Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Terima kasih pada admin dan sahabat yang sudi membaca. Aku Yaya, berumur 27. Seperti yang selalu kita sebut kita hanya mampu merancang namun yang menentukan adalah tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. Sebut sahaja tentang jodoh pasti semua orang mengimpikan pasangan masing2 baik, sempurna , bertanggungjawab , penyayang dan sebagainya. Ya begitu jugalah dengan diriku.
Alhamdulillah ternyata aku di pertemukan dengan seorang lelaki yang ada ciri-ciri yang aku mahukan. Perkenalan yang hampir 3tahun itu di akhiri juga dengan ikatan pernikahan. Terasa tidak sia-sia aku habiskan masa hanya untuk dia. Lepas berkhwin kami terpaksa pjj sorang kat k.krai dan sorang kat kb.
Suami aku hanya kerja kampung je min. Tapi aku tak kisah pun. Aku pun bukannya keje bagus. Hanya kerani je dekat satu company. Aku balik sana seminggu sekali time ada cuti. Suami datang jemput ada kdg2 tu aku balik dengan bas. Kesian jgk kan 2 jam lbih jugak dia dari kuala krai nak sampai umah aku ni. Apalah salahnya kami bergilir2. Ya memang lah bunyi mcm dekat je dalam kelantan jgk. Bukan pahang atau johor tapi mungkin baginya jauh dan agak susah untuk tinggal mak sorg2 sbb hanya suami aku je yang stay ngn mak mertuaku kat umah. (anak yang bongsu). Ok tak pe. Aku faham.
Diawal perkhwinan, setiap kali sampai je waktu makan mak mertuaku mesti ambik makanan dan pegi makan jauh dari aku. Kdg2 tu bila dia tengah makan aku masuk dapur dia mcm nak mengelak tak nak makan sekali. Tgal lah aku terkebil2. Aku cuba bersangka baik. Agaknya dia takut aku segan nak makan bila dia kat depan. Bila dia masak aku tolong jugak dia. Dia macam okey la tapi tak banyak sembang ngan aku. Mungkin perlu masa dan ruang untuk biasakan diri dengan menantu baru. Haritu ada lah jugak aku buat ayam masak merah atas permintaan suamiku, bila dia balik dari kebunnya dia macam protes lah kot cakap nape masak lauk ni.
Dia nak masak lauk lain. Aku pun tersntap lah sekejap tapi takde orang tahu pun. Suami aku pun tak perasan yang aku tengah sentap. Aku balas dengan senyuman jelah. Tak masak kan nanti disyaki tak pernah masuk dapur tak pandai masak. Bila masak kan kena pulak mcm ni. Kadang2 aku jer yang merendahkan ego mulakan sembang2 dengan kluar topik2 yang bajet dia terpikat. Tanya tentang bunga yang dia tanam. Sayur buah. Yang dia tanam. Okey lah nampaknya sesuai dengan mood dia. Tu pun agak lama jugak untuk tarik perhatian dia. Aku pun tak tahulah kenapa dia mcm tak suka aku.
Masa aku dengan suami berkwan dulu pun aku mmg tak prnah jejak kaki atau jumpa dia lagi. Seriously aku aku jumpa dia masa fmly suami datng bwa rombongan meminang (merisik dan meminang terus) dan masa majlis bertandang kerumah nya. Majlis akad nikah dia tak dtng sbb masa tu aku pun faham dia sakit lutut masa tu. Aku pun ada lah jugak terfikir apalah yang tak kena dengan aku ni sampai dia macam tak nak dekat mcm menantu dan mertua yang lain. Takpelah mungkin belum tiba masanya lagi untuk kami lebih erat.
Ada satu hari tu aku hadiahkan sepasang kain corak batik lukis. Sambil beli pada ibuku juga. Warna dan harga sma tiada beza. Harga tu tak payah cakaplah. Bayar kali min. Rela aku makan semput2 semata2 kain ni.dengan niat semoga mak mertuaku buka hatinya menerima aku. Dan berharap jangan membenciku. Kerana bagi aku dia juga ibuku. Semoga dia juga melayan aku seperti anknya.
Aku bukan nak jadi menantu yang terbaik. Cukuplah skadar dia dapat rasa aku cuba menyayanginya, dia ambik dan hanya berbalas senyum. Takpe. Hati aku dah berbunga riang. Ada satu haritu aku cuba jalan pusing2 halamannya yang indah dengan bunga yang ditanamnya. Cantik. Aku cuba meninjau lagi tanaman sayur-sayurnya di belakang rumah. Sehingga lah aku ternampak satu guni dimana dalam guni tu ada seperti kain –kain lusuh kain buruk mungkin yang dah nak dibuang kot. Yang paling sendu nya hati aku bila aku ternampak dalam guni tu ada kain yang aku bagi kat dia min.
Sedih teramat sangat aku masa tu. Tuhan je tahu. Aku baru nak senang hati sikit. Retaknya hati aku. Sampainya hati. Tiada nilainya pemberian aku ni dimata ibu mertuaku. Mcmna lagi untuk aku bersangka baik sedangkan depan mata aku sendiri kain tu dalam guni. Aku menangis sendirian. Ingin meluahkan tetapi tak tahu pada siapa. Ibu ku? Oh tidak. Sama sekali tidak. Suami ku? pun tidak. Aku meluahkan pada Allah yang maha melihat dan maha mendngar.
Apa yang aku rasa aku tanggung sorang2. Mungkin ini ujian. Aku terima dengan hati terbuka. Asalkan rumah tangga aku tak da msalah dan aku dengan suami pun boleh bertolak ansur dia faham aku aku faham dia. Tu dah cukup. Bila aku dengan suami aku rasa slamat. Aku tak serabut. Ttg mak mertua aku tu aku anggap bnda tu sekadar tguran dan ujian. Setelah setahun brkhwin aku disahkan hamil. Sukanya aku. Ibu mertua ku seperti biasalah tiada bertanya apa2 tentang kandungan ku tapi dia tidaklah bercakap menyindir2 ku. Mungkin dia ada bertanya dibelakang ku pada anknya atau mungkin tidak mahu ambil tahu langsung wAllahualam.
Keadaan semakin beransur pulih selepas aku melahirkan zuriat kami. Dia macam makin okeyla dengan aku. Masa aku kat labour room mak mertua aku yang masuk sbb suami aku tak sempat dia tertidur dalam kereta kat parking. Mak mertua aku je ada. Bersalin 2. 45am. Dia urut2kan aku. Bagi kata semangat. Dia gosok2 perut aku baca beberapa ayat. Aku terharu. Dia usap2 rambut aku. (mak aku balik salin pakaian malam tu.) lalu keluarlah puteriku. Yang comel.
Mak mertuaku muka dia masa tu aku tak penah tengok dia senyum mcm tu min. Lain sangat. Gembira dia pegang cucunya. Sejak itu dia dan aku bertambah erat. Siap belikan lagi rantai tangan dan leher untuk anak ku. Terima kasih mak. Suamiku pun naik heran sbb mak mertuaku tak pernah belikan barang berharga seperti itu untuk cucu-cucunya yang lain.
Sekarang bila tahu aku nak balik siap masak lagi lauk kesukaan ku. Tunggu cucu nya kat depan pintu sambut. Terharu pula. Aku bersyukur kerana Allah berikan hujan padaku diawal perkhwinan untuk aku melihat pelangi sekarang. Sekarang kami dah makan semeja. Borak-borak. Marilah sahabat sekalian kita bersangka baik dengan ujian Allah kelak kita akan dapat merasa nikmat yang dikurniakannya.
Cuma satu pesan pada diriku. Walaupun aku milik suami ku dan suami ku adalah tetap milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu mengigatkan diriku sendiri bahawa. Dia adalah wanita yang mengandung suami ku ini dalam kepayahan selama 9 bulan. Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku.
Aku tidak pernah mengeluarkan wang satu sen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan sangat bahagia menjadi isterinya setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku.
Teringat nasihat ibu ku tercinta, “Nak… Apabila kau sudah mempunyai suami, dan sudah menjadi isteri, sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu. Segala sesuatu pasti ada timbal baliknya”.
– Selendang Putih
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit