Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua. Terima kasih admins yang menerima penulisanku ini disiarkan. Jika tidak tersiar moga menjadi pengajaran buat yang membaca.
Aku seorang wanita yang mempercayai takdir. Malah, seorang hamba yang percaya sungguh-sungguh setiap ketentuan itu tentunya berhikmah. Cuma aku sebagai hamba yang serba lemah, berusaha mencari hikmah tersembunyi. Banyak sudah penulisan berkenaan kelemahan fungsi seorang suami dalam rumahtangga. Situasi aku juga sama tetapi bukan itu yang ingin aku kongsikan.
Aku masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa malah menanggung suamiku walaupun istilah tersebut diolah oleh suami sebagai membantu. Cuma mungkin perlu aku cuit suami-suami di luar sana, 40 percent mungkin membantu jika 90 percent istilahnya menanggung. Baik back to my sharing, aku nak sentuh betapa kuatnya kuasa sebuah doa.
Bila sebut doa pastinya kita semua membayangkan tangan diangkat dan mulut terkumat kamit meminta kepada yang Esa. Tetapi, lintasan hati itu juga doa. Lintasan hati itu apa yang kita rasa atau fikirkan tapi tak terucap dimulut. Situasinya seperti aku bergaduh dengan seseorang dan aku rasa dianiaya. Hati kita rasa “Tungguhlah kau kifarah Allah bg cash.” Mungkin esok kawan kita tu sakit atau dilanda masalah depan mata kita.
Kadang aku kesal bila aku ada lintasan hati begitu. Bila tengok depan mata kawan kita susah, kesian sungguh. Mungkin juga hikmahnya Allah titipkan rasa kasihan tu supaya aku mendekati dan merapatkan semula ukhwah dengannya.
Situasi ini dihadapi oleh suamiku ketika ini. Dia berasa rezekinya amat sempit. Dahulu, dia amat berjaya dalam bidangnya. Tetapi, dia berhutang dan membiarkan aku menanggung semuanya. Malah, tidak menghormati dan memburukakkan aku serta keluargaku. Namun, aku tetap nak pertahankan rumahtanggga ini. Keutamaanya buat anakku.
Maka aku teruskan dengan tangisan setiap kali sujud. Doa aku dalam hati dan di mulut adalah “Allah Maha Mengetahui..maka tunjukkan kami, ajarkan kami peranan kami sebagai ibu bapa.. jika pengajaran yang pahit itu perlu untuk suamiku, aku redho Ya Allah.” Sekarang, doaku seakan-akan dijawab Allah.
Suami betul-betul sempit. Malah dia mula imbas kembali jika dia pernah melakukan dosa. Selepas solat taubat, terus dipanggilnya aku dan hulurkan duit belanja. Walaupun tidak banyak tetapi sekurangnnya ada dari tiada. Hatiku bersyukur tetapi aku tidak mahu terus bergembira kerana aku tidak tahu berapa lama perubahan ini akan bertahan.
Maka itu isteri dan suami di luar sana. Jangan mengalah memimpin pasangan kalian ke arah lebih baik. Walaupun jalan itu menyakitkan. Jika berjaya diharungi, penghabisannya manis. Kemanisan imanlah kemanisan paling indah. Doakan kita tetap dijalan yang indah maka jika menyimpang, terus berpaling ke arah keindahan yang pasti.
– Tangisan sujud
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit