan aku share kat sini, sebab aku nak lupakan terus semua kisah-kisah tak best ni. Infact, sejak sakit ni, banyak benda aku dah lupakan. Ada memori yang aku dah delete terus dari simpanansecara tidak sedar.Otak makin mengecut mungkin?

Aku tak pernah share kat sesiapa benda yang aku cerita kat sini even kat doctor aku sendiri, masih ada perasaan tidak percaya. I have bad memory in kaunseling . so from that, aku susah nak percaya kaunselor, psy semua ni. Rasa dimomokkan.Oh ya, rakan di sebalik dinding ini, mungkin tahu surface sahaja. Overall, aku tak ada support system di alam realiti. None.

Aku anak no 4 dari 5 beradik, dan aku anak mangsa penceraian. Mak aku ibu tunggal dan anak tunggal. Mak aku garang. Silap cakap, dikejarnya aku dengan rotan or apa -apa dia sempat capai. Tidur luar rumah, atas pokok dalam nyamuk dah biasa sejak dari kecil usia 6 tahun. Rumah aku ni boleh dikatakan dalam hutan (pokok getah dan dusun) jugak la, sebab tu kalua ada aktiviti permainan ‘Burung Hantu’ dalam kem waktu sekolah. Tak mencabar bagi aku, tapi layankan saja. (berlagak pula). sakit aku bukan mula setahun dua jadi, tetapi telah terbentuk sekian lama , ini doktor cakap. Sejak dari;

Fasa 6-12 tahun.

*disclaimer: masa ini aku muda. I do blaming my mother on what happen, what she does. As for now,no. she my mother after all.I do understand why she acting like that back then.

Sejak umur 6 tahun, aku urus diri sendiri dan keluarga, dari masak makan dan sediakan keperluan mak aku ke kerja. Ibaratnya, aku adalah seorang Ibu (surirumah) dan mak aku itu seorang ayah. Aku matang sebelum usia. Mak aku boleh dikatakan seorang narsisis waktu ini. Bebel, perlian, ungkit.Ditambah pula dengan tahap garangnya. Mendidik aku jadi seorang pemendam dan kumpul bara api dalam diri.

Hidup susah, angkut air sungai buat mandi,basuh pinggan mangkuk disungai, basuh baju disungai. Hingga darjah 2 baru jumpa mandi paip air, itupun bilik air konsep open air. Tutup dinding, kau boleh nikmati langit terbentang luas diatas.

Mak aku selalu ungkit perihal bapak aku. Bapak aku itu ini. Ayat selalu ulang, perangai aku ikut bapak aku, jahat and etc. aku ini boleh tahan jahat mulut bila aku melawan. (dosa ooo).

Aku mula melawan bila dah darjah 4,5 macam tu. aku tak mampu jadi macam abang aku yang disanjung-sanjung mak aku.(been comparing to him a lot) Infact, abang aku stay jauh. Dia hanya kirim duit tiap bulan. Tak berada dirumah dan menanggung beban yang ada. Aku. Aku yang hadap walaupun usia masih mentah.

Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah tengok rupa ayah aku hinggalah minta sign untuk wali, itupun umur aku dah 24 tahun.

Waktu sekolah, acah-acah muka tak malu menempel dengan kawan. Ada dua tiga orang yang nak kawan dengan aku.tak ejek dan tak hina aku. Yelah, orang susah(tahap fakir miskin) pergi sekolah kasut koyak rabak. Tahap keyakinan aku memang ke laut Andaman lah. Walaupuun aku budak cemerlang, selalu dapat nombor 1 dalam kelas, tambahan budak sukan. Tapi, aku tetap sendiri dalam ramai, baju itulah pakai harini, baju itulah pakai esok.

Tahap rendah diri paling teruk lah.Sosial skill aku waktu ini memang zero. Kawan-kawan kelas rata-rata anak orang senang, anak cikgu kebanyakkannya. Bayangkan aku duk dalam kelas dengan mereka.aku rapat dengan seorang sahaja dalam kelas budak budak pandai ni. Sebab dia pun kategori susah cuma dia ada ayah dan senang sikit dari aku.

Ejekan hinaan disekolah tak cukup. Makcik-makcik dalam kampung pun selalu kecam. Takut sangat mak aku kebas suami iaitu ayah kengkawan kelas aku jugak, so mak aku tak bercampur sangat dengan orang kampung. Cuma waktu merewang , aku dapat lihat, tebal muka mak aku nak pergi. Aku pula, kononnya anak dara pingitan, turut join sekaki membawang.Eh, potong bawang kenduri.Waktu merewang, perlian kutukan kecaman terhadap mak aku tu biasa sangatlah aku dengar. Kadang tu, kalau aku geram sangat. Siaplah selipar jepun dorang aku gunting talinya. Acilah kan?

Lauk kenduri kitaorang selalu dapat makan saki baki.waktu kendurilah masa nak makan sedap sikit.jumpa ayam kononnya, tapi hampas kelapa je dapat.Cuma Nenek Tom yang baik hati, curi-curi simpan lauk best untuk aku dan adik makan, itupun sekali sekala je ada sebab nenek rajin buat tour ke rumah anak cucu beliau waktu tu. Mungkin sebab ini kot, sampai ke tua bangka ni tak suuuuuukkkkkkkkkkkka (bayangkan level tak suka tu) pergi kenduri kahwin orang.Aku kahwin pun koboi je. Jimat duit aku, dan tak perlu dengar kutukan orang kampung.

Fasa ini (darjah 5) hubungan aku dengan mak makin teruk. Ada suatu masa tu, mak aku pulaukan aku kaw-kaw tanpa aku ketahui kisah sebenar,(waktu itu)selepas mak aku pulang dari sekolah. Buat pertama kali dia pergi cikgu panggil report card day, hari anugerah pun tak pernah ada. Cuma sebabkan kes tu mak aku datang sekolah. Rupanya, ada rakan (niat dia baik) bagitau cikgu kata aku kena dera dengan mak. Kebetulan, masa rakan aku tu datang ambil bola tampar untuk latihan, aku di bilik air tengah bergelumang dengan baju-bajan yang banyak. Basuh pakai tangan.

One word “kau anak derhaka, burukkan mak sendiri”. Drama kan hidup aku? sejak dari kes tu, aku tak diberi ruang sepatah pun berborak dengan mak aku hinggakan, aku kena cabul (waktu itu aku tak tahu itu suatu pencabulan), pun aku kena hadap seorang diri.

Semua benda yang aku alami waktu fasa ini membentuk diri aku di fasa seterusnya.

Korang nak dengar lagi ke kisah aku yang tak seberapa ini? Otak aku macam penat sikit pula sekarang, (saat aku menaip ini) Kalau nak, aku sambung.

Physically I’m healthy, spiritually I’m dying.

– Seera Wahida

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *