Assalamuallaikum to all readers.. Aku straight to the point je lah.. Aku perempuan umur 27 tahun, anak sulung drpd 6 beradik.. Bekerja dgn pendapatan bulanan sekitar 1500 bersih lepas tolak epf socso. Aku tinggal dengan ibubapa saudara sejak kecil kerana ibubapa kandung aku tak mampu dari segi kewangan ketika aku dilahirkan. Adik-adik aku yang lain tinggal dgn ibubapa kandung.
Ibubapa kandung aku dari dulu sampai sekarang masih susah. Sekarang hanya bapa kandung aku yang bekerja dgn gaji RM 800 sebulan. Dua adik aku yg dijaga mereka sejak kecil cuba melepaskan diri drpd hidup susah dan berkahwin di usia muda dengan jejaka dan wanita pilihan mereka. Selepas berkahwin, baik anak mahupun menantu langsung tidak ambil peduli ibubapa kandung dan adik-adik kami yg masih lg belajar.
Kesannya, aku yg banyak menghulurkan bantuan dari segi menjelaskan bil-bil dan memberi wang belanja bulanan kerana aku sejenis manusia yg tidak sampai hati melihat keluarga kandung sendiri susah. Ibubapa kandung aku juga tidak mempunyai kereta. Jadi tugas membawa ke klinik, membeli baju persekolahan adik-adik, barang keperluan dapur dan persiapan kelengkapan raya jatuh di bahu aku. Disebabkan aku baru sahaja membeli kereta sendiri (axia sahaja) ibubapa kandung dan adik-adik kerap mengajak aku keluar di hujung minggu utk bersiar-siar dan makan.
Kesemua duit dr duit minyak hingga ke duit makan, aku yg keluarkan. Dua minggu sekali, ibu mengajak aku melawat nenek dan datuk di kampung. Barang-barang keperluan datuk dan nenek seperti pampers,susu , kopi pun aku perlu belikan kerana pak cik dan mak cik aku juga lepas tangan. Ibu kandung boleh dikatakan agak kurang common sense dan menganggap seolah-olah gaji aku 5k sebulan. Duit yg aku beri kpd ibu kandung, bukannya digunakan utk membeli benda yg penting tp dibelanjakan utk makanan mewah seperti pizza dan mcd. Boleh dikatakan 30-40% drpd gaji aku habis utk keluarga kandung sahaja.
Ibubapa saudara, aku anggap seperti ibubapa kandung kerana telah menjaga aku dari kecil sehingga skrg. Bapa saudara aku telah meninggal, yg tinggal hanya ibu yg baru sahaja berhenti kerja (bersara). Selepas ibu berhenti kerja, ibu bergantung kpd EPF dan aku pula yg mengambil tanggungjawab membayar bil-bil dan membeli barang keperluan dapur.
Apalah sangat membayar bil dan membeli barang keperluan tu jika dibandingkan dgn pengorbanan ibu membesarkan dan menjaga aku sehingga masuk universiti. Ibu walaupun EPF nya tak banyak, tak pernah meminta lebih bahkan kadang-kadang dia sendiri masih membayar bil-bil. Ibu lebih memahami dan ada common sense. Sebab tu aku sayang ibu saudara aku lebih drpd ibu kandung. Sbb ibu yang jaga dan sayang aku mcm anak sendiri, sbb ibu tak ada anak lain. Aku sahaja.
Aku tertekan sangat. Kdg-kdg aku terfikir kenapa aku? Kenapa aku yg perlu tanggung semua kesusahan ni. Nak tanggung diri sendiri pun aku tak mampu. Skrg aku kena tanggung dua keluarga termasuk dgn nenek/datuk sekali. Why me?? Aku tak ada simpanan utk diri sendiri, aku tak pernah terfikir nak kahwin pun sbb tanggungan ak terlampau besar. Aku lupa kali terakhir aku beli barang utk diri sendiri.
Aku penat hidup mcm ni.. sampai bila aku nk hidup mcm ni.. Kdg2 aku terfikir, kenapa aku yg kena bertanggungjawab ke atas keluarga kandung aku, sedangkan bukan mereka yang jaga aku. Ibu kandung aku pun bukannya sayang aku, adik-adik aku sahaja yg ada di matanya. Tapi mengapa kala susah, aku yg dicari.. aku penat dan rasa nak mati sahaja kalau terus begini. Aku juga nak hidup untuk diri aku, bukan hidup memikirkan org lain setiap masa.
– Mira
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit