Putus Harap Nak Kahwin

Assalamualaikum. Dah lama tak menjenguk iiumc. Dulu rajin baca luahan hati orang. Sekarang tiba waktu aku datang utk meluahkan pula.

Kenapa aku pilih utk cerita dekat sini. Salah satu sebab, aku dah tepu nak pikir apa tindakan sepatutnya, dan dengan harapan kawan-kawan yg membaca di sini dapat bagi pendapat atau nasihat yang rasional.

Cerita aku berkaitan nak membina masjid, tapi hari ni aku dapat rasakan, masjid ni tak kan terbina. Dua tiga bulan lepas aku dapat berita gembira, bila abah buka mulut soal kahwin & minta “kawan” aku ni datang bawa orang tua.

Aku dengan si F dah berkawan hampir 10 tahun, of course kami macam pasangan lain. Ada impian nak kahwin bila sama-sama bersedia & stabil. Dari awal, tak ada halangan aku berkawan dengan dia, cuma bila ayah aku dapat tahu dia cuma kerja kampung. Mula di bangkitkan soal taraf.

Mak pon tak berkenan. Aku cuba terangkan yang F ni ok. Dia banyak bantu aku. Satu sen pon dia tak pernah minta duit aku. Time aku belajar. Dia banyak bantu aku dari soal kewangan, moral support semuanya. Walaupun dia bukan kerja bagus.

Tapi aku dan F bersabar. Bagi kami biarlah kami berdiam, tunggu waktu sesuai.. tunggu Allah kabulkan doa kami.

Lama aku menunggu. Sorang demi sorang kawan aku kahwin. Aku pujuk hati aku dan aku percaya Allah tahu keinginan aku. Aku percaya hanya masa yang akan menentukan jodoh aku.

Mak mula dapat terima aku dan F. Mak makin terbuka hati dengan F. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Sebab mak orang yang pernah tolak F dlm hidup aku.

Tapi pada waktu mak terbuka hati. Abah pula makin menentang. Awal tahun ni F ada pergi jumpa abah tanpa aku tahu (dapat tahu pon sebab mak cerita lepas dua bulan tu) , F dengan niat nak berjumpa & minta izin nak masuk meminang aku.

Abah cakap dekat F biar aku stabil dulu dapat kerja tetap. Sejak dari tu F tak ada cakap pasal kahwin. Dia cakap kita tunggu ja. Sampai waktu kita akan tetap bersama kalau dah jodoh.

Ok sejak itu juga, aku tak ada pikir pasal kahwin. Aku cuma doa mak abah terbuka hati. Kami tak cakap pasal kahwin sikit pon. Sebab kami tak nak mengharap.
Dia setia dengan aku. Dari aku berkerja, penganggur dan sekarang aku baru dapat kerja.

Kerja sekarang lebih stabil, Alhamdulillah. Dan tiba waktu kami mula bincang soal perkahwinan. Itu pon setelah abah bagi greenlight. F menangis bila aku bagitahu abah dah setuju. Abah minta bawa mak ayah datang jumpa mak abah aku.

Aku tak faham kenapa dia macam tu sampai lah dia cakap, waktu dia berjumpa dengan abah aku, ada benda yang abah cakap & tak ada orang lain tahu melainkan dia & abah. Pekara tu yang dia pegang sampai hari ni. Dan bila abah bagi lampu hijau buat dia lagi tak sangka. Sampai sekarang pon aku tak tahu apa pekara tu.

So aku pon tak memberat kan kepala dengan benda2 yang lepas. Hati gembira bukan main. Mula aturkan itu ini sikit2. Dari nak bertunang lepas raya, abah minta bulan 12 masa cuti sekolah.

So semuanya ok. Kami pon tunggu sampi waktu ni, tiba2 abah minta no ic F. Abah nak cek rekod jenayah F. Oh lupa, abah mula tak suka F lepas tahu F ni dari kampung ABC ni. Kampung ABC ni banyak pegang rekod penagih dadah.

F pula, pernah ada rekod dengan dadah juga, 10 tahun dulu. Waktu dia tengah belajar dekat sebuah institusi ni. Aku kenal dia waktu dia dah dijatuh hukum pengawalan oleh pihak aadk selama 2 tahun. Dia tak masuk pusat atau lokap. Dia cuma kena laporkan diri dekat balai polis setiap bulan. Dan attend program aadk.

So dari mula aku tahu dia ada rekod. Mesti korang nak cakap aku yang bodoh kan. Kenapa aku setia dengan dia sampai hari ni.

Sebab aku nampak effort dia nak berubah. Aku ajak dia ubah hidup. Sepanjang dia berubah ni aku ada dengan dia. Aku tahu macam mana dia berkerja ubah diri dia. Dia semakin positif. Dia juga yang jaga mak ayah dia bagi duit beli kelengkapan rumah. Dia jadi anak yang keluarga harap utk jaga mak ayah.

Sepanjang aku belajar, aku pernah tak ada duit, catu makan aku. Aku tak nak minta abah duit, aku diam sebab aku tahu abah nak tanggung yang lain lagi. waktu tu dia yang tolong aku.

9 tahun dia berubah menjadi orang yang sangat baik. Dia baik dengan orang2 tua. Dia bekerja kuat untuk dia ubah hidup dia.

Bagi aku itu kisah silam dia, dia pon menyesal dengan apa yg dia pernah buat, waktu tu dia senang terpengaruh. Lagipon dia bukan ambik dadah sampai ketagih. Dia cuma baru belajar dan kena tangkap.

Sekarang dia link dengan polis tempat dia, dia supply dekat polis kalau dia ada maklumat pasal port2 mat dadah. Aku bukan nak puji melambong dia, cuma aku nak korang tahu dia dah 360 berubah. Dia lagi bertangungjawab. Dia usaha ubah nasib dia. Dia bertungkus lumus kumpul duit nak kahwin.

So balik pada cerita, sekarang abah nak cek rekod F. Aku dalam dilema. Dalam otak aku ni, aku nampak masjid yang nak bina ni akan tenggelam.

F dia redha. Dia cakap kalau jadi apa2 pon itu nasib dia. Dia sedapkan hati aku. Tapi aku? Bulan 12 ni nak tunang, keluarga F semua dah semangat. Dah sampai melibatkan keluarga besar dia.

Apatah lagi mak, mak sedara aku & atuk aku. Semua tengah happy. Aku yang kusut memikirkan apa yang abah nak buat ni. Kawan aku sendiri tension tengok aku yang tak ada buat persiapan apa apa lagi. Macam mana aku nak buat persiapan, nak pikir sedangkan hati aku berserabut.

Aku cuma dapat pikir mcm mana kalau abah tiba tiba tentang. Macam mana aku nak hadap. Macam mana aku nak kuat. Aku ada impian. Aku impikan dia yang jadi suami aku. Dia yang jaga aku.

Korang, sejahat jahat orang kalau dia dah bertaubat dia berubah kenapa dia di hukum lagi sebab kisah hitam dia dulu. Luluh hati aku bila aku pikir kan, sbb aku tahu macam mana dia bekerja keras siang malam nak penuhi apa yg keluarga aku nak.

Dia cakap tak apa, dia bersungguh nak aku jadi apa keluarga aku nak dia akan tunai kan. Dia bukan kerja gaji 2 3 k. Tapi dia usaha habis daya dia nak kumpul duit macam yg abah nak.

Sekarang apa patut aku buat. Sepanjang soal perkahwinan ni dibincangkan, aku sikit pon tak keluarkan suara apatah lagi pandangan @ perancangan. Semua abah yang buat keputusan.

Ibarat kalau aku beria iya merangcang kalau abah cakap tak payah, so rancangan aku tu cuma fantasi la. Kuasa veto pada abah, aku sebagai anak sikit pon tak akan keluar suara dan ikut kan apa abah nak.

Kenapa aku nak pertahankan F, sebab aku yakin dia boleh jaga aku, dia tak pernah ambik kesempatan dekat aku. Aku suka peribadi dia. Aku suka sikap dia. Aku selesa dengan dia.

Patut ke aku cuba bersuara kali ni, demi masa depan yang aku impikan. Sekurangnya aku nak kan penjelasan. Kenapa.. patut ke aku luahkan dekat abah apa yang aku rasa.

Sekarang aku betul2 lemah. Aku sayang dia. Aku sayang keluarga aku. Tapi andai abah tentang, perkahwinan ni tak terjadi, aku sendiri tak dapat nak bayangkan apa jadi pada aku. Apatah lagi waktu tunang nak hampir ni, semua dah tahu.

Orang boleh cakap move on, ramai lagi laki lain. Cakap senang, tapi apa yang aku lalui dengan dia 10 tahun ni, aku tak sanggup. Aku bukan senang2 nak buka hati dengan laki lain. Apatah lagi nak membayangkan hidup dengan seseorang yang aku baru kenal.

Ye semua kerja Allah, jodoh mati rezeki. Aku cuma dalam lingkungan tertekan dengan keadaan & tak sanggup kecewa.

Aku mohon kalian, beri sedikit pandangan.

– Cik E

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *