Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Hi warga IIUM Confenssion! … dan Hi Admin. Harap sihat-sihat hendaknya.
Hi pembaca semua, nama aku Markonah (obviously bukan nama sebenar lah kan). Harini aku nak cerita pasal pengakuan aku sebagai mangsa si kaki perempuan. Aku harap dapat jadi pengajaran kepada semua perempuan di luar sana, tidak kira usia dan status anda. Niat aku cuma nak bagi pengajaran. Aku juga minta maaf sekiranya cerita aku ni bosan atau klise pada semua.
Sejujurnya aku seorang pendosa yang mencari taubat Allah swt dan sedang dalam istiqomah memperbetulkan diri aku supaya kekal di dalam keredhaan Allah swt.
Kalau diikutkan cerita aku ni teramatlah panjang sebab berlaku sejak tahun 2009 lagi. Tapi aku ringkaskan je lah. (…pun panjang juga). Aku kenal dengan seorang lelaki ni nama CHON. Aku percaya ramai kot jadi mangsa dia ni.
CHON seorang yang kacak, penampilan menarik dan kerja di badan berkanun serta suami orang, aku ulang ye wahai perempuan-perempuan, SUAMI ORANG. CHON tak lah kaya, tapi cukup lah dia nak sara anak-anak dan isteri dia. Isteri dia kerja kerajaan. Lokasi ni Cyberjaya / Putrajaya. (So watch out girls).
Aku kenal CHON melalui aplikasi FACEBOOK. Dari aku kenal dia, aku tak terjangka dia ni Womenizer / Kaki Perempuan yang agak ekstrem sebab cara dia bercakap sangat menyakinkan seseorang perempuan. Mula-mula aku kenal dia, aku tak tahu dia dah berpunya sampai aku gadai la maruah aku. (ya ya aku tahu aku bodoh, perempuan tak ada maruah and so on…).
Tapi aku rasa pelik sebab nampaklah yang ciri-ciri dia dah berpunya. Akhirnya dia mengaku dia tunang orang (tahun 2012). Aku rasa macam kena tampar. Aku nak tinggalkan dia tapi aku tak kuat, sebab waktu itu aku tengah pregnant anak dia. Lagi berapa minggu dia nak bernikah kami ambil keputusan gugurkan kandungan itu. (Allah swt sahaja yang tahu betapa aku berperang dengan dosa ini)
Maka kahwin lah dia dengan isteri pilihan dia. Isteri dia cantik, kulit putih, kurus, tinggi. Aku rasa idaman setiap lelaki lah isteri dia. Tapi dia tak pernah rasa syukur, pada aku biasalah kekurangan sana sini tu dalam perkahwinan. Walaupun dia dah berkahwin, aku tetap ada dengan CHON. (bodohkan aku).
Hatta dalam keadaan begitu, aku tetap rasa mencari-cari identiti CHON. Aku tak give up. Aku godam segala apa aplikasi yang dia ada untuk mencari satu sisi seorang kaki perempuan / Womenizer. Akhirnya aku berjaya godam. (aku takkan details macam mana aku godam). Memang aku terkejut. Memamng ramai perempuan yang dia ada. Ada yang dia ugut, dia ayat, dia simpan gambar bogel perempuan. Dalam masa dia beristeri, dia jalinkan hubungan dengan aku dan ada pelbagai wanita dia ayat, serta miliki tak kira status dan usia. Benda ni aku cek pada tahun 2015.
Aku tinggalkan hidup dia pada tahun 2016 di samping aku nak bertaubat dan teruskan kehidupan aku. (Nampak simple, tapi struggle). Alhamdulillah Allah swt permudahkan nawaitu aku untuk berganjak dari penzinaan. Dalam time range 2015 hingga 2016, walaupun CHON kantoi dengan aku, tapi dia masih juga buat. Aku Nampak la ketegaran dia terhadap habit itu. Aku tahap tak tahu lah nak kata apa, sedangkan aku yang tak ada hubungan Halal pun dia buat apatah lagi Isteri dia.
Tapi hingga tahun 2018 ini, ya, dia masih mengayat perempuan dan mencari. Dia langsung tak tahu aku godam privasi dia. Sesungguhnya sekarang apa yang aku lihat, tahap Womenizer dia lebih kehadapan iaitu, dia berterus terang akan status sebagai suami orang.
Aku cuma rasa CHON ni adalah psiko terhadap perempuan dan sentiasa mencari mangsa. Mungkin untuk kepuasan dia bagi membuktikan kelakian dia adalah ke tahap yang lebih tinggi. Sebab aku cakap macam ni, kerana dia ada fasa yang dilakukakan terhadap perempuan.
Melalui pemerhatian aku terhadap hasil aku godam privasi dia, antara fasa yang dia lakukan :
1. Aim perempuan tidak kira jauh atau dekat, janda, student, single.
2. Add melalui FB, dan bertegur sapa.
3. Kalau tak layan, perempuan tu selamat.
4. Kalau layan dan dia berkenan maka bertukar nombor telefon.
5. Jadi bermula lah dia ayat perempuan itu.
6. Bukan dengan seorang perempuan sahaja. Dalam masa sama dengan beberapa orang perempuan.
7. Mungkin dalam 4 orang tu, sorang dia akan bercinta.
8. Dalam fasa bercinta dia akan pujuk lah perempuan tu untuk datang KL, berhijrah ke KL, kerja area KL dan dia akan beri jalan pada perempuan tu supaya mangsa lebih dekat dengan dia.
9. Kalau tak fasa bercinta pun, hanya untuk one night stand juga dia akan bagi jalan pada perempuan itu untuk check in di hotel berdekatan Cyberjaya / Putrajaya / KL.
10. Kalau bercinta dengan dia, dia akan merayu nak gambar bogel / separa bogel / tak bertudung dan sewaktu dengannya.
11. Kemuncaknya dia akan buat emosi perempuan penat dengan dia sama ada gaduh pasal benda-benda kecik dan dia akan buat macam perempuan tu tak faham dia.
12. Kes lain pulak, kalau dia tak puas hati, dia ugutlah. Nak sebar gambar.
13. Kalau perempuan tu dah masuk dalam jerat percintaan dia, dan dah berkorban maka perempuan tu masuk dalam permainan untuk mendengar arahan dia sampai dia puas dan dapat apa yang dia inginkan pada perempuan (seks, duit, rasa kejantanan).
14. Perkara 1 hingga 13 dia akan ulang.
Kesimpulannya, aku nak semua tahu, LELAKI INI WUJUD dikalangan kita yang mungkin kawan meja sebelah, jiran rumah bawah, abang korang ke, abang ipar korang ke, anak lelaki Makcik dan Pakcik kat luar sana. Kalau nak disenaraikan nama perempuan-perempuan dia ayat, Ya Allah banyak tak terkata cuma bezanya sejauh mana hubungan tu dia bawa pergi.
Kalau bukan CHON sekalipun, mungkin wujud di tempat lain. Yang aku jumpa adalah CHON tapi aku percaya banyak lagi lelaki macam ni. Cuma perempuan je yang tak sedar dia berkawan dengan orang yang macam ni. Yang terbaru ni aku tahu dia tengah ayat perempuan yang merupakan bekas mangsa dia setelah hubungan percintaan dia dengan seseorang bernama JOYAH putus di tengah jalan. Mangsa baru tu masih single. Aku harap mangsa tu tolonglah sedar bahawa dia bakal gunakan kau.
Akhir kata aku takkan berhenti membuka mata perempuan-perempuan di luar sana supaya tak terus menjadi bodoh dan diperbodohkan dengan lelaki macam ni. Kalau korang nak tanya, tanyalah apa-apa melalui ruangan komen We Want Markonah! (perasan sangat woii!). Kalau aku berjaya tempuh benda ni, tak mustahil korang pun boleh elakkan dari ia terus berlaku pada diri korang. Banyak lagi aku nak cakap, tapi cukuplah. Mungkin tak seserius macam mangsa kena pukul tapi jadilah buat pengajaran juga.
Terima Kasih Mimin kalau siarkan cerita ini.
DARIPADA :
– MARKONAH
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit