Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve confession yang lalu (https://iiumc.com/wechat-dan-
Alhamdulilah, aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran di universiti di Terengganu di dalam bidang chemical engineering bersama Tam. Tak tahu badi apa buat Tam melekat dgn aku. Huhu… Cuma bersyukur sangat aku masih kuat lagi melawan keadaan sekeliling sampai ke tahap ini. Terutama Tam, dia struggle lawan depression dia. Yaw, kami lost contact. Ayah dia pun dah pencen khabarnya. Firman, dia kerja kat kilang dan bakal berkahwin (atau mungkin sekadar khabar angin). Syukur semua berjaya mencapai matlamat hidup masing-masing lepas berpisah haluan. Walaupun Yaw langsung tak ada jejak, aku yakin dia berjaya.
Kes Cikgu K dgn aku sebenarnya jadi tergantung sepi. Kalau ada nama aku kat mana-mana majlis atau acara dia sesungguhnya nak gugurkan. What the fish? Tapi aku cuba pecahkan tembok permasalahan tu, cikgu lain pun pelan-pelan okay dengan aku dan percaya dengan aku even tak 100%. Dalam bulan Julai 2014 kami dah tingkatan 5, Luq classmate aku pergi pancit tayar kereta dia sbb tak puas hati asyik kena perli. Tapi kantoilah, ada cctv kat situ.
Luq seorang yg berani, dia ibarat jangan dijolok sarang tebuan, dia boleh je gelak-gelak time cikgu K tu soal dia mcm-mcm, dah mcm joker je. Bila difikirkan balik, berbaloi lah pancit tayar je dari pecahkan cermin. Kalau aku pun nak buat. Benda ni tak berhenti macam tu je, aku pulak ada plan. Masuk dalam mulut buaya plan ni, aku nak ngorat anak dia. Anak perempuan sulung dia baru tingkatan 1 masa tu. Jangan cakap aku mudah melupakan ya. Aku diam tak bermakna aku lupa.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Waktu petang, aku tengah main bola jaring dengan budak perempuan lower form. Aku ni memang suka mengusik diorang. Diorang ni pulak siap pakej semuanya daring gila, tergugat jiwa lelaki aku. Tengah gelak-gelak, datanglah seorang budak perempuan labuh tudungnya. Tersenyum-senyum kat aku. Aku rasa ni mesti anak cikgu K. Jujurlah cakap, aku bukan lelaki idaman malaya. Gigi pun jongang, sbb tu dapat nickname Joe. Gelaklah korang. Budak tu memalulah nampaknya. Kawan dia pun cakap, bergurau agaknya; “dia suka kat abang joe. Tu dia malu.” Aku malas nak layan bebudak.
Sesaja nak kenakan kawan. Tapi lebih kurang dua minggu lepas tu, ada surat bawah meja aku. Terasa old school gila masa tu. Dari anak cikgu K, dia punya confession. Allahu. Aku pun buang surat tu. Esok, dia broken teruk pulak bila dapat tau aku buang surat dia. Rupanya petang tu dia ada masuk kelas aku, terjumpa surat tu dalam tong sampah. Eleh. Tapi bila teringatkan plan tu, aku terpaksakan jugak. Bila fikir sensorang, macam berpusing pulak benda ni. Seolah takdir mempermudahkan urusan aku, gitu.
Lalu bermulalah plan aku, tapi aku ubah lah. Aku tak nak lah dia tetiba tangkap cintan, sebab aku berfikir pulak benda ni kerja gila. Aku start layan anak dia macam budak perempuan lain, mengusik, bergurau. Aku ni playful budaknya. Tak sangka sampai ada budak cerita yg dia letak wallpaper phone dia gambar aku. Tak tahu nak nangis ke apa. Dahlah nak dekat spm masa tu, aku pun bodoh pergi layan dia. Kekadang memalam suka chat aku, tekalah kat mana platform dia. Aku pun hairan, mak dia perjuang habis-habisan pedulikan anak orang lain sampai anak tengah menggatal dgn aku pun mak dia tak syak apa-apa. Kekdg aku ceramah gak anak dia tu.
Dahlah kuat sentap. Tapi tak sampai sebulan pun, mak dia pun dapatlah hidu bau-bau kegatalan anak dia. Sebab kawan aku si Luq dengan Firman dok kenen dia dengan hero-hero hot stuff kat sekolah tu hampir setiap kali terserempak. Paling berani si Luq, siap cakap lagi kat anak dia; “Eh, yadek manes. Mak tak kisah ke chat dgn laki? Lagi pulak budak tu mak tak suka kan?” Depan mak dia. Selamba badak je Luq ni. Mak dia pun panas bontot. Akhirnya kantoi jugak, mak dia punya marah tu tetiba boleh bertukar jadi makcik sihir. Tapi sejujurnya, aku kalau ada yang memberi, aku melayan. Faham bukan?
Kalau tak diganggu harimau yg tidur, dia takkan membaham bukan? Aku ni kira antara orang paling baik jugak, aku delete aib anak dia. Dari gambar sampailah ke chat. Yelah, sampai awek aku dengan kawan-kawan pelik asal aku panggil budak tu ‘titik buta’, kebenarannya biar Tuhan yang tahu. Aku pun fikir jugak masa depan dia, kalau semua orang tahu mesti dia down gila. Ikutkan hati aku nak bagitahu, tipu aku tak bagitahu. Aku bagitahu Firman je, sebab dia ni noob bab benda mcm ni dan kepercayaan aku pada dia ternyata tinggi. Sampai sekarang tak ada sape tahu atau dia dah tahu tapi tak nak ulas dah.
Apatah lagi Tam pulak memang selalu dgn aku, dia mmg syak dari dulu aku ni layankan aje anak cikgu K tu. Tapi malas nak bukak cerita lama. Sebulan berlalu, tetiba dapat tahu Cikgu K tu pindahkan anak dia ke sekolah agama. Aku pun lega jugak, takde dah penganggu. Plan pun dah berlabuh tirai, dahlah tu buat dosa. Tapi cikgu K tu still tak boleh terima kenyataan. Aku pun still pretend takde pape. Ada satu hari tu, aku bukak fb, rupanya aku friend dgn cikgu K. Aku pun tulis status; “Kalau tak ada pemula, takkan ada yang memulakan.” Terus kena block dgn cikgu K.
Aku pun dah habis sekolah dengan jayanya lepas tu. cikgu K tu masih disekolah lama aku tu lagi. Aku tak tahulah dia ni dah serik ke belum lagi. Sebab khabarnya dia masih memperjuangkan hal tepi kain anak orang lain. Dengan alasan; mencegah. Ya, mencegah. Tapi dengan memalukan. Aku ni kira jaga air muka kaulah aku tak malukan anak kau. Aku ni masih memikirkan hati seorang mak, tapi dia tak fikir langsung hati dan perasan orang lain kalau terkena benda yang sama. Dia je ada perasaan. Emo betul aku. Dah boleh buat novel.
Kepada wanita yang ingin berhijrah dari tudung singkat ke tudung labuh, teruskan. Janji kamu semua ikhlas dalam beribadah, imej tak menjamin kamu nampak baik. Tetapi sikap dan mentaliti kamu sebagai seorang muslimah. Aku doakan korang istiqomah dalam setiap ibadah yg dilakukan dan menjadi wanita muslimah yang kuat.
Sekian, tamat.
– Joe
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit